- Berita
- Berita Auto
- Kebanggaan UITM! Jom Kenal Pereka Rekaan Konsep Unik Retro-Moden Proton Saga Knight!
Kebanggaan UITM! Jom Kenal Pereka Rekaan Konsep Unik Retro-Moden Proton Saga Knight!
Awal bulan Ogos baru-baru ini, kereta keluaran Proton pada tahun 1989, Proton Saga Knight mula hangat selepas berita tentang seorang lelaki daripada negara UK yang mempamerkan kereta tersebut dalam sebuah pameran kereta, 'Festival of the Unexceptional' telah memenangi tempat pertama.
Nama kereta klasik ini terus menjadi sebutan ramai apabila sebuah model rekaan semula kereta ini telah dipaparkan kepada orang ramai secara rasminya bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos lalu dalam ‘Sesi Webinar Reka Bentuk.’
LATAR BELAKANG PEREKA REKAAN KONSEP SAGA KNIGHT
Kereta dengan konsep retro-moden atau retro-futuristik ini dihasilkan oleh Saharudin Busri yang pernah memegang jawatan sebagai pereka di bahagian Proton Design, kini beliau merupakan Ketua Rekabentuk Industri MIMOS Berhad. Projek ini adalah hasil kerjasama dengan pengasas Artwist.Co, Ahmad Bostami. CariCarz berkesempatan untuk menemu bual salah seorang daripada pereka kereta ini, Saharudin Busri.
Memiliki pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang rekaan automotif, Saharudin menerima pendidikan dalam bidang Seni Reka Perindustrian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UITM dari tahun 1990-1994. Kemudian, beliau dilantik sebagai pereka bagi syarikat Proton dari tahun 1994 hingga 2007. Ketika di Proton, Saharudin mendapat tajaan syarikat untuk melanjutkan pengajian di Coventry University selama setahun dari 1999-2000.
Selama tiga belas tahun bersama Proton, sentuhan beliau dapat dilihat daripada rekaan hampir kesemua model kereta Proton seperti Wira, Exora, Tiara dan banyak lagi.
Walaupun sudah tidak lagi bersama syarikat ini, beliau masih menyumbang kepakaran dari masa ke masa sebagai konsultan kepada mereka yang terlibat dalam rekaan Proton.
CETUSAN IDEA
Menurut Saharudin, salah satu inspirasi kepada projek untuk memodenkan kereta klasik ini tercetus daripada permainan video, Cyberpunk. Dalam permainan video ini, banyak kereta-kereta retro era 90-an yang diberikan sentuhan moden.
Menurutnya, masa yang diambil untuk memberikan nafas baharu kepada kereta ini adalah kira-kira dua ke tiga minggu. Hasil daripada projek yang dilakukan ketika waktu santai ini digunakan sebagai contoh rekaan semasa kelas seni reka yang diadakan dalam talian.
REKAAN LUARAN
Atas: Rekaan asal Proton Saga Knight
Secara keseluruhannya, kereta ini masih lagi mengekalkan bentuk asal Saga Knight, namun nampak lebih moden dan futuristik. Elemen moden ini dilihat terserlah melalui penggunaan lampu DRL LED memanjang berwarna biru dan juga lampu depan LED dengan garis putus-putus.
Bahagian belakang rekaan konsep kereta ini turut diberikan sentuhan yang sama melalui pemasangan lampu jalur LED melintang yang berwarna merah. Lampu ini bersambungan dengan gugusan LED yang berfungsi sebagai lampu belakang kereta.
Atas: Rekaan asal bahagian belakang Proton Saga Knight
Ciri menonjol lain yang turut menjadikan lakaran Saharudin ini berbeza berbanding model asal ialah garisan bumbungnya yang melandai ke bawah pada bahagian lebih hujung berbanding asal, menjadikan tiang C kelihatan lebih menegak. Boleh lihat foto di atas untuk perbandingan.
REKAAN KABIN
Bergerak ke bahagian kabin kereta, kereta konsep Saga Knight ini menggunakan warna tema gabungan hitam dan merah yang diinspirasikan daripada jam tangan edisi khas yang dihasilkan oleh Ahmad Bostami daripada Artwist.Co.
Elemen futuristik kereta dapat dilihat daripada panel digital skrin lebar yang mana beberapa paparan dengan fungsi berbeza bersambungan dalam satu panel yang sama dari sebelah kiri hingga kanan papan pemuka kereta. Paparan tersebut adalah merangkumi kluster instrumen, infotainmen, jam dan navigasi.
Dalam rekaan konsol tengah, Saharudin menggunakan elemen yang banyak digunapakai oleh kereta moden iaitu butang dial berbentuk bulat.
Boleh lihat video rekaan beliau di sini:
KERETA KONSEP LAIN YANG PERNAH DIHASILKAN
Berdasarkan perkongsian yang dibuat melalui media sosial Saharudin, banyak lagi hasil kerja beliau yang telah dipertontonkan kepada orang ramai. Berikut adalah antara rekaan konsep yang pernah dihasilkan:
Konsep Kereta Elektrik Malaysia
Konsep Kereta Mikro
Konsep Kereta Sport Malaysia
Dan banyak lagi! Untuk melihat semua rekaan yang pernah dihasilkan dan juga mengikuti proses penghasilan rekaan ini, anda boleh ikuti beliau di Instagram, Facebook dan YouTube.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPV2970
SELANGOR
BSJ4490
JOHOR
JYJ2621
PULAU PINANG
PRU7561
PERAK
APB7310
PAHANG
CFD7358
KEDAH
KGC5946
NEGERI SEMBILAN
NEH3630
KOTA KINABALU
SJN1267
KUCHING
QAB3415M
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2025
Berita Terkini
Anggota JPJ Mula Guna Kamera Badan November Ini, Tiada Lagi Rasuah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melengkapkan semua anggota penguatkuasanya dengan alat perakam badan (BWC) dalam usaha meningkatkan integriti.
14-10-2025
P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App
PERODUA melancarkan P-Circle yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi super bagi memperkukuh konsep 'Mobility as a Service' (MaaS).
14-10-2025
Pemandu Maut, Kereta Masuk Sungai
Selepas hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mangsa kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, petang semalam akhirnya ditemui.
14-10-2025
iCaur Malaysia Rasmi Pembukaan Pusat Jualan & Servis Di Damansara – Ada Nintendo!
iCaur Malaysia memperluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan perasmian cawangan baharu di iCaur Damansara melalui kerjasama dengan syarikat pengedaran, Carramax Luxe Sdn. Bhd.
13-10-2025
Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan sebanyak RM10.692 bilion dalam Belanjawan 2026, naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
13-10-2025
Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan
Polis menjangka sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.
13-10-2025
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law
RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.
13-10-2025
Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan
Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.
13-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat