ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pendaftaran Minat BMW iX1 Kini Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui



BMW Group Malaysia kini mula menerima pendaftaran minat (ROI) secara dalam talian bagi crossover kenderaan elektrik tulen, BMW iX1. Dipertontonkan di peringkat global pada bulan Jun tahun lalu, iX1 ialah versi elektrik kepada SUV BMW X1 generasi ketiga (kod casis: U11). 


Laman pendaftaran tersebut mendedahkan beberapa maklumat kecuali harganya yang masih belum diumumkan buat masa ini. Berikut adalah beberapa perkara yang kita tahu tentang iX1:


#1 Satu varian diperkenalkan, xDrive30, yang dijana oleh satu motor pada setiap gandar yang menggerakkan kesemua empat roda. 


#2 iX1 menggunakan motor eDrive generasi kelima bagi menggantikan enjin pembakaran biasa dan transmisi X1. 


#3 Kuasa keseluruhan yang mampu dicapai model ini ialah 308 hp (dengan kuasa boost sementara) dan tork 494 Nm. 


#4 iX1 boleh mencapai 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat.


#5 Kelajuan tertingginya dihadkan pada 180 km/j. 


#6 Menggunakan pek bateri berkapasiti 64.7 kWh yang membolehkan kenderaan mencapai jarak perjalanan 440 km (WLTP).




#7 Menggunakan pengecas pantas, DC 130 kW, pengecasan selama 10 minit memberikan kenderaan jarak perjalanan 120 km. Pengecas DC juga membolehkan kenderaan dicas daripada 10% ke 80% dalam masa hanya 29 minit. 


#8 Dengan pengecas biasa, AC 11 kW memerlukan masa selama 6 jam dan 30 minit untuk dicas penuh atau 3 jam 45 minit sekiranya menggunakan pengecas AC 22 kW. 


#9 Memiliki ‘Combined Charging Unit,’ sistem ini akan mengurangkan kadar pengecasan apabila mencapai titik tertentu untuk kawalan suhu. Ini membantu mengurangkan masa pengecasan berbanding apabila kadar pengecasan diturunkan secara berperingkat seperti kebanyakan EV lain. 


#10 Di bahagian kabin, terdapat skrin yang nipis, BMW Curved Display yang dikuasakan oleh BMW Operating System 8 yang terdiri daripada sistem infotainmen dan panel instrumen. 




#11 iX1 ditawarkan secara standard dengan sistem navigasi BMW Maps berasaskan cloud dengan cadangan laluan untuk meminimakan penggunaan bateri kereta selain informasi lokasi pengecasan. 


#12 Ruang simpanan belakang iX1 berkapasiti 490L dan apabila tempat duduk belakang dilipat, kapasiti penyimpanan bertambah kepada 1,495L.


Apa pendapat anda mengenai pesaing terdekat kepada Mercedes-Benz EQA dan Volvo XC40/C40 Recharge ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah. 




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-01-2026
Kereta Baru

17-12-2025
EV

10-12-2025
Kereta Baru

06-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

12-08-2025
Kereta Baru

16-04-2025
Kereta Baru

03-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.