ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sempatlah "Merasa"2 Varian BYD Dolphin.

Suhana Veru

7-8-2023

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, penulis dijemput Sime Darby Motors  untuk memandu uji kedua-dua varian BYD Dolphin.

Pasukan media diminta berkumpul di tapak lapang yang bersebelahan dengan Plaza Arkadia, Kuala Lumpur. 

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-12.jpg

Sebelum itu, dalam taklimat yang disampaikan oleh wakil Sime Darby Motors, kami dimaklumkan pandu uji ini melibatkan perjalanan pergi dan balik dari Plaza Arkadia ke Putrajaya Wetland Park.

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-17.jpgBYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-21.jpgBYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-31.jpg

Jadi, penulis berkesempatan memandu uji dua varian BYD Dolphin secara serentak dalam satu masa.

Untuk makluman anda, BYD Dolphin hadir dalam dua varian iaitu  Dynamic Standard Range dan Premium Extended Range.

image.png

Standard Range dijual pada harga RM99,900 manakala yang premium pula berharga RM124,900.

Hakikatnya, terdapat perbezaan harga memandangkan ciri kedua-dua varian ini agak berbeza sedikit.

Sekali pandang, BYD Dolphin tidak saling tumpah seperti Perodua Myvi 2023 namun jangan terpengaruh dengan kenyataan ini kerana ukuran dimensinya jauh berbeza dengan Myvi.

image.png

Ukuran dimensinya ialah sepanjang 4,290mm, selebar 1,770mm dan setinggi 1,570 mm manakala jarak rodanya cuma 2,700 mm.

Varian Premium Extended Range

Untuk perjalanan ke  Putrajaya Wetland Park, penulis memilih varian Premium Extended Range.

Varian tertinggi ini disumbat dengan motor elektrik yang cukup berkuasa. Maka, ia mampu menghamburkan kuasa 201 hp dan tork 310Nm.

Dari segi pecutannya pula, ia dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7 saat. Ya, kenyataan ini adalah benar.

IMG_5511.jpg

Sebelum memulakan perjalanan, kadar baterinya pada tahap 97 peratus namun setelah kami tiba di destinasi yang dituju, kadar bateri cuma berada 87 peratus.

IMG_5512.jpg

Ini bermakna, pejalanan hampir 45 minit ke Putrajaya Wetland Park, hanya menelan 10 peratus bateri?

Fuh, ini cukup hebat dan sudah pastinya anda tidak perlu bimbang dengan kadar penggunakan baterinya.

Ia cukup menjimatkan.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia dikatakan mampu bergerak sejauh 490 kilometer hanya sekali cas.

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-14.jpg

Dari segi pemanduannya, ia cukup selesa manakala kabinnya cukup senyap.

Biarpun kami berkonvoi bersama-sama namun ada masanya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), penulis terpaksa menekan pedal “minyak” bagi membolehkan penulis tidak ketinggalan jauh dengan pasukan konvoi.

Sepanjang perjalanan itu, kadar pecutannya cuma sekitar 100 km/j hingga 140km/j. 

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-25.jpg

Jadi, saya berpendapat anda tidak perlu takut atau berwas-was untuk menekan pedal “minyaknya” kerana ia tidak menelan kadar bateri yang terlalu banyak.

Dari keselesaan pemanduaan, varian ini cukup selesa manakala kabinnya cukup senyap.

Apa tidaknya, penulis tidak sedar pemanduan penulis itu sebenarnya telah mencecah sehingga 140km/j sehinggalah ditegur rakan sebelah yang memaklumkan kadar pecutannya sudah melebih had laju.

LUARAN

image.png

Bagi yang tidak tahu, model hatchback ini dilengkapi ciri termaju dengan Bateri Blade, e-platform 3.0 dan yang pertama di dunia untuk pengeluaran dengan trenkuasa elektrik 8 dalam 1.

image.pngimage.png

Sementara menunggu pelepasan konvoi, penulis mendapati jentera ini  dilengkapi rekaan sofistikated memandangkan BYD Dolphin menampilkan konsep reka bentuk Ocean Aesthetic.

image.png

Apa tidaknya,  bentuk badan menampilkan aliran kontur. Malah, lampu LED juga bersambung merentasi gril tengah dan reka bentuk lampu belakang adalah jenis geometri dan apa yang cukup menarik ialah pemegang pegangan berbentuk sirip.

Ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED dengan Follow Me Home.

image.pngimage.png

Bahagian rimnya juga agak berbeza kerana terdapat dua warna.

Selain itu, terdapat juga sekeping kad yang boleh digunakan untuk mengunci kenderaan sekali gus ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

TEMPOH PENGECASAN:

Mengenai perkara ini, penulis tidak dapat meninggalkan sebarang komen memandangkan sewaktu pandu uji ringkas ini, kami diberikan kereta yang cas penuh dengan bateri.

Untuk mengetahui tempoh pengecasannnya, anda perlu mengikut perkembangannya selepas kami mendapat kereta pandu uji pada September nanti.

image.png

KABIN

Bahagian dalamannya cukup menarik kerana ia dihiasi dengan warna lembut iaitu warna ungu.

Melihat warna yang menghiasi bahagian tempat duduk, papan pemuka dan bahagian sisi, ia membuatkan kereta comel ini cukup sesuai untuk wanita yang mahu berjinak-jinak dengan kenderaan elektrik.

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-7.jpg

Selain prestasinya yang cukup memberangsangkan, bahagian dalamannya cukup memukau hati.

Selain permainan dua tona warna di dalam kabin, penulis tertarik dengan tombol gear berbentuk  bulat.

image.pngimage.png

Pada mulanya, agak kekok untuk memusingkan tombol namun tidak sampai setengah jam, penulis sudah membiasakan diri dan ia sebenarnya lebih mudah berbanding tombol gear fesyen lama.

Sebelum terlupa, varian tertinggi ini juga didatangkan dengan bumbung panorama yang berkaca.

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-39.jpg

Ada masanya, penulis berasa seolah-olah berada dalam kereta Myvi tetapi yang ini lebih up sedikit kerana ia agak canggih dan moden.

image.png

Ketika melabuhkan punggung ke tempat duduknya, penulis berasa begitu selesa. Mana tidaknya, ia dibaluti dengan kulit sintetik.

image.pngimage.png

Malah, bahagian tempat duduknya juga dihiasi dengan dua tona warna sekali gus membuatkan ruang tempat duduknya cukup menyerlah.

Bahagian kuncinya pula, didatangkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan terdapat butang penghidup enjin.

Ketika mata melerek ke bahagian papan pemukanya, terdapat panel digital bersaiz lima inci, terdapat cermin pandang belakang dengan fungsi kelam secara manual dan penapis udara PM2.5.

Malah, varian ini diberikan skrin sesentuh pintar 12.8-inci dimana ia boleh diputar untuk kedudukan landscape atau potret.

Skrinnya juga sama seperti BYD Atto 3.

image.png

Bukan itu sahaja, varina ini dilengkapi dengan enam pembesar suara, navigasi satelit, sokongan Apple CarPlay, bbantuan suara dan dua unit port USB untuk konsol tengah dan dua unit lagi di belakang.

Bagi memastikan pengalaman memandu yang selamat dan mudah, BYD Dolphin memiliki radius pusingan mini 5.25 meter dan monitor tontonan definisi tinggi 360 darjah, bersama ciri keselamatan aktif dan pasif seperti sistem bantuan pemandu lanjutan.

BYD-Convoy_{Sequence---(0001)»}-41.jpg

Antaranya seperti 6 beg udara, Isofix, Sistem pemantauan tekanan tayar, Sistem brek pintar, Agihan Brek Elektronik, Sistem Brek Anti Kunci, Sistem brek parkir elektronik dan Sistem kawalan cengkaman.

Malah, terdapat juga ciri Kawalan kestabilan elektronik (ESC), Amaran membuka pintu, Paparan pandangan 360-darjah, Penderia parkir ultrasonic, Kawalan kelajuan adaptif (ACC), Brek autonomi kecemasan (AEB), Peninjau titik buta (BSD), Amaran lintasan trafik belakang (RCTA), Elak penukaran lorong (LCW), Sokongan kekal lorong (LKS), Amaran pelanggaran hadapan (FCW) dan Bantuan kekal lorong kecemasan (ELKA).

Sepanjang perjalanan ke Putrajaya Wetland Park, sememangnya kesemua ciri ini berfungsi dengan baik.

Varian  Dynamic Standard Range

Selepas satu jam berehat dan selesai menjalankan fotografi dan sesi rakaman video di Putrajaya Wetlands Park, kami kemudian memulakan perjalanan pulang ke Plaza Arkadia.

Hujan mula turun renyai-renyai membuatkan kami terpaksa beredar dari kawasan berkenaan.

Sepanjang pemanduan, penulis berasa pemanduan varian Standard mempunyai pickup yang lebih tinggi.

Ini membuatkan penulis tertanya-tanya dengan kehebatan prestasinya. Adakah disebabkan ia menerima suspensi palang torsion?

Ini kerana penulis difahamkan bahawa untuk sistem suspensinya, kedua-dua varian diberikan topang MacPherson untuk bahagian hadapan.

Sementara itu untuk bahagian belakang, Dynamic Standard Range menerima palang torsion manakala Premium Extended Range pula disumbat dengan Multi-link.

Bagi sistem brek, kedua-duanya menerima cakera ventilated untuk hadapan dan cakera di belakang. Jadi, adakah penggunaan torsion membuatkan ia lebih padu?

image.pngimage.png

Selain mengenai suspensinya, varian rendah ini disumbat dengan dengan motor tunggal yang memacu di hadapan dan menghamburkan kuasa setakat 94hp dan tork 180Nm.

Varian ini pula dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 12.3 saat.

Namun entah mengapa penulis berasa daya pickup lebih tinggi berbanding varian Premium.

Bagaimanapun, ada juga sedikit kelemahan dalam varian standard ini kerana kabinnya agak bising namun tidak pasti apa puncanya.

image.pngimage.png

Apapun, bahagian luaran dan dalaman antara kedua-dua model ini tidaklah banyak beza.

Namun bagi varian Standard, ia digandingkan dengan rim aloi bersaiz 16 inci manakala varian Premium pula bersaiz 17 inci.

Malah, varian standard ini juga tidak didatangkan dengan bumbung panorama dan ada beberapa ciri keselamatan yang tiada pada varian rendah ini.

Pendek kata, perbezaannya tidaklah begitu ketara. Bagi penulis, jika anda mahu berjinak-jinak menggunakan kenderaan elektri pertama anda, maka BYD Dolphin mungkin jawapannya!

Lagipun, harga varian rendahnya adalah bawah RM100,000.  

image.png

Bagi yang berminat, Standard Range didatangkan dengan warna Urban Grey dan Sand White manakala Premium Extended Range pula berwarna Atlantis Grey,  Surf Blue dan  Ski White.

image.png

Untuk makluman anda, BYD Dolphin datangkan dengan jaminan selama enam-tahun atau 150,000 km, dengan jaminan bateri pula selama lapan tahun atau 160,000 km. 

Untuk keterangan lanjut, layari byd.simedarbymotors.my.

SPESIFIKASI BYD DOLPHIN

 

STANDARD RANGE

EXTENDED RANGE

MOTOR

1x Permanent magnet synchronous motor

TRENKUASA

Front-Wheel-Drive (FWD)

KUASA

94 HP

201 HP

TORK

180 NM

310 NM

0-100 KM/J

12.3 saat

7.0 saat

V-MAKS

N/A

BATERI & CAS

Bateri:
44.9 kWj ‘Blade’ lithium iron phosphate

 

Charging Inputs:

-        AC (Type 2) up to 7 kW

-        DC (CCS) up to 60 kW

Bateri:
60.48 kWj ‘Blade’ lithium iron phosphate

 

Charging Inputs:

-        AC (Type 2) up to 7 kW

-        DC (CCS) up to 80 kW

JARAK PERJALANAN

340 KM (WLTP)

427 KM (WLTP)

BERAT

1,285 KG (kerb)

1,450 KG (kerb)

HARGA

RM99,900

RM124, 900


 

 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC1444

SELANGOR

BSE4486

JOHOR

JXW5014

PULAU PINANG

PRQ3484

PERAK

ANV3498

PAHANG

CFB6586

KEDAH

KGA4254

NEGERI SEMBILAN

NEF7147

KOTA KINABALU

SJK7403

KUCHING

QAB3070L

Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

EV
BYD Dolphin Laku Keras

BYD Dolphin Laku Keras

BYD Dolphin menerima sambutan menggalakkan di beberapa negara.

26-09-2023
Berita Auto
Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Berita Auto
Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

10-01-2025
Berita Auto
Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Berita Auto
BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
Kereta Baru
BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.

06-09-2024
Berita Auto
Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

26-06-2024
EV
SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

Xpeng akan melancarkan dua model baharunya di Hong Kong.

15-04-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.