[PANDU UJI] Mazda CX-30 2.0G High+: 5 Sebab Kenapa SUV Elegan Ini Pilihan Terbaik
Sofea Najmi
30-7-2023
-full.webp)
Akhir-akhir ini pasaran automotif negara semakin dibanjiri dengan kehadiran model-model baharu dalam kategori SUV segmen B. Hampir semua jenama tampil dengan keistimewaan masing-masing, memberikan orang ramai lebih banyak pilihan.
Salah satu pilihan menarik yang terdapat di pasaran ialah Mazda CX-30 terbaru yang telah dilancarkan pada awal tahun ini. Dalam pasaran yang kompetitif ini, CX-30 menonjol sebagai model ‘paling lama’ dalam kategori tersebut.
Apa istimewanya model ini? Dalam artikel ini kami kupaskan satu persatu berdasarkan pengalaman kami setelah berpeluang untuk memandu uji SUV ini dalam varian 2.0G High+. Teruskan membaca…
1. Reka Bentuk Yang Menawan!
Mengetengahkan bahasa reka bentuk 'KODO' yang merupakan ciri eksklusif Mazda, elemen ini dapat dilihat dengan jelas pada rekaan hud yang panjang di bahagian hadapan. Dari tepi, bumbung belakang kelihatan hampir menegak dan bersambung dengan pintu belakang, memberikannya gaya seolah-olah sebuah crossover coupe.
Konsep reka bentuk 'KODO' diketengahkan dalam penghasilan CX-30
Varian High+ hadir dengan beberapa kelengkapan menarik yang membuatkannya lebih menyerlah berbanding varian lebih rendah antaranya lampu hadapan jenis LED dengan pencahayaan eksklusif, lampu belakang LED dengan isyarat pusingan jenis 'degupan jantung,' rim aloi bersaiz 18 inci dengan tayar Toyo Proxes R50.
Kami berpeluang untuk memandu uji Mazda CX-30 yang disaluti dengan warna elegan, kelabu Polymetal Gray. Model ini turut ditawarkan dalam beberapa pilihan warna lain termasuk warna istimewa Mazda, merah Soul Red Crystal.
Pada kedudukan pencahayaan tertentu, warna kelabu Polymetal Gray kelihatan agak kebiruan
Reka bentuk Mazda CX-30 yang cukup menawan ini terbukti, bukan sahaja kerana berjaya mencuri perhatian ramai semasa meluncur di jalan raya, tetapi juga pernah menerima pengiktirafan reka bentuk Red Dot Design Award pada tahun 2020.
2. Serba Lengkap, Walaupun Bukan Varian Tertinggi
Bergerak ke bahagian kabin, jika dibandingkan dengan varian tertinggi, High+ Premium, varian High+ ini hanya kekurangan kamera pandangan 360 darjah dan bumbung suria panoramik.
High+ dilengkapi pelbagai ciri canggih seperti paparan infotainmen bersaiz 8.8 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay menggunakan wayar, pad pengecas tanpa wayar, sistem audio 8 speaker dan kawalan pendingin hawa dua zon dengan corong udara untuk penumpang belakang.
Untuk keselesaan pemandu, terdapat stereng dalam balutan kulit yang lengkap dengan butang kawalan. Di sebalik stereng terdapat kluster instrumen separa digital bersaiz 7 inci, paparan-di-kepala (HUD). Keselesaan ditambah lagi dengan tempat duduk boleh laras secara automatik bersama fungsi memori.
3. Pemanduan Yang Memuaskan!
Kenderaan dalam segmen ini memang terkenal dengan ciri praktikalnya, namun kebanyakannya tidak menawarkan dinamik pemanduan yang benar-benar memuaskan. Di sinilah terletaknya kelebihan Mazda CX-30.
Dibangunkan berdasarkan falsafah ‘Jinba-Ittai,' satu konsep Jepun yang memberi penekanan kepada keharmonian antara kereta dan pemandu. Untuk merelisasikan falsafah ini dalam rekaan, CX-30 telah dilengkapkan dengan sistem G-Vectoring Control (GVC) eksklusif daripada Mazda, sejenis teknologi canggih yang menyatukan sistem enjin dan stereng.
Sistem ini mengawal penghantaran kuasa enjin untuk memastikan ia selari dengan output stereng. Hasilnya, kenderaan terasa sangat stabil, ini terutamanya dapat dirasakan semasa mengambil selekoh dengan laju.
Untuk versi CKD, CX-30 hanya ditawarkan dalam satu trenkuasa iaitu Skyactiv-G aspirasi natural 4 silinder 2.0L. Versi enjin diesel 1.8L yang pernah ditawarkan sebelum ini telah digugurkan dari pasaran.
Walaupun enjin yang digunakan bukanlah enjin yang paling berkuasa dalam segmen ini, output 162 hp/213 Nm sudah memadai untuk menggerakkan SUV subkompak ini dengan baik. Model ini dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan Skyactiv Drive, lebih baik berbanding transmisi CVT yang digunakan kebanyakan pesaing lain.
Secara ringkasnya, Mazda CX-30 menawarkan dinamik pemanduan dan prestasi yang terbaik dalam segmen ini, berdiri sama tinggi dengan Toyota Corolla Cross GR-Sport.
4. Tahap Keselamatan Yang Boleh Dipuji
Mazda tidak mengabaikan ciri keselamatan CX-30 versi CKD ini. Ini jelas terbukti dalam varian High+ yang menawarkan hampir kesemua ciri keselamatan aktif. Dilengkapkan dengan pakej ADAS i-Activsense Mazda yang termasuk Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dan Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC).
