Jualan Mustang Mach-E Dihentikan Gara-Gara Bateri Panas

Ford Motor telah mengarahkan kepada semua pengedarnya untuk menghentikan jualan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Mustang Mach-E buat sementara waktu gara-gara masalah bateri terlalu panas.
Susulan itu, pihak syarikat telah memanggil balik hampir 49,000 unit model yang dipasang antara 27 Mei 2020 hingga 24 Mei 2022.
“Hampir 49,000 daripada 100,000 Mach-E yang dipasang dalam tempoh itu akan ditarik semula,” kata jurucakap Ford, Said Deep kepada stesen penyiaran, CNBC.

Hasil siasatan mendapati masalah itu berpunca daripada penyentuh utama bateri bervoltan tinggi.
Malah, penggunaan pengecasan pantas DC dan pedal pendikit yang ditekan habis secara kerap menyebabkan bateri SUV itu menjadi terlalu panas.
Menurut Deep, apabila bateri panas penyentuh utama yang dikawal secara elektronik itu akan kekal terbuka atau tertutup.
“Ini boleh menyebabkan kenderaan tidak dapat dihidupkan atau kehilangan kuasa pendorong serta-merta semasa kenderaan bergerak. Ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan. Oleh itu, syarikat telah memanggil balik semua unit yang terlibat,” ujarnya.

Ini bukan kali pertama Ford memanggil semula model ini. Ini kerana menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Ford pernah membuat panggilan balik terhadap model Mach-E sebelum ini sejurus pelancarannya.
Deep berkata, Ford telah menyerahkan petisyen penarikan balik model itu kepada NHTSA, yang mengendalikan perkara sedemikian.
Ford dijangka akan menyelesaikan masalah itu selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini.

Kesemua pemilik Mustang Mach-E yang terlibat akan dimaklumkan melalui e-mel selepas arahan pembaikan dan maklumat tempahan alat ganti telah diberikan kepada pengedar.
Deep berkata, syarikat akan mengemas kini perisian "Modul Kawalan Diagnostik Dalam Papan Sekunder dan Modul Kawalan Tenaga Bateri."
Penambahbaikan ini akan dibuat menerusi kemaskini over-the-air yang akan dilaksanakan pada bulan depan
Bagaimanapun, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membawa kenderaan mereka ke pengedar Ford.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans
JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.
11-08-2025
Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut
Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.
05-08-2025
Ford Mustang Mach-E Kini Di Malaysia, Diimport Oleh G-Mart Group, Harga Dari RM450K! Apa Yang Menarik?
G-Mart Group baru-baru ini telah memperbanyakkan lagi pilihan kenderaan luar negara yang ditawarkan dengan kemasukan model baharu, sebuah SUV crossover, Ford Mustang Mach-E.
29-12-2022
Ford Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran Bateri EV Di AS Dengan Rakan Kongsi China, CATL
Ford Motor Co. (Ford) dan Contemporary Amperex Technology Co Ltd. (CATL) dikhabarkan sedang merancang untuk membina sebuah kilang bateri.
13-02-2023
Ford Mustang Mach-E Kini Di Malaysia, Diimport Oleh G-Mart Group, Harga Dari RM450K! Apa Yang Menarik?
G-Mart Group baru-baru ini telah memperbanyakkan lagi pilihan kenderaan luar negara yang ditawarkan dengan kemasukan model baharu, sebuah SUV crossover, Ford Mustang Mach-E.
29-12-2022
G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV
Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.
29-10-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

