Patutkah Proton Putra Dikembali Tapi Ikut Gaya S70?
Suhana Veru
19-12-2023
Lakaran Theottle.
Selepas memberi bayangan pengganti Suprima S adalah Proton S70, kini pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin atau Theottle sekali lagi tampil dengan lakaran terbaharunya.
Kali ini, Theottle memberi kita gambaran bagaimana pula rupa coupe hatchback Proton S70 yang diberi nama Proton C70.
Walaupun ia kelihatan agak pelik sedikit, nampaknya Theottle menggunakan bayangan Audi Quattro Concept keluaran tahun 2010 sebagai asas rekaan Proton C70.
Seperti mana hasil karya Theottle sebelum ini, saya tidak menolak bahawa render terbaharu mengenai 'Proton C70' kelihatan cukup meyakinkan.
Ini sekali gus memberi harapan kepada peminat kereta Proton Putra untuk melihat Proton Putra kembali ke dalam barisan model Proton pada masa depan.
Pandangan dari sisi.
Lakaran Mungkin ada yang menganggap ia sudah terlewat memandangkan Proton kali terakhir menghasilkan Proton Putra pada tahun 1996 sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2001 dan sekali lagi pada tahun 2004.
Ketika itu, Putra ditawarkan bersama beberapa model yang lain seperti Proton Wira sedan dan Proton Satria 3 pintu.
Bagi yang sudah lupa mengenai Proton Putra, jentera ini disumbat dengan enjin 1.8 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 118 hp dan tork 164Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9 saat. Harganya ketika itu ditawarkan pada RM 68,887.
Nilai estetika sportynya dapat diliihat dari bahagian tempat duduk hadapan Recaro N-joy serta roda stereng Momo Daytona dan tombol shifter
Proton Putra.
Malangnya, ciri-ciri istimewa yang ada di dalam kabinnya serta enjin 1.8 liter – membuatkan Putra sentiasa menjadi sasaran pencuri.
Di sebalik gambaran ini, adalah Proton perlu mempertimbangkan semula membawa Putra ke pasaran tetapi diilhamkan daripada S70? Apakah pula prestasi yang anda harapkan, jangan lupa kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!
Gallery



Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD9344
SELANGOR
BSE9081
JOHOR
JXY291
PULAU PINANG
PRQ8048
PERAK
ANV9350
PAHANG
CFB8059
KEDAH
KGA6435
NEGERI SEMBILAN
NEF9482
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB3961L
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Berkaitan
Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90
Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif
09-04-2025
Serlahkan Kreativiti Beraya Dengan S70, Proton Tawar Hadiah Tunai Lumayan
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Proton mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan #RAYASTYLOWITHS70.
18-03-2025
Proton S70 Berjaya Tambat Hati Rakyat M'Sia Sebab Harga Mampu Milik!
Lebih 18,000 Proton S70 terjual tahun lalu.
13-03-2025
Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!
Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.
10-03-2025
Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih
Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
25-02-2025
Juara Miss Asia 2024 Dianugerah Proton S70
Proton menyerahkan sebuah Proton S70 kepada pemenang Miss Asia 2024, baru-baru ini.
25-02-2025
Proton X70 Kembali Duduk Tempat Teratas Dalam Jualan SUV, Jenama Proton No 2 Paling Popular
PROTON mencatatkan jualan sebanyak 12,194unit (domestik dan eksport) pada bulan November lalu.
09-12-2024
Proton Umum Pemenang Peraduan, Tak Sia-Sia Beli Kereta Proton
Proton umum dua pemenang peraduan Pandu Uji dan Menang Proton!
14-11-2024
Berita Terkini
Acara KL Car-Free Morning Dibatalkan Minggu Ini
Acara KL Car-Free Morning (KLCFM) yang dijadualkan pada hari Ahad, 25 Mei ini dibatalkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
23-05-2025
Lanjutkan ECRL Ke Sungai Golok Untuk Tingkatkan Hubungan 2 Negara
Sambungan ECRL ke Sungai Golok mampu lengkapkan koridor timur SKRL.
23-05-2025
Pulau Pinang Pertimbang Bina Jambatan Ketiga, Ganti Terowong Dasar Laut
Kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk membina jambatan merentasi Selat Pulau Pinang.
22-05-2025
Sidang Kemuncak ASEAN: PLUS Tutup Jalan Untuk Lancarkan Perjalanan Delegasi
PLUS akan tutup jalan secara berperingkat mulai esok sempena Sidang Kemuncak ASEAN.
22-05-2025
Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.
22-05-2025
Proton, Continental Bekerjasama, Proton Kini Jadi Pusat Sehenti Jual, Pasang Tayar
Proton kini menjalinkan kerjasama dengan Continental Malaysia bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara.
22-05-2025
Lesen Memandu Fizikal Kini Berwajah Baharu, Tapi Hanya Untuk Pemohon Yang Mahu Ke Luar Negara
Lesen memandu fizikal kini berwajah baharu kerana ia dilengkapi dengan ciri keselamatan .
22-05-2025
Perhatian! Harga RON97, Diesel Naik Sampai 3 Sen
Nampaknya, harga RON97 dan diesel melonjak tiga sen bermula esok hingga 28 Mei ini.
21-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat