ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Mana Pilihan Anda? XC40 Recharge Atau C40?

Suhana Veru

2-6-2023

Kongsi melalui

image.png

Pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu, pasukan CariCarz. com berkesempatan memandu uji dua buah kereta Volvo, Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan C40.

Memandangkan penulis beraya di ibu kota sahaja, maka editor menyerahkan saya terlebih dahulu Volvo XC40 memandangkan ia adalah kenderaan elektrik sepenuhnya.

Selepas tiga hari, saya diberi pula peluang untuk menikmati pemanduan C40.

image.png

Biasalah, kalau nak balik kampung dengan EV sepenuhnya mungkin payah sedikit disebabkan bilangan stesen pengecas yang masih terhad ketika ini.

Mungkin anda tertanya-tanya apa yang best sangat mengenai Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan C40 memandangkan kedua-duanya agak sama!

Jika diamati dengan dekat, sebenarnya terdapat beberapa perbezaan yang cukup ketara!

PILIHAN PRAKTIKAL

Secara jelas, XC40 Recharge menampilkan ciri tradisional memandangkan reka bentuk badan SUV ini agak tipikal dan nampak terlalu berkotak manakala C40 pula kurang berkotak.

image.pngimage.png

XC40 dan C40  juga hadir dengan rekaan gril hadapan yang kosong tanpa sebarang bukaan namun ciri ini sebenarnya memberi petunjuk bahawa ia adalah EV sepenuhnya.

Untuk C40, ia masih berkongsi muka hadapan yang sama dengan XC40 facelift. Apa yang berbeza, C40 menampilkan garis bumbung yang lebih sporty dan landai ke belakang.

Disebabkan tiada enjin di bahagian depan, C40 menawarkan frunk atau front trunk (ruang kargo depan) sebesar 31 liter.

image.png

Sementara itu, garis bumbung XC40 agak tinggi dan apa yang penting ia menawarkan ruang but standard yang cukup besar iaitu 460 liter.

Menjengah bahagian dalamannya, ia menawarkan kabin yang cukup luas. Sebagai pemandu anda tidak perlu mendengar pekikan penumpang belakang.

"Sempitnya, tak boleh luruskan kaki atau ruang kepala terhad,". Anda tidak akan kedengaran suara-suara ini lagi.

Hakikatnya, Volvo sudah  menawarkan kabin yang cukup luas dan mewah.

Malah, dalaman kereta ini menawarkan tekstil Suede Charcoal Connect pada tempat duduknya manakala fabrik kulit tiruan  dipadankan dengan  pada stereng, serta tuil gear.

image.pngimage.png

Bukan itu sahaja, Volvo C40 Recharge menampilkan kemasan topografi di papan pemuka yang begitu cantik, terutama apabila ia menyala di waktu malam.

Biarpun, ia cuma panel plastik keras, tetapi rupa dan rasa padanya cukup unik membuatkan penulis tidak pernah melihat pada mana-mana kereta pandu uji yang lain.

Nampaknya, pereka Volvo cukup kreatif kerana mampu membezakan kemasan kabin kenderaan mereka yang kelihatan hampir sama namun tidak membosankan.

KEMBAR BERGAYA

Jika dibelek dengan  lebih teliti, C40 Recharge sebenarnya tampak lebih muda berbanding kembar XC40 Recharge kerana ia kelihatan lebih sporty dan lebih tajam.

Apa yang membezakannya, ia memiliki garis jaluran (beltline) tersendiri yang direka untuk menonjolkan ketebalan badan kereta sekali gus membuatkan C40 lebih bergaya.

image.png

Perbezaan tersebut menjadikan C40 ini 70 mm lebih rendah (1,582 mm) berbanding XC40.dan lebih panjang sekitar 6mm berbanding XC40. Ini  membuatkan ruang buat C40 agak kecil sedikit iaitu 416 liter.

Dari segi kabinnya, C40 Recharge agak berkotak  tetapi kami pasti kehadiran  bumbung kaca panoramik akan menarik minat prospek yang mementingkan gaya.

image.pngimage.png

Ini bermakna kehadiran bumbung itu membawa lebih banyak pencahayaan ke dalam kabin, yang juga berfungsi sebagai 'ilusi' ruang tambahan.

image.pngimage.png

Apa yang pasti, kedua-dua model ini menawarkan kabin yang cukup mewah.

PRESTASI MACAM SPORTCAR

Dengan menggunakan platform CMA yang sama, C40 turut berkongsi unit rangkaian kuasa P8 AWD serupa dengan XC40 Recharge Pure Electric. 

Sistem tersebut terdiri dari dua motor elektrik, setiap satunya diletakkan pada gandar hadapan dan belakang bagi mewujudkan pacuan semua roda dimana kedua-dua juga menghasilkan kuasa yang sama iaitu 402hp dan 660Nm.

Kedua-duanya turut menggunakan bateri jenis litium-ion 78 kWh yang sama.

Apa yang pasti, penggunaan dua motor mampu mengawal kesemua cengkaman roda sekali gus memberikan pecutan yang cukup padu.

image.pngimage.png

Apa tidaknya C40 Recharge mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.7 saat manakala XC40 pula 4.9 saat.

Biarpun mereka boleh memecut lebih kurang sama, maka tidak hairanlah mengapa harganya lebih kurang sama dengan the Mercedes-Benz EQA dan BMW iX1 yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Malah sepanjang saya melakukan pandu uji kedua-dua model ini, saya dapat merasakan pemanduannya bukan sahaja kedap bunyi malah pengendaliannya amat halus dan cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

Maka, tidak hairanlah mengapa jenama Volvo terkenal kerana cukup menitikberatkan soal keselamatan demi keselamatan para pelanggan.

Tahniah!

TEKNOLOGI, CIRI KESELAMATAN MODEN

Sekali lagi, kedua-dua XC40 dan C40 Recharge dilihat cukup sarat dengan teknologi canggih termasuk pelbagai ciri-ciri keselamatan.

image.pngimage.png

Ia dilengkapi dengan pintu belakang berkuasa bebas tangan, sistem tanpa kunci, paparan skrin sentuh infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android.

Malah terdapat juga 14 speaker  Harman Kardon 600-watt, panel paparan untuk pemandu bersaiz 12 inci termasuk ada juga penapis udara PM2.5 yang dipasang di dalam kawalan klimak automatik.

image.pngimage.png

Kedua-dua model ini juga hadir dengan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2.

Antara ciri-ciri keselamatan lain yang terdapat ialah  Sokongan Mitigasi dan Amaran Perlanggaran Hadapan serta Belakang, ada ciri Keselamatan Bandar membolehkan ia membrek automatik sebaik sistem mengesan persimpangan, pejalan kaki, pengayuh basikal dan haiwan besar.

image.pngimage.png

Malah terdapat juga Kawalan Amaran Pemandu  Bantuan Kekal Laluan (LKA), Sistem Maklumat Titik Buta, sistem bantuan stereng, Amaran Trafik Melintas (CTA) dan Brek Auto.

JARAK, TEMPOH PENGECASAN

Di antara kedua-duanya, C40 Recharge memegang rekod jarak perjalanan yang agak jauh iaitu sekitar  450 kilometer (km) (WLTP) manakala XC40 (438km).

Jadi terserah kepada anda untuk membuat pilihan, jika anda mahu kereta sporty dan mampu melakukan perjalanan jauh hanya dengan sekali cas, maka C40 adalah jawapannya.

Secara realistik, jika anda melakukan pemanduan secara berhemah, maka pemanduan di sekitar bandar dengan sekali cas  sebenarnya tidaklah menjadi masalah besar.

Malah, itu adalah angka tepat yang kami peroleh untuk kedua-dua model berkenaan ketika menguji jarak perjalanannya selama seminggu.

Berbanding dengan pesaing yang memiliki ukuran saiz dan harga yang sama, kami pasti bahawa kedua-dua SUV Sweden ini sudah menawarkan julat perjalanan yang mencukupi atau mungkin mengatasi mana-mana model EV yang lain.

image.pngimage.png

Ini merupakan rekod perjalanan yang cukup penting memandangkan tiada seorang daripada kami dalam kalangan team CariCarz.com yang memilki pengecas kotak dinding rumah.

Jadi ia adalah satu cabaran besar buat kami apabila terpaksa melakukan pandu uji kedua-dua model berkenaan terutama ketika musim perayaan.

