ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ya, ini dia generasi kedua Mercedes-Benz GLC generasi kedua yang dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Jika dibandingkan dengan SUV sedia ada jenama itu, sama ada elektrik atau bukan elektrik, GLC generasi baharu ini pastinya mempunyai rupa paras yang cukup segar.

Apapun, GLC generasi kedua ini kelihatan lebih dinamik dan lebih rendah daripada pendahulunya,.

Ini berkemungkinan kerana kesan visualnya disebabkan kedudukan garis bumbungnya yang rendah sedikit.

LUAR:

Menjengah bahagian luarannya, bahagian hadapan boleh dilihat menggunakan gril baharu. 

image.pngimage.png

Gril itu kini tampil dengan kilauan bintang tiga bucu seperti logo Mercedes-Benz manakala, bahagian tirai udara yang diperhalusi di sudutnya dan perincian hitam.

Melihat sisinya pula, ia hadir dengan rim AMG bersaiz 20 inci manakala  bampar belakang pula hadir dengan perincian krom di sekitar ekzos.

image.png

Malah, grilnya juga kelihatan agak menonjol dan penulis mendapati jentera ini juga hadir dengan   pemijak sisi serta rel bumbung.

Maka, hasil bahagian luarannya kelihatan sempurna memandangkan perekanya bijak menstabilkan ciri dinamik yang sporty, terdapat kemewahan, ciri klasik dan sedikit ciri ganas seperti mana yang terdapat pada SUV.

Berbanding model lama, GLC terbahau ini mempunyai saiz yang lebih besar, dengan ukuran 4,716 mm panjang (+60 mm), 1,890 mm lebar (kekal sama), 1,640 mm tinggi (-4 mm) serta jarak antara roda 2,888 mm (+15 mm). 

Melihat kepada ukuran dimensinya, sudah pastinya bahagian kabinnya lebih luas dan lebar.

KABIN: 

Sama seperti bahagian luar, bahagian dalam GLC gen kedua ini juga serba baharu, dan ia saling tidak tumpah seperti Kelas C generasi W206.

image.png

Apapun bagi si pembeli, anda akan mendapat paparan berasingan untuk instrumen dan infotainmen memamandangkan  kedua-duanya sudah menjadi digital sepenuhnya.

image.pngimage.png

Sebaliknya, ia kini  dipertingkatkan secara visual dengan interaktiviti yang lebih besar

Apa yang saya nampak, bahagian kabinnya banyak menggunakan material kulit  dan sentuhan lembut serta plastik.

Meskipun, jentera ini bukan yang paling luas dalam kelasnya, namun ia sebenarnya boleh menampung empat penumpang.

Berbalik kepada skrinnya, susunan tengahnya dilihat telah direka bentuk semula, di mana skrin sentuh infotainmen yang bersaiz 11.9 inci turut dipasang menyebabkan ia  kelihatan kemas.

image.pngimage.png

Terdapat  juga dua pemegang cawan dan ada ruang kecil untuk mengecas namun ia sedikit sempit.

Selain aspek bising, getaran dan kekasaran (NVH), tahap kecanggihan teknologinya juga wajar dipuji.

image.pngimage.png

Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan iklim automatik dwi zon, port pengecas USB-C (satu di hadapan, dan dua di belakang), tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara elektronik dan terdapat tirai tingkap di belakang.

image.png

Biarpun, ia tidak didatangkan dengan bumbung panaromik namun ia masih memberi pencahayaan yang cukup menyerlah kerana ia dipasang lampu ambien pelbagai warna.

PANDU UJI:

image.png

Datang kepada bab pandu uji, pemanduannya dikatakan lebih menyerlah berbanding dulu.

Model terbaru ini menggunakan unit M254 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menghasilkan sehingga 255 hp pada 400 Nm.

image.png

Apa yang mahu dipuji ialah ia digandingkan dengan transmisi automatik 9G-Tronic sembilan-kelajuan, serta sistem pacuan empat roda 4Matic dan sistem mild-hybrid 48-volt.

Nampaknya, Mercedes-Benz juga memperkenalkan sistem hibrid ringan MHEV membabitkan integrated starter-generator (ISG) di mana ia mendapat kuasa tambahan sebanyak 23hp dan tork 200Nm. 

image.png

Untuk rekod, had kelajuan dihadkan pada 240km/j manakala daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 6.2 saat

Sudah tentunya, ini bukan SUV terpantas!

Namun bagi pemanduannya, sudah pastinya ia cukup padu! 

Peredam  yang dipasang di keempat-empat penjuru  nyata menambah baik keselesaan pemanduan biarpun pada kelajuan tinggi atau ketika merempuh ketidaksempurnaan jalan raya.

SELAMAT, PRAKTIKAL

Ya, ia adalah sebuah kereta yang cukup selamat dan praktikal tetapi kami ambil maklum terhadap beberapa perkara terutama sistem bantuan ADAS.

image.png

Ia tidak didatangkan dengan ciri kawalan pelayaran pintar yang adaptif namun ia masih sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

Antaranya seperti pemantau titik buta, mitigasi perlanggaran hadapan, serta amaran keluar lorong dan sistem kawalan kekal lorong.

image.png

Untuk harga, GLC300 4Matic AMG Line dijual pada harga RM429,888 atas jalan tidak termasuk insuran, termasuk jaminan empat tahun standard. Unit GLC ketika ini ialah model CBU yang diimport sepenuhnya, berbanding versi lama yang merupakan pemasangan tempatan.

SPESIFIKASI

2023 MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC AMG LINE

ENJIN

ICE:

2.0-litre 4-cyl turbo, petrol

 

Electric:

48-volt MHEV system with ISG

TRENKUASA

9G-Tronic 9-speed auto,

All-wheel-drive (AWD)

KUASA

255 HP @ 5,800 RPM

TORK

400 NM @ 2,000 RPM

0-100 KM/J

6.2 saat

V-MAKS

240 KM/J

ECONOMI

7.3 liter/100 KM (WLTP)

BERAT

1,925 KG

HARGA

RM429,888

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS9352

SELANGOR

BSH9175

JOHOR

JYH482

PULAU PINANG

PRU2297

PERAK

APB3293

PAHANG

CFD5275

KEDAH

KGC3530

NEGERI SEMBILAN

NEH1671

KOTA KINABALU

SJM6875

KUCHING

QAB2009M

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.13

+0.03

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
EV

Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.

25-07-2023
Berita Auto

Sempena Hari Raya, Jalan KL Makin Sesak Sebab Ramai Orang Luar Beli-Belah

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan keluar dan masuk ke ibu kota Kuala Lumpur pada setiap hari.

07-04-2023
EV

Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE.

05-12-2022
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.

25-02-2022
Global

Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!

Mercedes-Benz dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 21 model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

06-03-2025
EV

Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.

25-07-2023
Global

Terima Rekaan Dalaman Mewah, Teknologi Baharu

Mercedes-Benz GLC 2023 (X254) serba baharu membuat tayangan perdana dunia semalam.

02-06-2022

Berita Terkini

Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.