ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-AMG-EQE-53.jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ yang ditawarkan pada harga daripada RM649,888.00, atas jalan, tanpa insurans. Dilancarkan bersama dengan Mercedes-AMG EQS, kedua-dua sedan elektrik ini ialah model AMG EQ yang pertama dilancarkan di Malaysia. 


Model ini dibina berdasarkan platform Electric Vehicle Architecture (EVA) seperti EQS dengan pelbagai elemen rekaan dan teknologi yang sama.


PRESTASI MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+


Dari segi prestasi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ menggunakan dua motor dengan output  625hp (460 kW)/950Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapaikan ialah 220km/j. 


Dengan AMG Dynamic Plus Package, output sedan berprestasi tinggi ini boleh mencapai 687 hp/1020 Nm, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.3 saat. 


Motor elektrik kereta dikuasakan oleh bateri litium-ion 400V yang membekalkan tenaga sebanyak 90.6-kWh. Dengan cas penuh, sedan elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 527 km (WLTP). Model ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 11 kW dan DC hingga 170 kW. 


BAHAGIAN LUAR MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+


Mercedes-AMG-EQE-53-7.jpgMercedes-AMG-EQE-53-9.jpg

Mercedes-AMG-EQE-53-10.jpgMercedes-AMG-EQE-53-13.jpg


EQE 53 tampil dengan gaya sporty AMG. Di bahagian depan, terdapat logo kecil AMG di bawah logo bintang Mercedes. Model ini menggunakan lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus. Di bahagian tepi, model ini menggunakan rim bersaiz 21 inci dengan kaliper brek berwarna merah.


Mercedes-AMG-EQE-53-15.jpg


BAHAGIAN DALAM MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+


Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG, jelas terlihat daripada penggunaan tempat duduk sporty yang menggunakan upholsteri ARTICO bersama gentian mikro MICROCUT dua tona bersama jahitan merah. Gaya sporty diserlahkan lagi dengan penggunaan tali pinggang berwarna merah. Untuk keselesaan optimum, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan pemanas. Konsol tengah menggunakan gentian karbon khas AMG. 


Mercedes-AMG-EQE-53-25.jpg

Mercedes-AMG-EQE-53-29.jpgMercedes-AMG-EQE-53-30.jpg


Berikut adalah ciri-ciri lain yang terdapat dalam kabin:

  • Pencahayaan ambien
  • Karpet lantai AMG
  • Roof liner fabrik hitam
  • Stereng prestasi AMG dalam serat karbon / mikroserat MICROCUT
  • Ambang pintu bercahaya dengan tulisan "AMG" 
  • Butang stereng AMG
  • Sokongan lumbar empat arah
  • Pakej ENERGIZING
  • Pakej AIR BALANCE
  • KEYLESS-GO
  • Penutup but jarak jauh
  • Kawalan iklim automatik THERMOTRONIC
  • Pakej Keselesaan Akustik
  • Pakej Lampu Dalaman
  • Pelindung matahari yang boleh ditarik
  • Cermin dengan lapisan untuk menahan haba, bunyi, dan memantulkan sinar inframerah
  • Pakej USB Plus
  • Sistem cas tanpa wayar untuk peranti mudah alih di bahagian hadapan
  • Kompartment penyimpanan di bawah konsol tengah



Model ini turut menggunakan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi terbaharu yang telah diperkenalkan pada EQS. Dengan Pakej Premium Plus, kereta dilengkapkan dengan sistem bunyi keliling Burmester® 3D, pencahayaan ambien aktif, dan kawalan iklim automatik THERMOTRONIC. Sama seperti AMG EQS, AMG EQE dilengkapi dengan AMG TRACK PACE yang dapat merekodkan lebih daripada 80 data kenderaan secara berterusan. 


CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+


Mercedes-AMG-EQE-53-7.jpg


EQE hadir dengan pakej Driving Assistance Plus  yang terdiri daripada teknologi berikut:

  • Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
  • Penghidupan Semula Automatik untuk Kesesakan Lalu Lintas
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif
  • Bantuan Stereng Aktif
  • Bantuan Pengendalian Aktif
  • Impuls sisi PRE-SAFE® 
  • Sensor Belakang untuk Bantuan Keluar Lorong


Perlindungan Kenderaan URBAN GUARD Plus:

  • Sistem Penggera Anti-Pencurian
  • Sistem Pemantauan Dalaman


Pakej Parking dengan Fungsi Parking Jarak Jauh

  • Kamera 360°
  • Bantuan Parking Aktif
  • Pra-Pemasangan untuk Bantuan Parking Jarak Jauh


Ciri lain ialah, Bantuan Parkir Memori, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, TIREFIT, Beg Udara Tingkap, Beg Udara Lutut, Sistem PRE-SAFE®, Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz


HARGA MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+


Mercedes-AMG-EQE-53-5.jpg


Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada  RM649,888.00, atas jalan, tanpa insurans.  Lebih RM230,000 daripada model standard yang dilancarkan tahun lalu. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China

Menjelang pameran Auto China 2024 Mercedes-Benz turut menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.

25-04-2024
Kereta Baru
EV

Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model terbaharunya, Concept CLA-Class .

04-09-2023
Kereta Baru

SL 43: Harga Kereta Kayangan

Mercedes-Benz Malaysia menunjukkan unit pratonton roadster Mercedes-AMG SL 43 2023.

15-06-2023
Kereta Baru

Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+.

08-06-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu

Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.

20-02-2023
Berita Auto

14-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.