Namun, kami cukup bersyukur walaupun tanpa pengecasan yang konsisten, kedua-duanya tidak gagal dalam menawarkan pemanduaan jarak jauh hanya dengan sekali cas.

Apa yang pasti,  mencapai akses kepada stesen pengecas adalah satu kebimbangan besar buat si pemilik terutama ketika mahu melakukan perjalanan jarak jauh.

Ini membuatkan mereka berfikir dua kali sebelum memulakan perjalanan namun anda jangan risau kedua-dua model ini boleh di caj semula menerusi pengecaj AC dengan penghubung Type 2, mengambil masa sekitar 7.5 jam dengan menggunakan palam tiga-fasa 11 kW. 

Jika menggunaakan palam 150 kW DC dengan penghubung CCS, bateri diisi dari 0 hingga 80% dalam masa hanya 28 minit.

HARGA

Soal harga pula, Volvo XC40 dijual pada harga RM278,888 manakala C40  (RM288,888).

Harganya dilihat cukup berbaloi memandangkan ia adalah model pemasangan tempatan. Ia dipasang di kilang Volvo yang tertetak di Shah Alam.

image.png

Ia menerima perlindungan waranti termasuk waranti utama untuk kereta selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta waranti khas untuk bateri lithium-ion selama 8-tahun atau 160,000 km (yang mana sampai dulu). 

VCM juga memberikan bantuan tepi jalan Volvo on Call selama lima-tahun, servis selepas jualan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000 km (yang mana sampai dulu) serta Digital Service selama empat tahun.

image.png

Sekarang soalan saya ialah apakah pula pilihan anda?

XC40 Recharge atau C40? 

Kongsikan pilihan atau pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

SPESIFIKASI


XC40 RechargeC40 Recharge
MOTOR2x Permanent magnet synchronous type motor
(front and rear)
2x Permanent magnet synchronous type motor
(front and rear)
TRANSMISISingle-ratio Automatic, all-wheel-drive
(AWD)
Single-ratio Automatic, all-wheel-drive
(AWD)
KUASA402 HP402 HP
TORK660 NM660 NM
0-100 KM/J4.7 saat4.9 saat
V-MAX180 KM/J180 KM/J
BATERI&
PENGECAS

Capacity & Type:
78 kWh Lithium-Ion type

Pengecas:

- AC Type 2 up to 11 kW

- DC CCS2 up to 150 kW

Capacity & Type:
78 kWh Lithium-Ion type

Pengecas:

- AC Type 2 up to 11 kW

- DC CCS2 up to 150 kW

JARAK438 KM (WLTP)450 KM (WLTP)
BERAT2,188 KG2,185 KG
HARGARM278,888RM288,888


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2360

SELANGOR

BSE4702

JOHOR

JXW5570

PULAU PINANG

PRQ3725

PERAK

ANV3808

PAHANG

CFB6721

KEDAH

KGA4299

NEGERI SEMBILAN

NEF7286

KOTA KINABALU

SJK7524

KUCHING

QAB3146L

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
Kereta Baru

XC90 Facelift Turut Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM418,888

Volvo XC90 facelift versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara serentak dengan EX90 yang diadakan di ibu negara, pagi tadi.

10-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volvo EX90 SUV Paling Selamat, Maka Harganya Pun Boleh Tahan

Volvo EX90 dijual pada harga RM442,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM442,648 untuk Sabah dan Sarawak¹.

10-04-2025
Berita Auto

Tempahan Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka – Anggaran RM450K

Selepas pendaftaran minat (ROI) dibuka awal bulan ini, Volvo Car Malaysia (VCM) kini telah membuka tempahan untuk kedua-dua SUV flagship terbarunya, Volvo EX90 dan XC90 facelift

17-03-2025
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV).

07-02-2025
Kereta Baru

Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

25-09-2024
EV

Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Selepas Volvo membuka pendaftaran minat (ROI), Volvo EX30 bakal membuat penampilan sulungnya di negara ini pada 25 September ini.

27-08-2024
EV

SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka

Volvo Car Malaysia (VCM) akan memperkenalkan Volvo EX30 tidak lama lagi?

12-08-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.