ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X7 xDrive40i M Sport Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM728K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



BMW Malaysia memperkenalkan varian baharu dalam barisan kenderaan aktiviti sport (SAV) BMW X7 iaitu BMW X7 xDrive40i M Sport. Kereta yang dipasang di dalam negara (CKD) ini tampil dengan gaya yang lebih dinamik dan agresif.


KUASA & PRESTASI BMW X7 XDRIVE40I M SPORT




BMW X7 xDrive40i M Sport dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar 3.0L menjana output  340 hp/450 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (sistem pacuan semua roda xDrive) melalui transmisi automatik sport Steptronic 8 kelajuan. Varian ini turut ditawarkan dengan ciri Executive Drive Pro dan Integral Active Steering. 


Kereta mampu melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 245 km/j.


BAHAGIAN LUAR BMW X7 XDRIVE40I M SPORT




Didatangkan dalam pakej M Aerodynamics sebagai ciri standard, BMW X7 xDrive40i M Sport tampil lebih sporty dan agresif. Gaya ini disempurnakan dengan penggunaan rim aloi  758 M bersaiz 22 inci, brek M Sport dan garisan aluminium untuk menonjolkan lagi gaya luar kereta. 


BAHAGIAN DALAM BMW X7 XDRIVE40I M SPORT




Varian ini hadir dengan ciri sama seperti varian lain dalam barisan kereta BMW X7 seperti konfigurasi tujuh tempat duduk, bumbung kaca panorama, lampu laser BMW dan BMW Display Key. 





Gaya mewah cukup terserlah pada bahagian konsol tengah kereta dengan aneka komponen diperbuat daripada kaca, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan penggunaan teknologi BMW Live Cockpit Professional. Menyempurnakan lagi gaya premium ini ialah stereng dengan balutan kulit M Sport. Selain itu, ruang kabin turut dihasi kemasan kayu halus dalam rona hitam. 


Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black.


CIRI KESELAMATAN BMW X7 XDRIVE40I M SPORT


BMW X7 xDrive40i M Sport hadir dengan kemudahan bantuan pemanduan serta kawalan jelajah aktif bersama fungsi Start & Stop, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan dengan kamera 360 darjah. 


WARNA BMW X7 XDRIVE40I M SPORT




Berikut adalah warna yang ditawarkan bagi BMW X7 xDrive40i M Sport:

  • Black Sapphire

  • Mineral White 

  • Manhattan Metallic

  • Arctic Grey Brilliant Effect (warna eksklusif bagi varian M Sport)


HARGA BMW X7 XDRIVE40I M SPORT


BMW X7 xDrive40i M Sport ditawarkan pada harga RM728,800.00, termasuk servis dan pembaikan serta cukai jualan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans). Versi tersebut lebih mahal berbanding X7 xDrive40i Design Pure Excellence yang dijual pada harga RM708,800.

Anda boleh memiliki kenderaan ini dengan pelan ansuran bulanan yang ditawarkan melalui program pembiayaan dinamik, ‘Easy Drive Financing Plan’ oleh BMW BMW Group Financial Services Malaysia. Bayaran ansuran yang dikenakan bermula daripada RM8,800.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).


Pembelian BMW X7 xDrive40i M Sport  didatangkan dengan manfaat berikut:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma

  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW

  • Servis Dalam Talian BMW


Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi wakil pengedar BMW pilihan atau layari https://www.bmw.com.my/en/all-models/x-series/x7/2021/bmw-x7-highlights.html.

RISALAH BMW X7 XDRIVE40I M SPORT






ARTIKEL BERKAITAN




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9462

SELANGOR

BSQ9175

JOHOR

JYB539

PULAU PINANG

PSD1879

PERAK

APJ3071

PAHANG

CFG8139

KEDAH

KGG5716

NEGERI SEMBILAN

NEK6843

KOTA KINABALU

SJS4618

KUCHING

QAB233P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW X7 CKD, Harga RM718K

BMW Malaysia memperkenalkan BMW X7 xDrive40i M Sport baharu di pasaran tempatan sebentar tadi.

24-10-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.