ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Ini Sebab Mengapa Aruz Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia!

Suhana Veru

1-10-2021

Kongsi melalui

Tahukah anda, Perodua Aruz merupakan salah sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang paling laris di Malaysia?

Berdasarkan beberapa laporan tempatan, jentera ini dikatakan menjadi idaman rakyat Malaysia memandangkan ia menawarkan ruang yang cukup luas.


Jentera  ini juga dikatakan amat sepadan dengan keluarga yang memiliki empat atau lima orang anak.

Selain saiznya, ia yang dilengkapi dengan sistem perhubungan yang canggih dan fungsi-fungsi keselamatan selain ditawarkan pada harga mampu milik menyebabkan ia menjadi “viral” dalam kalangan pengguna yang sudah berkeluarga!

Sejauh manakah kenyataan ini berasas?

Mujur, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sudi meminjamkan sebuah Aruz Varian AV bagi membolehkan kami merasai sendiri pemanduan sebenar Aruz!


Untuk makluman anda, SUV tujuh tempat duduk terlaris di Malaysia itu ialah model rebadge daripada Toyota Rush yang telah diperbaharui untuk keluaran 2021.

Ia ditawarkan dalam dua bentuk varian: varian X dan varian AV dimana X ditawarkan pada harga RM70,846.35, manakala AV (RM75,684.15).

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapakah varian X ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding AV?

Nah, ini jawapannya!

Sebenarnya, AV dilengkapi dengan  sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0, rel bumbung, silver lining, terdapat lencana aruz di bahagian pemijak sisi dan Perakam Video Pemanduan (DVR) dimana ciri-ciri ini tidak terdapat pada varian X.


Sementara itu, kerusi separa bucket AV  dibaluti dengan material kulit  manakala, X pula hanya hanya menerima kemasan kerusi fabrik. 

Varian AV juga hadir dengan warna baharu iaitu Passion Red (merah) yang eksklusif untuk varian AV sebagai tambahan kepada warna sedia ada, Granite Grey (kelabu), Electric Blue (biru), Glittering Silver (perak) dan Ivory White (putih).

Malah, AV juga dilengkapi dengan ciri kunci pintu automatik. Ini bermakna apabila kelajuan melebihi 20 kilometer sejam maka,  pintu akan dibuka automatik jika berlaku perlanggaran. 

Lebih menarik, ia juga siap dibina dengan peranti Smart Tag. Maka, anda tidak perlu pening mencari-cari kad Touch n Go anda setiap kali berada di tol.

Fuh, hebatkan?

Beralih mengenai sistem infotainmen varian AV, ia dilengkapi dengan sistem multimedia dengan navigasi, smart link untuk android dan HDMI berbanding dengan X yang cuma menerima  sistem audio digital dengan bluetooth.


“Bahagian belakangnya yang dihiasi dengan spoiler memberikan sedikit sporty feel,” kata Pengacara video Caricarz, Shaun Stephen.

Saya cukup setuju dengan kenyataan Shaun. Spoiler itu sememangnya menimbulkan aura sporty jentera itu.

Di sebalik ciri-ciri di bahagian luaran jentera ini, mungkin ada yang berminat untuk mengetahui saiz Aruz ini!

Melihat kepada saiz, AV mempunyai ukuran panjang 4,435mm, lebar 1,695 mm dan tinggi 1,705 mm manakala jarak antara roda pula ialah 2,685mm. 


Ia hadir dengan ruang butnya yang sebesar 213 liter tetapi boleh dibesarkan dengan merebahkan barisan tempat duduk ketiga.


Bayangkan, anda mampu memuatkan sejumlah beg balik kampung termasuk sebuah basikal.

Menyentuh mengenai enjinnya, kedua-dua variasi Aruz ini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC VVT-i dan digandingkan dengan kotak gear 4 kelajuan menyebabkan ia mampu menghamburkan 101 kuasa kuda dan tork 133Nm.


Berdasarkan beberapa ujian, enjin jentera ini mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 6.4  liter bagi  setiap 100km.

Menyentuh mengenai daya pecutan, ia dilihat tidak mampu memecut dengan laju jika kapasiti penumpangnya penuh.

Kenyataan ini turut diakui Shaun.

“Sekiranya kita membawa tujuh orang dewasa di dalam kereta ini, mungkin kita tidak dapat rasa powernya,” tambahnya.

Saya menyokong kenyataan Shaun. Manakan tidak, ketika saya membawa pasukan media Caricarz yang terdiri daripada lima orang,  jentera ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda semput.

Apa yang saya boleh katakan ialah SUV ini didatangkan dengan enjin yang lemah dan kotak gearnya juga dilihat tidak membantu pergerakan lancar Aruz di jalan raya.

Tambahan pula, jika anda memecut di lebuh raya ia sudah mengeluarkan bunyi bising.

Kata Shaun, ia disebabkan jentera ini menggunakan 4-kelajuan transmisi automatik. 

Bagi saya, ini adalah lumrah memandangkan apabila enjin beroperasi pada halaju tinggi, NVH (bising, getar dan kasar) kereta akan terjejas disebabkan ngauman enjin akan menceroboh ruang kabin membuatkan penumpang terasa tidak selesa.