Berbanding dengan varian High+ Premium yang lebih tinggi, varian High+ hanya kekurangan Lampu Depan LED Adaptif (ALH), fungsi pemantauan pemandu tambahan untuk DAA, Amaran Lintasan Trafik Hadapan (FCTA), serta Sokongan Jelajah dan Trafik (CTS). Sejujurnya, kebanyakan ciri ini tidaklah terlalu ‘diperlukan’ menjadikan senarai teknologi ADAS untuk varian High+ ini sudah terasa cukup 'lengkap.'
Selain itu, model ini diberikan kelengkapan keselamatan standard seperti tujuh beg udara, ABS dengan EBD dan BA, Kawalan Cengkaman dan Kestabilan (TCS dan DSC), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS), serta Bantuan Mula Mendaki (HLA).
Secara keseluruhannya, tahap keselamatan Mazda CX-30 sangat memuaskan sehingga diberikan skor penuh sebanyak lima bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP, yang mana skor bagi tahap keselamatan penumpang dewasanya ialah 99%. Tidak hairanlah kenapa model ini pernah digelar sebagai 'Kereta Paling Selamat di Dunia.'
5. Harga CKD Yang Menggoda Jiwa!
Sebagai model yang dipasang secara CKD, Bermaz Motor berjaya mengurangkan harga jualan Mazda CX-30 dengan begitu banyak sekali berbanding versi yang diimport sepenuhnya (CBU).
Pada masa ini, Mazda CX-30 2.0G High+ CKD ditawarkan pada harga RM149,409 tanpa insurans. Jika dibandingkan dengan pesaingnya dalam segmen sama bagi varian tertinggi, harga CX-30 mungkin kelihatan agak mahal. Tetapi harga jualannya ini telah pun dikurangkan sehingga RM20,000 berbanding model CBU yang berharga RM169,044.
Walaupun mungkin ramai lebih tertarik kepada pesaing yang 'nampak' lebih murah, dijual pada harga tidak lebih daripada RM140,000, namun jika dilihat dari sudut kelengkapan dan gaya elegan model ini, harga jualannya ternyata sangat berbaloi.
Tidak cukup dengan itu, pembelian juga termasuk pakej perlindungan Bermaz Motor selama 5 tahun atau 100,000 km dan pelan penyelenggaraan berjadual percuma (termasuk kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir), menjadikannya pilihan yang sukar untuk ditandingi. Untuk makluman, CX-30 adalah satu-satunya model di dalam segmen dengan tawaran penyelenggaran percuma tersebut.
Jadi, apa pendapat anda tentang Mazda CX-30 2.0G High+? Reka bentuk yang elegan, dinamik pemanduan yang baik dan serba lengkap bukan sahaja dari segi teknologi di dalam kabin, tetapi juga ciri keselamatannya, apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah SUV pada harga sekitar RM149k ini?
Kongsikan pendapat anda mengenai model ini di ruangan komen yang disediakan.
SPESIFIKASI MAZDA CX-30 2.0G HIGH+ (CKD)
ENJIN | Skyactiv-G 4 Silinder DOHC 2.0L, Petrol |
TRANSMISI | Automatik 6 Kelajuan, Pacuan Roda Hadapan (FWD) |
KUASA | 162 HP @ 6,000 RPM |
TORK | 213 NM @ 4,000 RPM |
0-100 KM/J | N/A |
V-MAX | 196 KM/H |
TAHAP PENGGUNAAN BAHAN API | 6.4L/100 KM (Atas Kertas) |
BERAT | 1,436 KG (Bersih) |
HARGA | RM149,409 (Tidak Termasuk Insurans) |
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2400
SELANGOR
BSE4712
JOHOR
JXW5646
PULAU PINANG
PRQ3764
PERAK
ANV3840
PAHANG
CFB6725
KEDAH
KGA4353
NEGERI SEMBILAN
NEF7297
KOTA KINABALU
SJK7527
KUCHING
QAB3146L
Terakhir Kemas Kini 04 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K
Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.
31-03-2023
Baru Dilancarkan Semalam, Mazda CX-30 Versi CKD Terima 1,000 Tempahan
Mazda CX-30 versi CKD yang dilancarkan semalam telah mencecah 1,000 tempahan.
09-03-2023
Pelancaran Mazda CX-30 Versi CKD – 2WD, Harga Dari RM128K
Bermaz Motor Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Mazda CX-30 versi CKD untuk pasaran Malaysia.
08-03-2023
Review & Pandu Uji Mazda CX-30 Malaysia | Tampil lebih Sado dan Maskulin!
Tampil lebih Sado dan Maskulin - Inilah Mazda CX-30! Boleh dibeli pada harga RM145,759, Mazda CX-30 juga menerima naik taraf yang sama dari segi sambungan iaitu sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui port USB. CX-30 turut ditawarkan dalam versi "Ignite Edition" untuk kedua-dua konfigurasi
25-04-2022
Ini Dia Perbandingan Antara Varian & Pesaing Subaru XV
Subaru XV yang terkini ditawarkan dalam tiga varian – XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P. Ini maklumat terperinci setiap varian...
17-08-2021
Sah! CKD Mazda CX-30 Akan Muncul Tahun Depan!
Mazda Motor Corporation telah mengesahkan bahawa Mazda-30 CKD yang akan dipasang di dalam negaraakan diperkenalkan pada tahun 2022.
15-03-2021
Mazda3 Concept 2025 Didedahkan – Gaya & Prestasi Agresif
Bermaz Auto (BAuto) memperkenalkan Mazda3 Concept, model prototaip yang dibangunkan oleh MazdaSports.
10-04-2025
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat