- Berita
- Berita Auto
- SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023
SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023

Sono Motors, syarikat baharu yang berpangkalan di Jerman telah mendedahkan kereta yang dikhabarkan sebagai kereta solar pertama dihasilkan untuk orang ramai.
Penghasilan kenderaan elektrik solar (SEV) Sion telah bermula sejak tahun 2016 lagi. Daripada sebuah projek kecil yang dijalankan di sebuah garaj, ianya berkembang menjadi projek yang serius apabila kedua-dua pengasas syarikat, Laurin Hahn dan Jona Christians berjaya mengumpulkan pendanaan awam.

Sebelum ini, Sono pernah mengumumkan bahawa SEV Sion telah berjaya memasuki fasa pengesahan sirinya yang membabitkan 37 buah kenderaan. Fasa pengesahan ini membabitkan hasil binaan penuh dan sesetengahnya rangka kenderaan untuk diuji. Hasil daripada fasa ini, terbentuklah rekaan yang dilanjutkan bagi tujuan pengeluaran.
Spesifikasi SEV Sion

Model yang diperkenalkan sebagai sebuah kereta konsep pada tahun 2020 ini hadir sebagai crossover jenis MPV yang besar. Kereta ini digerakkan oleh motor yang dikuasakan oleh gabungan tenaga solar sepertimana yang terdapat pada Lightyear 0 (kereta solar lain yang pernah dikongsikan dalam artikel sebelum ini) dan juga bateri.

Lightyear 0: Kereta Ini Guna Tenaga Solar 100%, Capai 11,000KM Setahun!
Bateri berkapasiti 54 kWh kereta boleh dicas pada kelajuan sehingga 75kW menggunakan pengecas pantas. Sebagai sebuah SEV, bateri kereta ini turut boleh dicas dengan menggunakan tenaga solar melalui 456 sel solar yang disepadukan pada badan kereta.
Tenaga yang disalurkan oleh panel solar kepada bateri kereta ini dapat meningkatkan jarak perjalanan sehingga kira-kira 18.6 batu (29.93 km) bergantung kepada tahap kecerahan matahari. Secara puratanya, kuasa solar yang disalurkan dapat menambahkan jarak perjalanan sehingga 70 batu (112.65 km) seminggu. Ini bermakna pengguna SEV Sion tidak perlu mengecas kenderaan mereka sebanyak pengguna EV biasa.
Harga SEV Sion

Harga SEV Sion dianggarkan bermula daripada € 25,126 (RM 113,350.92). Pengeluarannya dijadualkan akan bermula pada penghujung tahun 2023 di kilang Valmet Automotive, Finland. Syarikat menyasarkan untuk mengeluarkan 257,000 unit kenderaan setahun dalam tempoh tujuh tahun.
Baca: Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!
Sumber: Sono Motors, Electrek, Tech Crunch
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC3814
SELANGOR
BSQ7640
JOHOR
JYY5348
PULAU PINANG
PSD172
PERAK
APJ1903
PAHANG
CFG7642
KEDAH
KGG4907
NEGERI SEMBILAN
NEK6426
KOTA KINABALU
SJS3922
KUCHING
QAB9803N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
PERODUA Bakal Terajui EV Murah
PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.
18-01-2024
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Berita Terkini
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
