Meraikan Kemenangannya, Ford Tayang GT 40 Alan Mann Heritage Edition
![]()
Bagi memberi penghormatan kepada kereta lumba eksperimen ringan Ford GT 1966 Alan Mann Racing, Blue Oval menayangkan Ford GT40 Alan Mann Heritage Edition.
Kenderaan edisi ultra terhad yang dipamerkan pada Pameran Auto Chicago 2020 baru-baru ini meraikan legasinya sebagai sebuah kenderaan prototaip dalam sejarah pembangunan Ford GT.

Pengarah Program Ford GT, Mike Severson berkata, Ford GT Alan Mann Heritage Edition memberi penghormatan kepada kenderaan yang membantu Ford untuk mencapai kemenangannya.
“Ford GT yang menampikan livery luaran berwarna merah dan emas sebenarnya diilhamkan oleh Perlumbaan Alan Mann yang membawa kepada sejarah kemenangan Le Man,” katanya.
Sebagai permulaan sekitar tahun 1965 hingga 1966, pasukan perlumbaan Alan Mann dikatakan menggunakan material ringan untuk menghasilkan AM GT-1, manakala kereta kedua pula dicipta berdasarkan GT Mk I.

Biarpun kedua-dua prototaip ini tidak memenangi perlumbaan besar namun tahukah anda penggunaan material ringan jentera berkenaan pernah membantu Ford GT Mk II menang dalam perlumbaan Le Mann pada tahun 1966.
Bagi mempertahankan kelahirannya, kerangka kereta lumba Ford GT Heritage Edition masih menggunakan gentian fiber karbon dan dihiasi dengan warna dan jalur perlumbaan yang diinsiprasikan oleh AM GT-1.

Selain menggunakan warna merah unik Alan Mann dengan grafik berwarna keemas an, nampaknya edisi ultra terhad ini juga mengandungi beberapa hiasan lain.
Apa perkara yang paling ketara dilihat ialah jalur perlumbaan dua warna di atas bumbungnya, jalur akses warna putih dan terdapat bulatan yang tertera dengan nombor 16 di bahagian pintu, hud dan sayap belakang.
Terdapat juga kemasan gentian karbon terdedah yang boleh didapati pada bahagian splitter, side sill, rim gentian karbon 20-inci cermin sisi, bukaan liang udara pada bahagian enjin, serta diffuser belakang.

Malah, kaliper brek Brembonya juga dihiasi dengan grafik merah dan hitam serta digandingkan dengan nat hitam bagi memodenkan lagi nilai estetikanya.
Menjengah bahagian kabinnya, elemen gentian karbon masih lagi diteruskan dalam ruang dalamannya kerana konsol sil pintu dan pillarmya juga dihiasi dengan kemasan gentian karbon.

Kemasan ruang kabin model GT Heritage Edition ini didatangkan dengan tempat duduk yang dibalut dengan karbon fiber Ebony Alcantara dan jahitan akses merah dan penyandar kepalanya juga turut dihiasi dengan logo GT.
Sementara itu, panel instrumennya dibaluti dengan kulit Ebony dan Alcantara manakala bahagian pillar dan siling kabin (headliner) juga dibaluti dengan Ebony Alcantara.

Bahagian roda stereng, bezel pintu dan pendakap tempat duduknya juga dibaluti dengan elemen karbon fiber.
Pendek kata, kesemua bahagian kabinnya dibaluti dengan elemen karbon fiber.

Bagi menyempurnakan bahagian dalamannya, roda sterengnya juga dihiasi dengan kemasan jahitan berwarna hitam manakala paddle shifternya juga dipadankan dengan warna merah Alan Mann.
Sementara itu, Pengarah Alan Mann Racing, Henry Mann menyifatkan ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk Perlumbaan Alan Mann Racing dan keluarga Mann bagi meraikan warisan sukan permotoran epik Ford GT dengan kereta edisi terhad yang hebat ini.
“Bagi menyaksikan livery warna merah dan keemasan ini dihidupkan semula, oleh itu kami menayangkan GT baharu ini bersama salah satu daripada GT40 asal kami di Chicago.
Ia akan menjadi satu peristiwa yang istimewa,” katanya.

Secara kumulatif, Edisi Heritage Ford GT Alan Mann 2022 merupakan pengeluaran edisi terhad ultra yang ketujuh termasuk yang berikut:
Pertama, Ford GT Heritage Edition 2006 yang pernah memenangi empat edisi 24 Hours of Le Mans pada 1966 hingga 1969.

Kedua, Ford GT ’66 Heritage Edition (2017) – Jentera bernombor 2, Ford GT40 Mk II yang dipandu oleh Bruce McLaren dan Chris Amon pernah memenangi perlumbaan Le Mans pada tahun 1966.
Ketiga, Ford GT ’67 Heritage Edition (2018) – Jentera bernombor 1 Ford GT40 Mk IV pernah menjadi juara pada perlumbaan Le Mans pada tahun 1967.

Keempat Ford Ford GT ’68 Heritage Edition (2019) – Jentera bernombor 9 ini, Ford GT40 MK I pernah memenangi Le Mans pada tahun 1968.
Kelima Ford GT ’69 Heritage Edition (2020) – Jentera bernombor 6, Ford GT40 Mk I menjuarai perlumbaan Le Mans pada tahun 1969.

Keenam - Ford GT Heritage Edition (2021) – Jentera bernombor 98, Ford GT40 Mk II yang dipandu oleh Ken Miles dan Lloyd Ruby telah mendominasi perlumbaan tersebut dengan kemenangan 1-2-3-5 di Daytona pada 1966.
Dikhabarkan, Ford GT Alan Mann Heritage Edition 2022 akan dijual kepada para pelanggan Ford GT yang terpilih.

Begitupun, penghantaran pertama jentera ini hanya akan dilakukan pada tahun ini.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR3071
SELANGOR
BSN4931
JOHOR
JYT5033
PULAU PINANG
PSA7087
PERAK
APG1662
PAHANG
CFF8641
KEDAH
KGE8554
NEGERI SEMBILAN
NEJ8264
KOTA KINABALU
SJQ9172
KUCHING
QAB4365N
Terakhir Kemas Kini 26 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

