ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Seal, Dolphin Akan Tembusi Pasaran Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sempena pelancaran BYD Atto 3 semalam, pihak media dikejutkan dengan kemunculan dua lagi model, Seal dan Dolphin yang dikatakan akan menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Buat masa ini, tarikh pelancaran kedua-dua model ini masih belum diketahui.

Mungkin anda tertarik dengan nama model ini gara-gara menggunakan nama haiwan. Menyentuh mengenai Seal terlebih dahulu, saloon empat pintu ini memiliki siluet yang tajam sekali gus menyerlahkan sebagai sebuah coupe yang penuh berkuasa.

Penampilan agresifnya  impresi kestabilan dan pemanduan yang terkawal. 

Seal juga dilihat memiliki rekaan yang sama dengan sepupunya, Atto 3 terutama dari segi rim dan lampu depan. 

Walaupun ia dikenali sebagai Seal untuk pasaran China namun BYD dikatakan akan mengubah namanya kepada Atto 4 untuk pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.


Di pasaran domestik, Seal hadir dalam empat varian iaitu Standard Range, RWD Elite/Premium dimana varian ini dimana ia mampu menghamburkan kuasa 201 hp dikuasakan dengan pek bateri 61.4-kWj.

Dengana adanya pek bateri sebesar itu, varian Elite/Premium mampu melakukan perjalanan sejauh 550 kilometer (km). Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat.

Bagi varian pertengahan iaitu Longe Range RWD, ia dipadankan dengan pek bateri 82.5 kWj sekali gus membuatkannya boleh membuat perjalanan sejauh 700 km manakala motor elektrik mampu menghamburkan kuasa setakat 308hp.


Trenkuasa yang agak padu itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j hanya dalam 5.9 saat.

Akhir sekali ialah varian Longe Range AWD Performance dimana terdapat dua motor berkembar membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa 523hp. 


Apa yang mengejutkan varian ini mampu memecut macam pelesit kerana kadar pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat.

Varian ini yang dipadankan dengan pek bateri serupa dengan RWD  membuatkannya ia mampu melakukan perjalanan sejauh 650 km.

Bagi penulis, tidak sia-sia bagi yang membeli varian yang agak padu ini. Di pasaran domestik China, harga BYD Seal bermula pada sekitar 222,274 yuan (RM140,483), manakala Long Range AWD pula  286,800 yuan (RM181,265). 


Beralih kepada Dolphin pula, ia menghasilkan kuasa setakat 94hp dan tork 180Nm serta disumbatkan dengan pek bateri berkapasit 44.9kWj. 

Menyentuh mengenai pengecasannnya, jika menggunakan pengecas AC 7 kW , anda perlu menunggu 6 jam 25 minit untuk memenuhkan bateri tersebut, manakala dengan pengecas pantas DC 60 kW baterinya boleh penuh dari 30-80% dalam masa hanya 30 minit.

Jadi jika ia  dicas penuh, ia boleh melakukan perjalanan sejauh 405km.

Difahamkan varian tertinggi Dolphin didatangkan dengan rangkaian kuasa yang agak padu kerana ia dikatakan boleh menghamburkan kuasa sehingga 174hp dan tork 290Nm.


Bagi model asas Dolphin ia dijual pada harga 94,000 yuan (RM59,410).


Buat masa ini, BYD dan pengedar BYD di Malaysia, Sime Darby Motors masih “menutup mulut” mengenai tarikh sebenar pelancaran kedua-dua model ini di pasaran Malaysia.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi  mereka dalam tempoh terdekat ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW8134

SELANGOR

BSP7521

JOHOR

JYW2261

PULAU PINANG

PSC572

PERAK

APH2773

PAHANG

CFG4290

KEDAH

KGF7335

NEGERI SEMBILAN

NEK3392

KOTA KINABALU

SJR7590

KUCHING

QAB7246N

Terakhir Kemas Kini 11 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

18-12-2025
Kereta Baru
EV

05-03-2025
EV

02-10-2024
EV

30-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.