ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jualan Mustang Mach-E Dihentikan Gara-Gara Bateri Panas

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ford Motor telah mengarahkan kepada semua pengedarnya untuk menghentikan jualan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Mustang Mach-E buat sementara waktu gara-gara masalah bateri terlalu panas.

Susulan itu, pihak syarikat telah memanggil balik hampir 49,000 unit model yang dipasang antara 27 Mei 2020 hingga 24 Mei 2022.

“Hampir 49,000 daripada 100,000 Mach-E  yang dipasang dalam tempoh itu akan ditarik semula,” kata jurucakap Ford, Said Deep kepada stesen penyiaran, CNBC.


Hasil siasatan mendapati masalah itu berpunca daripada  penyentuh utama bateri bervoltan tinggi.

Malah, penggunaan pengecasan pantas DC dan pedal pendikit yang ditekan habis secara kerap menyebabkan bateri SUV itu menjadi terlalu panas.

Menurut Deep, apabila bateri panas penyentuh utama yang dikawal secara elektronik itu akan kekal terbuka atau tertutup.

“Ini boleh menyebabkan kenderaan tidak dapat dihidupkan atau kehilangan kuasa pendorong serta-merta semasa kenderaan bergerak. Ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan. Oleh itu, syarikat telah memanggil balik semua unit yang terlibat,” ujarnya.



Ini bukan kali pertama Ford memanggil semula model ini. Ini kerana menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Ford pernah membuat panggilan balik terhadap model Mach-E sebelum ini sejurus pelancarannya.

Deep berkata, Ford telah menyerahkan petisyen penarikan balik model itu  kepada NHTSA, yang mengendalikan perkara sedemikian.

Ford dijangka akan menyelesaikan masalah itu selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini.   


Kesemua pemilik  Mustang Mach-E yang terlibat akan dimaklumkan melalui e-mel selepas arahan pembaikan dan maklumat tempahan alat ganti telah diberikan kepada pengedar.

Deep berkata, syarikat akan mengemas kini perisian  "Modul Kawalan Diagnostik Dalam Papan Sekunder dan Modul Kawalan Tenaga Bateri." 

Penambahbaikan ini akan dibuat menerusi kemaskini over-the-air yang akan dilaksanakan pada bulan depan

Bagaimanapun, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membawa kenderaan mereka ke pengedar Ford.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT1015

SELANGOR

BSU2738

JOHOR

JF3654J

PULAU PINANG

PSG2032

PERAK

APL9670

PAHANG

CFH9439

KEDAH

KGJ3759

NEGERI SEMBILAN

NEM2074

KOTA KINABALU

SJU4486

KUCHING

QAB7202P

Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-08-2025
Berita Auto

16-06-2025
Global

19-05-2024
Global

23-04-2024
EV

09-04-2024
Global

02-02-2024
Gaya Hidup

11-12-2023
Global

10-11-2023

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.