ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kebanggaan UITM! Jom Kenal Pereka Rekaan Konsep Unik Retro-Moden Proton Saga Knight!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Awal bulan Ogos baru-baru ini,  kereta keluaran Proton pada tahun 1989, Proton Saga Knight mula hangat selepas berita tentang seorang lelaki daripada negara UK yang mempamerkan kereta tersebut dalam sebuah pameran kereta, 'Festival of the Unexceptional' telah memenangi tempat pertama.



Nama kereta klasik ini terus menjadi sebutan ramai apabila sebuah model rekaan semula kereta ini telah dipaparkan kepada orang ramai secara rasminya bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos lalu dalam ‘Sesi Webinar Reka Bentuk.’


LATAR BELAKANG PEREKA REKAAN KONSEP SAGA KNIGHT



Kereta dengan konsep retro-moden atau retro-futuristik ini dihasilkan oleh Saharudin Busri yang pernah memegang jawatan sebagai pereka di bahagian Proton Design, kini beliau merupakan ​​Ketua Rekabentuk Industri MIMOS Berhad. Projek ini adalah hasil kerjasama dengan pengasas Artwist.Co, Ahmad Bostami. CariCarz berkesempatan untuk menemu bual salah seorang daripada pereka kereta ini, Saharudin Busri.




Memiliki pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang rekaan automotif, Saharudin menerima pendidikan dalam bidang Seni Reka Perindustrian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UITM dari tahun 1990-1994. Kemudian, beliau dilantik sebagai pereka bagi syarikat Proton dari tahun 1994 hingga 2007. Ketika di Proton, Saharudin mendapat tajaan syarikat untuk melanjutkan pengajian di Coventry University selama setahun dari 1999-2000.


Selama tiga belas tahun bersama Proton, sentuhan beliau dapat dilihat daripada rekaan hampir kesemua model kereta Proton seperti Wira, Exora, Tiara dan banyak lagi. 


Walaupun sudah tidak lagi bersama syarikat ini, beliau masih menyumbang kepakaran dari masa ke masa sebagai konsultan kepada mereka yang terlibat dalam rekaan Proton. 


CETUSAN IDEA


Menurut Saharudin, salah satu inspirasi kepada projek untuk memodenkan kereta klasik ini tercetus daripada permainan video, Cyberpunk. Dalam permainan video ini, banyak kereta-kereta retro era 90-an yang diberikan sentuhan moden. 



Menurutnya, masa yang diambil untuk memberikan nafas baharu kepada kereta ini adalah kira-kira dua ke tiga minggu. Hasil daripada projek yang dilakukan ketika waktu santai ini digunakan sebagai contoh rekaan semasa kelas seni reka yang diadakan dalam talian. 


REKAAN LUARAN


Atas: Rekaan asal Proton Saga Knight



Secara keseluruhannya, kereta ini masih lagi mengekalkan bentuk asal Saga Knight, namun nampak lebih moden dan futuristik. Elemen moden ini dilihat terserlah melalui penggunaan lampu DRL LED memanjang berwarna biru dan juga lampu depan LED dengan garis putus-putus.





Bahagian belakang rekaan konsep kereta ini turut diberikan sentuhan yang sama melalui pemasangan lampu jalur LED melintang yang berwarna merah. Lampu ini bersambungan dengan gugusan LED yang berfungsi sebagai lampu belakang kereta. 




Atas: Rekaan asal bahagian belakang Proton Saga Knight





Ciri menonjol lain yang turut menjadikan lakaran Saharudin ini berbeza berbanding model asal ialah garisan bumbungnya yang melandai ke bawah pada bahagian lebih hujung berbanding asal, menjadikan tiang C kelihatan lebih menegak. Boleh lihat foto di atas untuk perbandingan.



REKAAN KABIN 


Bergerak ke bahagian kabin kereta, kereta konsep Saga Knight ini menggunakan warna tema gabungan hitam dan merah yang diinspirasikan daripada jam tangan edisi khas yang dihasilkan oleh Ahmad Bostami daripada Artwist.Co. 


Elemen futuristik kereta dapat dilihat daripada panel digital skrin lebar yang mana beberapa paparan dengan fungsi berbeza bersambungan dalam satu panel yang sama dari sebelah kiri hingga kanan papan pemuka kereta. Paparan tersebut adalah merangkumi kluster instrumen, infotainmen, jam dan navigasi. 




Dalam rekaan konsol tengah, Saharudin menggunakan elemen yang banyak digunapakai oleh kereta moden iaitu butang dial berbentuk bulat. 


Boleh lihat video rekaan beliau di sini:




KERETA KONSEP LAIN YANG PERNAH DIHASILKAN


Berdasarkan perkongsian yang dibuat melalui media sosial Saharudin, banyak lagi hasil kerja beliau yang telah dipertontonkan kepada orang ramai. Berikut adalah antara rekaan konsep yang pernah dihasilkan:


Konsep Kereta Elektrik Malaysia




Konsep Kereta Mikro 




Konsep Kereta Sport Malaysia





Dan banyak lagi! Untuk melihat semua rekaan yang pernah dihasilkan dan juga mengikuti proses penghasilan rekaan ini, anda boleh ikuti beliau di Instagram, Facebook dan YouTube.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPJ2642

SELANGOR

BSF9301

JOHOR

JYC5273

PULAU PINANG

PRS1323

PERAK

ANX3371

PAHANG

CFC4259

KEDAH

KGB2414

NEGERI SEMBILAN

NEG3859

KOTA KINABALU

SJL5474

KUCHING

QAB6216L

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.85

-0.03

EURO 5 B7

RM 3.05

-0.03

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto

02-02-2023
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
EV

19-01-2023
EV

16-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

JPJ Mula Op Tali Pinggang Keledar, 16 Penumpang Disaman RM300 Di Kedah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memulakan operasi pemeriksaan pemakaian tali pinggang keledar.

03-07-2025
Berita Auto

Minyak Naik, Turun: Kali Ini Harga RON97, Diesel Turun 3 Sen

Harga RON97 dan diesel turun 3 sen bermula esok.

02-07-2025
Berita Auto

Surau Pertama Di Lebuhraya PLUS, R&R Seremban Kini Boleh Laksana Solat Jumaat

Surau MADANI di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menjadi surau pertama yang kini boleh digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.

02-07-2025
Berita Auto

MCMC, LLM Kenal Pasti 50KM Jajaran Lebuhraya Tiada Liputan Telekomunikasi

Dasar 'Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet' akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara.

02-07-2025
Berita Auto

4 Lelaki Diburu, Terlibat Kes Bakar 5 Kereta Mewah

Mangsa telah mengalami kerugian kira-kira RM1.6 juta akibat kerosakan bahagian hadapan rumah selain lima kenderaan mewah.

02-07-2025
Berita Auto

Jazeman Jaafar Bawa Inisiatif TTAP Ke Peringkat Dunia Melalui Kolaborasi Dengan Bosch

Memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Persona Energy dan Bosch Engineering Japan bagi melancarkan program baharu, TTAP Bosch Xcelerator.

02-07-2025
Berita Auto

Cycle & Carriage Malaysia Lantik Adrian Short Sebagai CEO Baharu

Cycle & Carriage Malaysia (C&C) mengumumkan pelantikan Adrian Short sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Thomas Tok Chek Kuan.

02-07-2025
Berita Auto

LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

02-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.