Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis

Menjelang ketibaan acara IAA Mobility Munich Motor Show, yang akan diadakan di Munich, Jerman, nampaknya Mercedes-Benz juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan model terbaharunya, Concept CLA-Class .
Jentera mewah ini dikatakan bakal menyaingi model terkenal di dunia iaitu Tesla Model 3.
Namun sejauh manakah ia mampu menyaingi jenama Tesla?

Biarpun, ia masih belum dibuktikan namun kami di CariCarz.com ingin menerangkan lebih lanjut mengenai model konsep ini.
Untuk makluman, Concept CLA-Class dibina berdasarkan platform Mercedes Modular Architecture (MMA).
Ia adalah salah satu daripada empat model yang dirancang berdasarkan seni bina tersebut.


Buat masa ini, ada empat model iaitu coupe empat pintu, shooting brake dan dua SUV.
Dari segi rekaannya, bahagian luar dilihat sama sahaja dengan CLA semasa manakala bahagian hadapannya lebih kontemporari disebabkan gril panel hitam selain adanya logo bintang tiga bucu jenama itu,
Malah, Lampu depan LED nampak telah direka semula selain terdapt serta bar lampu yang menyerlahkan lagi kelebaran kereta itu ketika waktu malam.
Seperti yang dikatakan tadi, ia sama seperti CLA yang sedia ada di pasaran kerana
coupe fastback empat pintu juga mempunyai tingkap tanpa bingkai.
Di bahagian belakang, terdapat garis bumbung seperti coupe kekal dengan sudut cermin depan yang lebih curam untuk memberikan rupa yang lebih menawan.

Apa yang cukup menarik ialah lampu depan dan belakangnya berbentuk logi tiga bucu jenama itu.
Menjengah bahagian kabinnya pula, Concept CLA Class mendapat MBUX Superscreen penuh di sepanjang papan pemukanya, dengan teknologi LED mini dan grafik 3D seperti Vision EQXX.

Jenter aini tampil lebih sport memandangkan kesemua tempat duduknya menggunakan bentuk bucket, dan dibalut dengan kulit Nappa warna putih termasuk bahagian panel pintu.


Turut dipamerkan dalam kereta konsep ini ialah sistem bantuan pemanduan autonomi Tahap 3 berasaskan Lidar baharu.
Pada mulanya, model ini dihadkan kepada autonomi Tahap 2, tetapi Mercedes berusaha untuk menawarkan kemas kini perisian OTA, yang seterusnya menawarkan kepada pelanggan untuk membeli atau melanggan keupayaan Tahap 3 pada masa hadapan.
Selain itu, Mercedes merancang untuk menghasilkan kereta konsep ini dengan kuasa pembakaran dalaman dan elektrik.
Ia juga akan didatangkan dengan pilihan belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD) namun, semuanya bergantung lokasi pasaran nanti.

Malah difahamkan, ia akan memanfaatkan motor elektrik baharu yang pertama kali dibangunkan melalui EQXX dan dihasilkan secara dalaman.
Setiap satu motor elektriknya yang seberat 110 kilogram dan memiliki kadar kecekapan tenaga sehingga 93 peratus mampu menghamburkan kuasa setakat 235hp dan dipadankan dengan transmisi dua kelajuan.
Bagi versi peringkat permulaan yang menghasilkan 201hp juga sedang dirancang termasuk yang berlencana AMG dwi-motor .
Difahamkan, model ini pula menjanjikan output setinggi 536 hp apabila ia muncul di pasaran pada tahun 2025.

Berbalik kepada cerita CLA Class ini, ia menjadi Mercedes EV pertama yang membawakan senibina elektrik 800-voltan, dengan keupayaan pengecasan DC 250 kW yang mengambil masa hanya 15 minit untuk bateri penuh.
Ini membolehkan ia mampu melakukan perjalanan sejauh 399 km dengan hanya sekali cas.
Apapun teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta konsep ini sebaik ia ditayangkan secara rasmi pada acara IAA nanti.
Acara IAA akan berlangsung bermula esok sehingga 10 September di Munich, Jerman.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China
Menjelang pameran Auto China 2024 Mercedes-Benz turut menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.
25-04-2024
SL 43: Harga Kereta Kayangan
Mercedes-Benz Malaysia menunjukkan unit pratonton roadster Mercedes-AMG SL 43 2023.
15-06-2023
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+.
08-06-2023
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+.
08-06-2023
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu
Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.
20-02-2023
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge