6 Perkara Kenapa PROTON X50 Masih Boleh Dibeli Lagi!
Suhana Veru
21-9-2023
Dua bulan lalu, pasukan media CariCarz.com ada menguji keberkesanan jam tangan pintar Proton X Watch yang dihasilkan oleh syarikat ACO Tech.
Namun di sebalik niat untuk membelek jam tangan pintar itu, kami berpeluang “meninjau semula” varian tertinggi 1.5 TGDi Flagship Proton X50.
Penulis sendiri yang memiliki Proton X70 agak terkesima dengan kemampuan Proton X50 ini.
Biarpun, hanya seketika sahaja dapat menguji mengenai Proton X50 namun ini 6 perkara yang anda patut tahu mengenai Proton X50.
1. MASIH KEKAL TAMPAN/MUDA
Biarpun, ada yang mengatakan kecantikan tidak kekal lama namun gaya sporty Proton X50 dilihat masih kekal relevan walaupun ia sudah dilancarkan tiga tahun lalu untuk pasaran tempatan.
Dalam tempoh tiga tahun ini, kita dapat melihat banyak kereta yang berwajah baharu dilancarkan namun Proton X50 ini tidak lapuk dek zaman.
Ini maknanya, gaya rekaannya tidak ditelan zaman, bahkan ia kelihatan masih segar di mata rakyat Malaysia.
Manakan tidak, Proton X50 terus menerajui pasaran SUV segmen B dengan 2,558 unit dijual pada bulan lepas.
Ia menyumbang kepada angka YTD sebanyak 22,750 unit yang bukan sahaja menerajui kelasnya sendiri tetapi juga keseluruhan pasaran SUV.
Maka tidak hairanlah mengapa saya boleh katakan penggayaan X50, terutama varian tertinggi yang diuji, tidak terlalu “tua” walapun kita sudah berada di ambang akhir tahun.
Penulis berasa rekaannya yang mempunyai muncung yang lebih tirus dan tajam, menjadikan gayanya lebih terkini terutamanya apabila anda melihat sentuhan utama seperti skema cat dua tona, tayar 18 inci dan padanan lampu utama jenis LED.
Pendek kata, PROTON masih mampu memancing netizen dengan tawaran segmen sub kompak kenderaan utiliti sukan (SUV) atau Crossover yang cukup tampan memandangkan rekaannya tidak ketinggalan zaman.
2. KUASA PENGENDALIAN PUN BOLEH TAHAN!
Syukurlah, ketampanan tersebut dipadankan dengan pemanduan dinamik yang sama baik dengan pakej casis yang ada pada X50 ini.
Tahukah anda, enjin 1.5 TGDi Flagship ini mendapat kelebihan kerana ia didatangkan dengan rangkaian kuasa yang paling mantap!
Untuk makluman anda, dari kesemua varian yang ditawarkan, hanya varian tertinggi Flagship dijana oleh enjin 1.5 liter tiga silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (GDI) yang menyebabkan ia mampu menghamburkan setakat 177 hp and 255 Nm.
Namun jika dibandingkan dengan varian Premium, Executive dan Standard, mereka cuma mampu menghasilkan kuasa sebanyak 147 hp dan tork 226Nm.
Digandingkan pula dengan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan, ia memberikan pecutan yang mantap dan bertenaga, serta membantu menyalurkan output enjin ke jalan raya dengan berkesan berbanding pesaingnya termasuk Proton X70 sendiri!
Apa yang penting, “semangat”X50 ini sebenarnya dipadankan dengan pengendalian yang agak seimbang yang dihasilkan daripada casis yang disusun dengan begitu baik.

Ini yang membuatkan penulis koyak sikit ketika memandu jentera ini.
Namun hati penulis terubat apabila ia dilihat lebih makan minyak berbanding X70 yang sebenarnya lebih jimat.
Manakan tidak, ia memberikan kadar penggunaan bahan api 6.5 liter untuk setiap 100 km manakala X70 pula menawarkan kadar penggunaan bahan api 7.6 liter untuk setiap 100 km.
Namun, penjimatannya minyaknya tidaklah seburuk mana asalkan anda mampu membelinya.
3. VARIAN FLAGSHIP SARAT DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH
Menjengah bahagian kabinnya, ia sememangnya sarat dengan ciri-ciri teknologi yang canggih.
Selain didatangkan dengan bumbung panaromik, ia juga hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara elektronik,
Apa yang cukup mengagumkan ialah skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci, yang sudah dikemas kini untuk menjalankan Sistem Operasi Atlas baharu.
Sistem operasi infotainmen yang dibangunkan oleh ACO Tech yang dilancarkan pada Jun tahun lalu, memberikan pelbagai penambahbaikan berbanding sistem Geely Smart Ecosystem (GKUI) terdahulu.
Antara ciri terbaru yang dibawakan oleh OS ATLAS ini adalah antaramuka baru, penambahbaikan kepada sistem pengesanan suara serta tunjuk arah, serta aspek berkaitan yang lain.
Malah, terdapat bantuan suara digital kini lebih baik untuk mengendalikan ucapan biasa, selain terdapat platfrom penstriman muzik popular berkenaan.
