Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"

Great Wall Motor (GWM) Haval H6 HEV yang merupakan salah satu SUV paling laris di China bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Biarpun, ia akan dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ini namun kami diberi peluang untuk menguji SUV segmen-C ini.
Ini memang jarang berlaku! Tapi ini mungkin sudah rezeki kami.


Secara visual, H6 menampilkan siluet SUV tipikal, tanpa sebarang bahagian aero yang melampau atau garis bumbung yang senget.
Apapun, bahagian hadapan SUV ini agak menonjol disebabkan reka bentuk grilnya yang menyerlah selain dipadankan dengan jalur mendatar yang terletak di bawah lampu hadapan.
Sebaliknya ada beberapa perkara yang agak lemah terutama di kedua-dua profil sisi dan belakang, namun ia yang digandingkan dengan roda 19-inci yang sporty membuatkan ia agak mengancam.

Menjengah bahagian belakang pula, ia menampilkan lampu bar LED yang agak lebar dengan lampu belakang mengapit pada setiap sisi.
Tertera perkataan Haval di bawah lampu belakang sekali gus memberikan sedikit sentuhan premium pada SUV ini.


Kami mendapati rupanya boleh menjadi perkara yang sangat subjektif namun hakikatnya Haval H6 mempunyai daya tarikan universal yang kuat manakala penampilannya memang bergaya.
KABIN:
Bagi mengekalkan H6 setanding dengan pesaingnya, GWM nampaknya telah menggabungkan pelbagai peralatan premium di dalam baik di luar.


Kabinnya dihiasi dengan paparan infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Android Auto serta Apple CarPlay.
Para pemandu pula menerima instrumen digital bersaiz 10.25 inci.


Terdapat juga sistem pencahayaan ambien, bumbung matahari panoramik, pandangan kamera 360 darjah dengan bantuan parkir sendiri dan banyak lagi.
Bahagian kabinnya juga dibaluti dengan material kulit, termasuk di papan pemuka, pintu dan tempat duduknya.

Tempat duduknya dilengkapi dengan fungsi pemanasan dan tempat duduk pemandu boleh dilaras enam hala manakala penumpang hadapan empat hala.
PEMANDUAN:
Datang mengenai pengalaman pemanduannya, hanya satu perkataan yang saya boleh sebut iaitu berjalan lancar!
Jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder dan motor hibrid berkadar 130 kW sekali gus membolehkan ia menghasilkan kuasa setinggi 240 hp dan tork 530 Nm.
Daya kilas yang tinggi membuatkan SUV seberat 2,000 kilogram ini mampu dikendalikan dengan baik, tidaklah perlu begitu bersusah- payah.

Pada kelajuan sederhana, mod pemanduan EV H6 HEV sudah menawarkan tahap NVH (bunyi, getaran dan kekerasan) yang cukup rendah, manakala peralihan daripada elektrik kepada pembakaran terasa begitu lancar.
Platform LEMON proprietari GWM, yang disokong oleh H6, juga meningkatkan lagi prestasi pengendalian dan kestabilannya.

Dengan kehadiran ciri -ciri keselamatan seperti Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Ikut Laluan (LFA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) Bantuan Trafik Sesak, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) , Pemantau Titik Buta sebenarnya menambahkan lagi keyakinan untuk memandu jentera ini.
Sepanjang melakukan pandu uji singkat dengan H6 HEV, kami mengetahui bahawa kereta ini bukan sahaja boleh dipandu dengan lancar sebaliknya ia sarat dengan peralatan dan kemudahan yang menjadikannya pemanduan menjadi lebih seronok, , selesa, dan yang lebih penting selamat.

Bagaimanapun, ada satu perkara yang menjadi tanda soal iaitu harga.
Ketika menulis rebiu ini, H6 masih belum membuat penampilan sulungnya jadi kami masih tidak tahu-menahu mengenai harganya.
Namun di Thailand, H6 dijual pada harga RM177,551. Jadi sila berteka-teki berapakah harga yang akan diletakkan GWM untuk Haval H6.
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN6134
SELANGOR
BSM8245
JOHOR
JYS3290
PULAU PINANG
PSA1644
PERAK
APF5708
PAHANG
CFF5290
KEDAH
KGE5361
NEGERI SEMBILAN
NEJ6411
KOTA KINABALU
SJQ5614
KUCHING
QAB3514N
Terakhir Kemas Kini 01 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat