Volvo Car Malaysia Catat Prestasi Jualan Tertinggi Bagi Tahun 2021!
![]()
Volvo Car Malaysia mengumumkan hasil jualan syarikat bagi tahun 2021 yang menandakan pertumbuhan jualan buat tahun keenam berturut-turut.
Jualan bagi tahun 2021 ditutup pada jumlah yang cukup tinggi iaitu 2,229 unit, peningkatan sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun lalu.

Syarikat turut berjaya mencatatkan prestasi jualan tertinggi dalam masa sebulan untuk bulan Disember 2021 dengan jualan sebanyak 524 unit.
Bagi prestasi di peringkat global, jualan Volvo Cars meningkat sebanyak 5.6 peratus atau 698,693 bagi keseluruhan tahun 2021. Hampir 73 peratus daripada kesemua kereta Volvo yang terjual di Malaysia ialah model Recharge.
Hasil jualan ini menunjukkan kelarisan yang berterusan barisan model Recharge Volvo Cars yang ditawarkan dalam versi elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in.

Jualan Recharge meningkat sehingga 63.9 peratus pada tahun 2021 berbanding tahun 2020. Pencapaian ini juga adalah bersamaan dengan peningkatan sebanyak 27 peratus untuk jualan keseluruhan tahun 2021.
Untuk bulan Disember sahaja, hampir 40 peratus daripada kereta Volvo yang terjual ialah Recharge dan selebihnya iaitu 7.4 peratus lagi ialah model elektrik sepenuhnya.

Pengarah pengurusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump menyimpulkan, "Kami berbangga dengan pencapaian kami yang memecahkan rekod untuk tahun 2021. Walaupun ini merupakan tahun yang mencabar, kami berjaya mendapat keyakinan pelanggan dengan memberikan mereka kebebasan untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat. Usaha kolektif pengedar-pengedar dan kakitangan kami menjadi asas kepada kejayaan tahun 2022, mendorong kami untuk menuju ke arah matlamat kami untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD2157
SELANGOR
BSQ9570
JOHOR
JYB1514
PULAU PINANG
PSD2247
PERAK
APJ3359
PAHANG
CFG8270
KEDAH
KGG5947
NEGERI SEMBILAN
NEK7028
KOTA KINABALU
SJS4782
KUCHING
QAB284P
Terakhir Kemas Kini 24 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!
Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...
Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.
07-07-2025
Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60
Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.
26-06-2025
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti
Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.
21-02-2025
Berita Terkini
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029
Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.
23-06-2026
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat