ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis

Suhana Veru

18-10-2023

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, penulis berpeluang memandu uji varian Premium dan Brabus smart#1 di sekitar Kuala Lumpur.

Sesi pandu uji  yang bertemakan Urban Drive ini agak ringkas kerana pasukan  media cuma diberi masa  dua jam semata-mata untuk merasai pemanduan kedua-dua varian berkenaan.

image.png

Kira semua media yang terlibat dalam sesi pandu uji ini agak bertuah kerana dapat merasai pemanduan kereta smart#1 walaupun ia masih belum dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

image.png

Saya cuba mengorek sedikit maklumat mengenai tarikh pelancarannya namun ada  kemungkinan besar jentera mereka ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan depan.

image.pngimage.png

Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi smart Malaysia nanti!

Namun apa yang pasti,  barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan Brabus yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.

Anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan Brabus dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000.

Berbalik kepada sesi pandu uji, saya dan rakan setugas media dari laman portal berita automatif, Motoqar sememangnya cukup teruja memandu kereta smart#1.

image.pngimage.png

Seiring dengan namanya, kami berdua akui jentera comel ini sememangnya cukup pintar dan harga yang diletakkan itu juga dilihat berpatutan untuk sebuah kereta elektrik.

Pada mulanya, penulis diberi peluang menaiki varian Premium smart#1 sejurus acara pelepasan konvoi dari perkarangan Menara Affin, Kuala Lumpur.

Acara itu dilepaskan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang.

Sebelum itu, penulis sedikit kekok dan cuba cover malu apabila sibuk mencari butang penghidup enjin.

Rupa-rupanya tiada sebarang butang untuk menghidupkan kereta ini.

Ya, jangan terkejut jentera ini tidak dilengkapi dengan sebarang butang penghidup enjin sebaliknya anda hanya terus menolak gear selector ke arah bawah  masuk ke drive (D).

Maka, jentera itu akan terus jalan.

image.pngimage.png

Itu antara kejadian yang menimpa ke atas penulis ketika cuba mencari butang penghidupnya.

Kedua, sebaik melangkah masuk ke kabin varian Premium, apa yang mengejutkan ialah tempat duduknya secara automatik menetapkan posisi kedudukan tempat duduk penulis.

Jika anda mahu keluar, ia akan mengubah kedudukan kerusi itu semula bagi memudahkan anda keluar dari kenderaan.

Yang ketiga ialah jika anda terlupa untuk mengunci kenderaan terbabit, jangan risau, ia akan kunci dengan sendiri sekiranya fungsi lock diaktifkan.

Fuh, betul-betul smart macam namanya.

Apapun pastikan anda membawa kunci kereta. Menyebut mengenai kuncinya, ia yang berbentuk bulat membuatkan ia mudah digenggam.

Untuk makluman anda, fungsi di dalam skrin infotainmen, saya tak dapat sangat nak membeleknya dengan terperinci.

Maklumlah, nama pun test drive, jadi kami diberi peluang yang singkat hanya untuk merasai pemanduannya.

Sebaik keluar dari Menara Affin, saya terus meluru ke Ampang kerana keadaan lalu-lintas sudah mula bergerak perlahan.

Ketika itu, jam menunjukkan sekitar 4.00 petang, percaya atau tidak, sibuk berborak dengan kakitangan pemasaran Smart, Calvin dan rakan media Motoqar, saya tak sangka kami  dah sampai sekelip mata di Ampang.

Kabinnya yang terlalu senyap membuatkan kami bertiga tidak sedar destinasi yang dituju, sudah sampai.

Sepanjang memandu varian Premium, saya memang tak sangka pemanduannya berjalan cukup lancar.

Cuma saya tidak dapat menekan pedal untuk merasai pemanduan sebenar kerana pemanduan ini hanya dibuat di sekitar ibu kota.

image.png

Bagi saya, ia cukup sesuai bagi mereka yang mahu menggunakannya untuk berulang-alik ke tempat kerja mahupun perjalanan jauh.

Apa yang saya cukup suka ialah pemanduan cukup selesa dan membuatkan otak anda tidak serabut kerana ianya cukup senyap.

Ya, jentera ini cukup senyap sehingga membuatkan pemanduan anda cukup tenang.