Pendek kata, pemanduan Aruz hanyalah bersederhana sahaja kerana anda kena ingat Aruz bukannya kereta rali atau lumba ya!

Berbalik mengenai luarannya,  rekaan paling menarik perhatian penulis ialah rekaan lampu hadapan reflektor  LED yang berbentuk tirus dimana ia menggunakan ciri Follow Me Home.


Ia dipadankan dengan gril dan diselangi gril krom yang menyerlahkan lagi ciri sportynya manakala kombinasi lampu belakang LED menjadi pelengkap.


Di bahagian sisinya, ia dihiasi dengan silver lining dan kedua-dua pemijak sisi dihiasi dengan lencana Aruz.
















Menjengah bahagian belakangnya pula, ia dipadankan dengan lampu belakang LED, lampu kabus, kamera undur dan kemasan glossy black.


Model baharu ini juga kini tampil dengan rekaan yang menjurus kepada imej lebih sporty dilengkapi rim aloi bersaiz 17-inci.


Menjengah bahagian dalamannya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen skrin sentuh dengan paparan kamera undur.


Bagi varian AV ini, kesemua bahagian kerusi disaluti dengan material kulit HDMI, Smart Link, navigasi dan perakam video pemanduan.




Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai konfigurasi tempat duduk untuk ekstra muatan mengikut keperluan, iaitu 60:40 apabila tempat duduk baris kedua direbahkan, atau 50:50 jika baris ketiga direbahkan.

Sebelum saya terlupa dengan keselesaan bahagian penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga, saya berasa barisan kedua dilihat sesuai untuk orang dewasa manakala, barisan ketiga pula dilihat sesuai untuk kanak-kanak.


Berdasarkan cubaan saya duduk di barisan ketiga, saya berasa kurang selesa dan ruangnya agak sempit.

Perkara ini turut disetujui Shaun ketika dia cuba duduk di bahagian barisan terakhir itu.

“Secara keseluruhan, orang dewasa seperti saya mungkin tak selesa sangat tetapi ia lebih sesuai untuk kanak-kanak,”katanya.

Mengenai penghawa dinginnya, rasa sejuknya boleh menembusi sehingga barisan ketiga. Pendek kata, aliran penyaman udaranya sudah mencukupi untuk keselesaan semua penumpang di belakang.


Apa yang menarik dalam ruang dalaman ini ialah ruang simpanan botol air atau cawan cukup banyak sama ada di pintu hadapan, belakang dan berhampiran kerusi barisan ketiga.


Tidak dilupakan kepada ‘kaki gajet’ soket elektrik 12V ada dibekalkan di hadapan dan bahagian kiri baris kerusi ketiga serta di sisi kerusi pemandu.


Ia sudah cukup memudahkan anda mengecas telefon atau peranti lain pada bila-bila masa.


Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, jentera ini dilengkapi dengan enam beg udara, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-Kunci, A.S.A 2.0, sistem Isofix, sistem Brek Pra-Pelanggaran, Kawalan Salah Operasi Pedal, Sistem Kawalan Cengkaman dan Bantuan Mula Daki.


Secara keseluruhannya, pasukan di Caricarz bertuah kerana berpeluang menikmati pemanduan SUV yang paling laris di Malaysia.

Biarpun, terdapat beberapa kekurangan pada kereta SUV ini, namun hakikatnya ada beberapa penambaikan yang telah dilakukan Perodua. 

Oleh itu, bagi mereka yang tercari-cari sebuah SUV keluarga, Perodua Aruz ialah pilihan tepat kerana ia menepati citarasa kemahuan pembeli yang sudah berkeluarga.

Maka, tidak  hairanlah jika Perodua Aruz laku macam pisang goreng panas.

Tahniah Perodua!





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2071

SELANGOR

BSE4645

JOHOR

JXW5396

PULAU PINANG

PRQ3637

PERAK

ANV3682

PAHANG

CFB6691

KEDAH

KGA4275

NEGERI SEMBILAN

NEF7233

KOTA KINABALU

SJK7494

KUCHING

QAB3137L

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad

Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad

Sempena akhir tahun, Perodua menawarkan promosi rebat istimewa mencecah RM4,000 bagi dua model terlarisnya, Ativa dan Aruz hingga 31 Disember akan datang.

21-11-2024
Berita Auto
Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS

Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS

JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS.

04-11-2024
Berita Auto
SAH, Perodua Aruz Black Edition Bakal Dilancar!

SAH, Perodua Aruz Black Edition Bakal Dilancar!

Perodua bakal melancarkan Perodua Aruz Black Edition tidak lama lagi.

08-10-2024
Berita Auto
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global
4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA

"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA

Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.

20-12-2023
Berita Auto
PANAS! Isu Skandal Ujian Keselamatan Kembali Hangat

PANAS! Isu Skandal Ujian Keselamatan Kembali Hangat

Perodua, Toyota masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

20-12-2023
Berita Auto
Banyak Betul Perodua Buat Kejutan Selepas Axia

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.