ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Kalau Nak MPV Paling Luas, Jawapannya, Nissan Serena S-Hybrid

Suhana Veru

11-1-2023

Kongsi melalui


Memandangkan penulis seorang ibu kepada dua cahaya mata, maka kali ini editor Caricarz membuat keputusan untuk menugaskan saya untuk rebiu MPV popular Edaran Tan Chong Motor iaitu Nissan Serena S-Hybrid versi facelift kira-kira dua bulan lalu.

Seperti diketahui umum, MPV ini sememangnya amat sesuai untuk yang sudah berkeluarga, maka tidak hairanlah mengapa saya ditugaskan untuk pandu uji jentera ini.


Buat penulis, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengendalikan jentera tujuh tempat duduk ini namun untuk menguji keupayaan MPV ini, saya dan suami membuat keputusan untuk bercuti di Ipoh, Perak.

Sedikit latar belakang mengenai jentera ini, ia hadir dalam dua varian iaitu Highway Star serta varian spesifikasi tinggi, Premium Highway Star. Jentera ini dilancarkan pada Julai 2022.


Untuk pandu uji, penulis menerima varian Premium Highway Star. Ia dipadankan dengan nadi hibrid ringan MR20DD 2.0 liter dimana rangkaian kuasa pula digandingkan dengan transmisi X-Tronic CVT.

Maka ia mampu menghamburkan kuasa 148 hp dan tork 200Nm. Apapun, bagi membuktikan apa yang tertulis di atas kertas, saya sendiri memegang sendiri dan melakukan perjalanan sehingga 200 kilometer walaupun ditemani suami.


Baru sahaja tayar bergolek, saya sudah merasai pemanduannya yang agak lancar.

Ia mungkin disebabkan gabungan trenkuasa nadi hibrid ringan dan penalaan casis yang cukup memfokuskan keselesaan.


Bagaimanapun, daya pecutannya tidak akan terhasil sehingga anda tekan minyak pada 120 kilometer sejam, barulah anda akan merasai kelancaran sebenar. 

Opss, ingat ia merupakan sebuah kenderaan untuk kegunaan keluarga jadi ada baiknya kita faham batasan prestasi kereta ini yang bukan direka untuk memecut atau tunjuk belang di jalan raya.

Apapun, sepanjang paras kelajuan itu, tiada sebarang bunyi angin yang meresap masuk ke dalam kabin tetapi sejurus  kehadiran angin lintang, ia terganggu sedikit. 

Ia mungkin ada kaitan dengan pemanduan saya yang melebihi had laju.

Bila dipandu pada halaju biasa, enjin ini sangat senyap seolah-olah tanpa sebarang deruman pada ruang kabin.


Malah,  jentera ini tidak sesuai untuk melayan selekoh pada kelajuan tinggi kerana mungkin rupa parasnya yang agak tinggi.

Oh ya mengenai dimensinya,  Serena S-Hybrid 2022 ini memiliki dimensi berukuran 4,770 mm panjang, 1,740 mm lebar, 1,865 mm tinggi dan jarak roda 2,860 mm.

Apapun, tempat duduk sifar gravitinya memberikan keselesaan sepanjang perjalanan.  


Apa  yang pasti, suspensinya memainkan peranan kerana kami sekeluarga tidak langsung berasa penat sepanjang mengharungi perjalanan jauh.

Sedar, sedar kami selamat tiba di Tapah, Perak. Saya akui kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini walaupun pada mulanya, sedikit lemau namun prestasi di lebuh raya boleh dipuji.

Gara-gara perut anak-anak sudah mula berkeroncong, saya terpaksa berhenti seketika di Rehat dan Rawat Tapah untuk mengisi perut.


Sebaik melangkah keluar, anak-anak tidak berhenti memuji MPV ini. Untuk itu, saya menjengah sekejap ruang kabinnya sementara suami membungkus makanan.

BAHAGIAN DALAMAN:

Bukan apa, saya pun nak tengok apa yang WOW! sangat sampai tarik-tarik tangan untuk duduk di tempat duduk bahagian penumpang.

Patutlah bukan main mereka menjulang nama Nissan Serena, MPV ini cukup luas, lebar dan setiap pasangan suami isteri yang mempunyai anak yang ramai, wajib ada satu biji di rumah.


Tetapi penulis faham, memang semua ibu bapa mengidam untuk membeli MPV namun berdepan dengan kekangan kewangan membuatkan mereka terpaksa mengetepikan impian itu.

Berbalik kepada kabin dalamannya, kesemua bahagian  tempat duduk penumpang dilengkapi dengan meja makan mini yang boleh dilipat.


Maka, mudahlah untuk anak-anak menikmati makanan terutama perjalanan jauh dan tidak akan timbul isu kereta kotor gara-gara serpihan makanan terjatuh di lantai.


Untuk info, MPV ini menawarkan teknologi Sifar Graviti untuk barisan hadapan dan kedua. Lebih menarik, ia boleh dilaras sehingga 13-konfigurasi. 

Patutlah anak-anak berasa seolah-olah naik kereta VIP kerana barisan kedua menampilkan tempat duduk ‘kapten’ manakala,  barisan ketiga pula menampilkan larasan gelangsar di mana ia boleh ditolak ke tepi bagi menambahkan ruang kargo sekiranya tiada penumpang .

Sementara itu, pintu belakangnya  memiliki fungsi dwibukaan bagi memudahkan penyimpanan di lokasi yang sempit.

Sebaik melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang, Ada tiga barisan tempat duduk untuk kegunaan tujuh penumpang dengan format susunan 2-2-3.


Varian tinggi ini menawarkan balutan kulit nappa berkuilt coklat premium atau nappa berkuilt hitam premium.


Bagi keselesaan penumpangnya, ia dilengkapi  dengan kawalan iklim auto dua zon dengan suis digital pada barisan kedua dan ketiga.

Dalam pada itu,  setiap kerusi barisan depan dan kedua dilengkapi perehat lengan, manakala penumpang di barisan ketiga pula boleh menekan butang kawalan pintu gelangsar berkuasa di sebelah kiri.

Terdapat juga pedal di belakang kerusi barisan kedua untuk memudahkan penumpang belakang keluar dari kabin.

BAHAGIAN PEMANDU

Sementara menunggu suami mengenakan sebatang rokok, saya bergerak ke hadapan semula.


Terdapat  kluster intrumen Fine Vision paparan bantuan pemandu canggih (ADAD) berwarna penuh 7 inci. Sistem infotainmen yang digunakan ialah sebuah skrin sentuh bersaiz ]dan 9 inci.


 Seperti biasa, sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. 


Turut disediakan ialah sebuah skrin monitor yang dipasang pada bumbung bersaiz 11.6 inci . Malah ia juga memiliki 7 port USB. Ciri lain yang didatangkan sebagai ciri standard ialah DVR depan dan belakang.

BAHAGIAN LUARAN:

Sebagai perbandingan,  Serena S-Hybrid (2022) dengan model terdahulu, perubahan paling ketara ialah rekabentuk gril depan V-Motion dengan corak Majestic krom.

Kali ini, ia  memaparkan perincian rekaan yang lebih menarik dengan konsep baharu palang krom yang memisahkan lampu signal belok dan lampu utama. 


Jika diamati dengan dekat, palang berkenaan meneyrupai angka 7 yang mengapit frem gril depan krom.

Malah, terdapat tujuh garis krom pada gril yang disusun secara horizontal dengan logo Nissan di bahagian tengah-tengah.

Satu lagi pembaharuan ialah bampar baharu yang melengkapkan imej menyeluruh rupa depan MPV ini.


Jentera ini dipadankan dengan lampu depan projektor LED automatik bersama pengarasan automatik, lampu kabus depan dan  lampu nyalaan siang. 

Varian Serena S-Hybrid Premium Highway Star ini  menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 205/55 R16. Cuma saya kurang berkenan dengan tayar Serena yang kelihatan sedikit kecil berbanding dengan tubuh Serena yang tinggi.


Ya la, tayar 16 inci ini lebih murah dan nampanya, ETCM cukup memahami perasaan penggunanya yang sudah berkeluarga apatah lagi kos sara hidup semakin tinggi.

CIRI-CIRI KESELAMATAN

Sudah menjadi lumrah setiap kenderaan didatangkan dengan ciri keselamatan bagi menjamin nyawa pemandu dan penumpangnya.


Maka, produk buatan ETCM ini juga tidak terkecuali.

Dimaklumkan, jentera ini menerima penambahbaikan ciri keselamatan moden membabitkan teknologi bantuan pemandu termaju baharu  sistem pemanduan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi pakej bantuan pemanduan seperti amaran pelanggaran hadapan prediktif (IPFCW) dan brek kecemasan hadapan pintar (EB), amaran titik buta (BSW), amaran keluar lorong (LDW), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), pemantau keliling pintar (AVM), pengesan objek bergerak pintar (IMOD) dan kewaspadaan pemandu pintar (IDA). 


Ciri keselamatan lain ialah bantuan mula-daki (HSA), kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan sistem kawalan cengkaman (TCS), serta enam beg udara. 


Kecekapan bahan api.

Bagi penulis, bahan apinya agak menjimatkan kerana sebaik sampai di kampung halaman yang terletak di Taman Silibin, Ipoh, masih lagi tinggal dua bar.

Ia menawarkan purata pemanduan pada 14.2km per liter! Penjimatan penggunaan petrol sudah pasti menjadi antara ciri yang didambakan semua pemilik kereta di Malaysia.


Maka, tidak hairanlah mengapa ETCM menerima lebih 2,000 tempahan untuk Nissan Serena S-Hybrid 2022 ini.

Mengenai warnanya, Serena S-Hybrid Highway Star ditawarkan dalam tiga warna iaitu Brilliant White, Tungsten Silver dan Diamond Black. 

Sementara Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula ditawarkan dalam warna Diamond Black, Dark Metal Grey, Brilliant White dan Radiant Red.

Kesemuanya hadir dengan bumbung berwarna Diamond Black.

Mengenai ruang butnya, jangan risau ia mampu memuatkan pelbagai barangan bersaiz besar dalam satu masa.

Penulis kira, Nissan Serena S-Hybrid serba baru ini adalah pilihan ideal untuk mereka yang berkeluarga kerana ruang dalaman cukup praktikal dan selesa untuk perjalanan dekat atau jauh.

Datang kepada harganya, Serena S-Hybrid Highway Star ditawarkan pada harga RM149,888 dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula pada harga RM162,888, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. 


Pembelian datang dengan servis penyelenggaraan percuma (termasuklah alat ganti dan upah), serta jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun. 


Adakah anda masih berbolak-balik untuk  membeli Serena S-Hybrid?

Bagi penulis mudah sahaja, pertama sekali periksa poket anda dan kedua sekiranya ada kemampuan  selain memiliki anak ramai, maka jawapannya  tempahlah segera Serena S-Hybrid!

SPESIFIKASI

NISSAN SERENA S-HYBRID PREMIUM HIGHWAY STAR

ENJIN

2.0-liter 4-silinder

Suntikan Terus Bahan Api

TRANSMISI

Xtronic CVT

KUASA

148 HP /6,000 RPM

DAYA TORK

200 NM /4,400

0-100 KM/J

N/A

KELAJUAN MAKSIMUM

N/A

EKONOMI

7.0 Liter/100 KM

 

BERAT

-

 

HARGA

RM162, 888 (tanpa insurans)

 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2145

SELANGOR

BSE4659

JOHOR

JXW5425

PULAU PINANG

PRQ3653

PERAK

ANV3720

PAHANG

CFB6703

KEDAH

KGA4282

NEGERI SEMBILAN

NEF7243

KOTA KINABALU

SJK7506

KUCHING

QAB3141L

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Tertinggi "Anugerah Nissan Global 2023"

Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Tertinggi "Anugerah Nissan Global 2023"

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) Malaysia telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Nissan.

10-10-2023
Berita Auto
Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ –  Canggih,  Selesa & Serba Lengkap

Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap

Pelancaran Pusat Flagship Nissan 3S yang lebih moden, selesa dan lengkap di Petaling Jaya.

04-09-2023
EV
EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?

EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?

Nissan Ariya SUV hibrid elektrik telah dikesan sekali lagi di Malaysia, kali ini di pusat bandar Kuala Lumpur.

06-04-2023
Berita Auto
Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat

Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan The Most Exciting Ang Pow Yet dengan penjimatan sehingga RM9,950 bagi pembelian kereta Nissan.

13-01-2023
Berita Auto
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Nissan Yang Terkesan Akibat Banjir

Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Nissan Yang Terkesan Akibat Banjir

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menganjurkan program bantuan banjir untuk para pemilik kereta Nissan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

07-01-2023
Berita Auto
Pakej Tomei Untuk Semua Varian Nissan Almera, Harga Dari RM8K

Pakej Tomei Untuk Semua Varian Nissan Almera, Harga Dari RM8K

Aksesori Tomei kini ditawarkan untuk kesemua varian Nissan Almera.

18-08-2022
Berita Auto
ETCM Naik Taraf Pusat 3S Di Rawang

ETCM Naik Taraf Pusat 3S Di Rawang

ETCM telah menaiktaraf pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang dinaiktaraf bertempat di Rawang, Selangor.

26-07-2022
Berita Auto
ETCM Tawar Promosi Hebat!

ETCM Tawar Promosi Hebat!

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, ETCM melancarkan kempen Raya Datang Awal.

12-04-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.