Lamborghini Aventador, Supercar Dengan Enjin V12 Paling Ikonik Dalam Sejarah
Dilahirkan pada tahun 2011, Lamborghini Aventador hadir dalam versi coupe sebagai model Aventador LP 700-4.
![]()
Aventador merupakan sebuah supercar pertama keluaran Lamborghini yang dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon.
Ini secara tidak langsung menjadikan Sant’Agata Bolognese sebagai pengeluar kereta pertama yang menghasilkan elemen gentian karbon sendiri dalam kuantiti yang besar.

Enjin yang digunakan, enjin 12 silinder yang terdapat pada Aventador ini merupakan kereta dengan enjin V12 terlaris dalam sejarah Lamborghini. Ini menjadikan Aventador sebagai model yang paling banyak terjual berbanding model kereta lain yang turut menggunakan enjin V12.
Secara spesifiknya, pada bulan September 2020 yang lalu, syarikat telah mencatatkan rekod jualan mencecah 10,000 unit berbanding model terdahulu yang berjaya mencapai jualan tertinggi sebanyak 7,000 unit.

Tidak terhenti di situ, apa yang mengukuhkan lagi kedudukan Aventador sebagai sebuah model keluaran Lamborghini yang paling ikonik adalah kerana ia sering menerima perhatian Hollywood.

Kalau anda nak tahu, Aventador pernah digunakan dalam beberapa buah filem dan salah satu contohnya ialah dalam filem Batman, ada sesiapa ingat kereta BatMobile?

Kalau anda perasan, pada tahun 2012, Aventador LP 700-4 boleh dilihat dengan plat 'Gotham - 649 8227' dipandu oleh Bruce Wayne dalam filem The Dark Knight Rises.

Kereta keluaran Lamborghini sebenarnya telah banyak digunakan dalam filem Batman sebelum ini sebagai contoh Lamborghini Murcielago LP640 dalam The Dark Knight (2008), dan juga Murcielago Roadster dalam Batman Begins (2005).
Di samping itu, Aventador juga merupakan Lamborghini pertama yang menggunakan mod pemanduan yang diboleh diubah mengikut keinginan pemandu serta memiliki kemampuan pengendalian roda belakang (rear-steering wheel) selain menggunakan sistem suspensi adaptif MagneRide.

Hasilnya kesemua fungsi canggih ini boleh diakses daripada kawalan mod pemanduan yang terdiri daripada STRADA, SPORT, CORSA dan juga yang terbaharu, mod EGO. EGO membolehkan ketiga-tiga ciri kereta dikawal secara berasingan.
Kini, Lamborghini hadir dengan model terbaharu Aventador dengan nama Ultimae LP 780-4.

Tampil dengan reka bentuk dan ciri teknikal yang tercanggih, ia merupakan kereta super sport generasi terbaharu yang menggunakan teknologi hibrid.
Bahagian luar kereta ini telah dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Lamborghini dengan menggunakan tangan. Masa yang diambil untuk menghasilkan kesempurnaan ini adalah lebih daripada 40 jam!
Bahagian dalam kereta ini dihasilkan dengan menggunakan bahan ultra ringan sama seperti gentian karbon yang digunakan pada badan kereta.
Dalam masa yang sama, ia turut menggunakan upholsteri Alcantara yang diproses dengan menggunakan pemotong laser khas bagi menghasilkan motif berbentuk Y di sepanjang kompartmen penumpang.
Ultimae menggunakan enjin memanjang di belakang V12 780 hp dengan silinder pada kedudukan 60 darjah. Hasilnya, terbentuklah deruman V12 yang sangat mengasyikkan.

Melihatkan daripada sejarah Lamborghini Aventador dan juga ciri-ciri menakjubkan yang dimilikinya, tidak hairan mengapa ia menjadi kereta idaman ramai.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4125
SELANGOR
BSP6302
JOHOR
JYV8514
PULAU PINANG
PSB8651
PERAK
APH1767
PAHANG
CFG3955
KEDAH
KGF6409
NEGERI SEMBILAN
NEK2944
KOTA KINABALU
SJR6942
KUCHING
QAB6991N
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Automobili Lamborghini Sertai Konvoi Sejauh 322KM
Sekumpulan Lamborghini menyertai konvoi di Scotland baru-baru ini.
07-02-2022
Berita Terkini
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk
Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?
04-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.
29-04-2026
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