Malah, ia juga mampu mengawal membolehkan kawalan fungsi seperti kawalan pendingin, ciri keselamatan dan untuk memeriksa status kenderaan.
Malangnya, walaupun mengatakan perisiannya sudah dikemas kini namun kami berharap satu lagi langkah yang lebih besar perlu diambil iaitu memasukkan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
4. JAM TANGAN PINTAR PROTON X WATCH
Ya, Proton X Watch yang kami uji dengan X50 ini baru-baru ini terbukti sebagai tambahan kepada pakej keseluruhannya, terutamanya melalui ciri tambahan yang ditawarkannya.
Walaupun ia bukan pengganti lengkap namun kebanyakan ciri berkaitan keretanya juga tersedia melalui aplikasi yang khususnya untuk pemilik X50.
Dengan adanya jam pintar ini, ia sebenarnya banyak membantu kehidupan seharian buat si pemilik X50.
Antara ciri kebolehan jarak jauh jam Proton ini adalah mengunci pintu, melaraskan tingkap, membunyikan hon, mengaktifkan lampu, membuka but kereta dan mengaktikfkan penghawa dingin.
Difahamkan, tidak semua model mempunyai sokongan ciri-ciri tersebut. Model X50 yang menyokong ciri-ciri tersebut adalah 2 varian teratas iaitu Premium dan Flagship.
Malah jam pintar ini juga boleh memaparkan statistik kereta seperti jumlah bahan api yang tinggal dalam tangki, penggunaan bahan api dan servis seterusnya yang diperlukan.
Pemilik kedua model teratas X50 juga boleh menghidupkan enjin menggunakan jam ini.
Ia juga boleh digunakan untuk aktiviti kecergasan seperti jam-jam pintar lain dengan dimasukkan lapan mod sukan seperti berjalan, berlari, berbasikal dan mendaki gunung untuk menjadi penjejak kecergasan anda.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan sensor pemantauan degupan jantung dan oksigen darah.
Jika pemilik Proton X50 berminat untuk membeli jam tangan ini, ia cuma dijual pada harga RM1,499.
5. KERETA YANG SELAMAT!
Sama seperti pesaingnya yang lebih mahal, X50 didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif.
Untuk makluman anda, varian Flagship menjadi satu-satunya varian yang menerima Advanced Driver Assistance System (ADAS), dengan beberapa sistem keselamatan aktif, termasuk ciri bantuan kekal lorong, brek kecemasan, kawalan jelajah adatif , amaran keluar lorong, bantuan titik buta, bantuan kekal lorong dan amaran pelanggaran hadapan.
X50 juga didatangkan dengan enam beg udara, sistem brek anti kunci, sistem kawalan cengkaman ciri bantuan kekal bukit, sistem pemantauan tekanan tayar, ISOFIX dan pelbagai lagi.
Maka tidak hairanlah mengapa SUV ini pernah menerima penarafan keselamatan lima-bintang ASEAN NCAP.
6. HARGA KERAS
Dengan reka bentuknya yang cukup sporty dan ciri keselamatan serta teknologi yang canggih membuatkan PROTON X50 tidaklah semurah yang disangka.
Walaupun ia cuma jenama nasional namun ia dijual pada harga RM113,300.
Pada hemat penulis, harganya cukup berpatutan jika anda menguji pemanduannya yang sebenar selain kelengkapan yang ditawarkan dalam jentera ini.
Tetapan harga tersebut termasuk perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej internet sebulan percuma selama lima tahun.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan di bawah ruangan ini!
SPESIFIKASI
PROTON X50 1.5 TGDi FLAGSHIP
ENJIN |
1.5-liter 3-silinder turbo petrol dengan suntikan terus |
TRANSMISI |
7-kelajuan DCT automatik, Pacuan roda depan (FWD) |
KUASA |
177 PS (175 HP) @ 5,500 RPM |
TORK |
255 NM @ 1,500 – 4,000 RPM |
0-100 KM/J |
7.9 saat |
V-MAKS |
195 KM/J |
EKONOMI |
6.4 liter/100 KM (secara purata ) |
BERAT |
1,370 KG |
PRICE |
RM113,300 (tidak termasuk insurans) |
Gallery

























Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD7465
SELANGOR
BSE8596
JOHOR
JXX8149
PULAU PINANG
PRQ7610
PERAK
ANV8719
PAHANG
CFB7960
KEDAH
KGA6250
NEGERI SEMBILAN
NEF9352
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB3843L
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Berkaitan
Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV
Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.
06-05-2025
Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90
Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif
09-04-2025
Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!
Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.
10-03-2025
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih
Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
25-02-2025
Gambar Intip: Proton X50 Facelift, Ada X50 Facelift Bakal Dilancar Lagi?
Proton X50 facelift yang dilitupi dengan pelekat penyamaran dikesan di Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur, kelmarin.
23-02-2025
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini
Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.
23-01-2025
Proton X50 Sport Edition Dilancar, Harga Marhaen, Cuma RM98,300
Model edisi terhad itu ditawarkan pada harga tawaran selepas rebat RM7,000 iaitu RM98,300 (harga asal RM101,800 + pakej tawaran harga RM3,500).
17-01-2025
Berita Terkini
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat