Ford Ranger XLT Plus, Padat Dengan Ciri Keselamatan, Tak Sia-Sia Beli
Suhana Veru
15-3-2023
Dilancarkan pada pertengahan tahun lepas di pasaran tempatan, Ford Ranger generasi terbaharu menyaksikan jenama Blue Oval menawarkan pelbagai ciri baik di luar dan bahagian dalamnnya.
Walaupun ia masih mengekalkan casis T6 yang sama daripada pendahulunya, namun perubahan yang dilakukan cukup besar bagi menjamin dakwaan sebagai 'semuanya serba baharu”.
Untuk itu, ada juga yang berpendapat bahawa pilihan pikap terbaharu Ford ini mungkin mempunyai nilai yang lebih tinggi selain harganya juga agak premium berbanding sebahagian besar pesaingnya.
Jadikan, biarkan saya membelek jentera ini sebelum memberi komen yang sejujurnya!
KESELURUHAN:
Secara luaran, ubah suai luaran agak menarik dan kelihatan agak serupa dengan sepupunya, F-Series bersaiz penuh.
Berbanding dengan model sebelum ini, model terbaharu jelas kelihatan lebih segi empat sama dan berkotak, sekali gus memberikannya pendirian agak tegap.
Selain itu, terdapat beberapa perubahan sentuhan reka bentuknya memandangkan bahagian hadapannya menampilkan gril baharu yang agak menyerlah dan berkilat selain diapit oleh sepasang lampu hadapan baharu jenis DRL LED berbentuk C yang menarik.
Di bahagian belakang, pintu belakang mendapat garis kontur yang lebih jelas serta huruf model 'RANGER' manakala set lampu belakangya telah dibentuk semula.
Setakat bahagian luar, Ranger baharu ini ditambah trim mid-plus yang boleh dikatakan ia setegap flagship Wildtrak.
Selain daripada tayar aloi 17-inci biasa yang dikitar semula daripada model sebelum ini, namun kami pasti ramai yang sememangnya akan menyukai penampilan Ranger baharu ini, walaupun dalam varian XLT Plus ini.
KABIN:
Seperti bahagian luar, Ford turut memberikan ubah suai yang agak lengkap pada Ranger baharu di bahagian dalamannya.
Bergerak ke bahagian dalam, trak ini tampil dengan pelbagai ciri premium dan moden.
Ia jelas terbukti menerusi rekaannya yang dibentuk semula dengan menampilkan unit infotainmen skrin sentuh, penggunaan corak sarang lebah dalam bolong penghawa dingin, tempat duduk fabrik, dan kemasan pintu fabrik.
Apa yang menarik di sini ialah kehadiran kedua-dua lubang penghawa dingin di belakang serta soket 12 volt.
Kabin trak Ford Ranger kali ini didatangkan dengan unit infotainmen skrin sentuh baharu yang menggunakan sistem terkini daripada Ford iaitu SYNC 4 dan sistem ini boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay.
Ia juga menerima paparan interaktif TFT digital bersaiz 8 inci dengan kelengkapan lain seperti port pengecas USB-A, pengecas USB-C dan pad pengecasan wayarles yang sesuai untuk disambungkan pada skrin sentuh besar.
Perubahan baharu di sini ialah selak pelepas pintu telah diposisikan semula, sebaliknya disepadukan ke bahagian tempat letak tangan setiap pintu.
Walaupun spesifikasi ini tewas dengan upholsteri kulit mewah yang dapat dilihat di dalam Wildtrak, namun upholsteri fabrik ini tidaklah seteruk mana.
Tidak ketinggalan, terdapat juga material yang agak lembut di bahagian titik sentuh utama dan kemasan kabin.
Secara keseluruhan ruang untuk bahagian depan dan belakang cukup sempurna walaupun penumpang belakang perlu duduk lebih tegak sedikit.
PEMANDUAN:
Sejak platform Ranger lama T6 diperkenalkan, model ini sentiasa mengatasi pesaingnya adalah trenkuasa berkuasa tinggi dan dinamik pemanduan ditala semula.
Bagi Ranger generasi kali ini, beberapa perkara sudah diperhalusi dan ditambah baik.
Menyentuh mengenai daya prestasinya, ia dikuasakan oleh enjin bi-turbodiesel 2.0L yang mencapai output maksimum 207hp/500Nm. Kuasa disalurkan oleh transmisi automatik 10 kelajuan.
Hasil pemanduan mendapati prestasi jentera ini hampir serupa dengan kereta berkuasa petrol atau SUV walaupun ia menggunakan gegelung spring di belakang.
Pendek kata, pemanduannya agak sama dengan pendahulunya.
Di samping itu, daya redaman dan penalaan suspensi yang berada di keempat-empat penjuru menyebabkan ia kurang utilitarian seperti mana trak pikap seangkatannya.
Selain ketinggian, saiz dan beratnya, kelincahan trak pikap ini masih tidak setanding dengan kereta atau SUV crossover, tetapi dengan adanya stereng kuasa elektrik, ia mudah dikendalikan.
Maka, ia tidak akan menjadi masalah besar buat golongan wanita yang berhasrat untuk membeli trak pikap ini.
Seperti sebelum ini, sudah menjadi lumrah, ia mampu menelusuri laluan off road dengan begitu cemerlang termasuk ketika menguji Kawalan Turun Bukit (HDC).
JIMAT
Dari segi kos pengendalian, trak pikap seperti ini biasanya agak jimat, walaupun i bergantung pada jenis pemanduan dan penggunaannya.
Walaupun kami tidak membawa membawa sebarang muatan ketika melakukan pandu uji dan ada beberapa laluan yang kami gunakan mengalami kesesakan teruk namun bacaan diperoleh adalah sekitar 11.2 liter untuk 100 kilometer.
Sepanjang melakukan pandu uji, ia mampu bergerak 600 hingga 700 kilometer dengan mengisi tangki penuh iaitu 80 liter.
Pendek kata, jika anda mahu membeli sebuah trak pikap untuk merentasi pelbagai rupa muka bumi, maka Ford Ranger XLT Plus adalah pikap yang cukup sesuai untuk melakukan pemanduan mencabar.
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Dari segi keselamatan, varian spesifikasi pertengahan ini ditambah dengan beberapa ciri utama seperti enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kombinasi Kawalan Stabiliti.
Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS).
Untuk makluman, jentera ini dijual pada harga RM142,888 dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) menawarkan waranti 5 tahun atau 160,000km (yang mana terdahalu).
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman www.sdacford.com.my.
SPESIFIKASI
FORD RANGER XLT PLUS |
|
ENJIN |
2.0-litre 4-cyl Bi-Turbo diesel |
TRANSMISI |
10-kelajuan automatik, 4x4 |
KUASA |
207 HP @ 3,750 RPM |
TORK |
500 NM @ 1,750 RPM |
0-100 KM/J |
N/A |
V-MAKS |
N/A |
ECONOMI |
11.2 Liter/100 KM (setelah diuji) |
BERAT |
2,227 KG |
HARGA |
RM142,888 (tidak termasuk insurans) |
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VMY6085
SELANGOR
BRX3468
JOHOR
JXH495
PULAU PINANG
PRJ2142
PERAK
ANP4195
PAHANG
CEY3324
KEDAH
KFV8676
NEGERI SEMBILAN
NEC7951
KOTA KINABALU
SJG392
KUCHING
QAB9142J
Terakhir Kemas Kini 09 Sep, 2024
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.40
-0.02
RON 100
RM 4.50
VPR
RM 5.50
Diesel
EURO 2M
RM 3.16
-0.02
EURO 5
RM 3.36
-0.02
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2024
Berita Terkini
[ULASAN RINGKAS] Proton X70 2025 Bukti Kemampuan Sebenar Di Sabah
Ini pendapat penulis tentang Proton X70 2025.
08-09-2024
Sudah Diuji: Toyota Corolla 1.8G 2024, Pasti Tak Menyesal Beli! Antara Yang Paling "Selamat"?
Kami berpeluang memandu uji Toyota Corolla 1.8G 2024, baru-baru ini.
08-09-2024
[PANDU UJI] 9 Sebab Mengapa smart #3 Brabus EV Sporty Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Ini pandangan jujur kami mengenai smart #3.
12-08-2024
7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025
Walaupun harga masih belum diumumkan, Proton X70 sudah boleh ditempah dengan bayaran deposot RM500.
05-08-2024
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
Proton S70, Harga Bawah RM100K, Ada ADAS! TAPI
Saya sempat menguji hot item, Proton S70, baru-baru ini
02-08-2024
Ini Bukan Porsche Tapi Ora 07
Tak dapat beli Porsche, mungkin anda boleh mempertimbangkan GWM Ora 07.
29-07-2024
MC7, Sesuai Sangat Untuk Pemandu Asia Pasifik!
Kenapa tayar MC7 sesuai untuk pemandu Asia Pasifik, wajib baca review ini.
18-07-2024
Tunjuk Lebih
trending_flat