Lagipun, sepanjang pemanduan, saya berasa ia lebih mudah dikendalikan dan sistem-sistem yang sedia ada itu tidaklah begitu memeningkan malah ia lebih mesra digunakan.

Menyentuh mengenai sesi pandu ini, saya tidak dapat merasai pemanduan sebenar kerana saya perlu melakukan  pemanduan jarak jauh atau masuk ke lebuh raya untuk merasai pecutannya.

Sebagai info, varian premium ini  dibekalkan motor elektrik tunggal di belakang (RWD) yang menghasilkan kuasa 270hp an tork 343Nm serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 6.7 saat.

Malah, varian ini yang hanya dibekalkan dengan satu motor elektrik tunggal .

Namun penulis tidak sempat membelek skrin infotainmennya namun ia yang agak terapung dan bersaiz 12.8 inci sememangnya memudahkan si pemandu mencari informasi dengan begitu mudah dan jelas.

image.png

Paparan infotainmen itu  dikuasakan dengan sistem UI dimana ia menampilkan sistem navigasi dengan paparan lokasi pengecasan.

image.png

Paparan ini sama seperti yang saya lihat pada sistem infotainmen Android pada Volvo C40/XC40 Recharge EV SUV .

Apa yang cukup menarik ialah  antara muka sistem infotainmennya juga ada seekor “musang” sebagai perantara untuk berkomunikasi.

Jika anda amati dengan jauh sedikit, bahagian kokpitnya adalah berbentuk T serta hadir dengan sistem lampu ambien dwi-zon dimana terdapat 64 pilihan warna.

image.pngimage.png

Sebenarnya kereta ini cukup meriah dengan lampu kerana ia diberikan lampu isyarat membelok sequential, lampu pembuka pintu, lampu pada gril hadapan, lampu tambahan pada cermin sisi serta logo smart bernyala pada tiang-C.

Lebih menarik ialah lampu depan smart #1 menjadi tarikan utama kerana ia boleh memaparkan pertunjukan lampu mengikut rentak muzik.

Hebat!

image.pngimage.png

Sementara itu, bahagian meter digitalnya agak kecil sedikit. Apapun, bahagian dalamannya seperti di sisi panel pintu, nyata menampilkan rekaan Mercedes-Benz sekali gus membuatkan ia agak mewah dan bersifat futuristik.

Apa tidaknya, smart #1 ini dibina berasaskan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) daripada pengeluar kenderaan elektrik (EV), Smart Automobile, hasil usahasama antara Mercedes-Benz dan Geely.

image.png

Apa yang pasti kereta keluaran smart#1 ini sebenarnya menggabungkan pelbagai aspek dengan rekaan baru yang dinamik dan teknologi-teknologi termaju.

Sebelum terlupa, satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman smart #1 ialah e-Pedal.

Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal minyak sahaja.

Maklum balas e-Pedal yang reaktif memaksimumkan keseronokan pemanduan EV.

PEMANDUAN BRABUS

Selepas memandu varian Premium, kami diberikan pula varian BRABUS. Apa yang cukup menyedihkan ialah jarak dari kafe ke Menara Affin, tidaklah begitu jauh.

image.png

Jadi, penulis tidaklah berpeluang menekan pedalnya untuk merasai pemanduan sporty Brabus.

Walaupun, ketika itu sudah pukul 5.00 petang, keadaan jalan raya sudah mula sesak, penulis cuba mengambil kesempatan di laluan yang tidak sibuk untuk menekan pedal.

image.png

Baru sikit menekan pedalnya, ia sudah memberi pecutannya yang cukup padu dan sudah menunjukkan gaya sports.

Varian Brabus ini sebenarnya  direka khas bagi mereka yang meminati kenderaan berprestasi tinggi.

Lagipun,  BRABUS merupakan sebuah kenderaan yang cukup berkuasa kerana mendapat tambahan dua tetapan motor di depan.

Sebagai varian teratas, varian ini  ada sedikit kelainan berbanding dua adiknya kerana Brabus mampu menghamburkan  kuasa setakat 422 hp  (315 kW) dan tork 543 Nm.

Menerusi hamburan kuasa itu, BRABUS mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat manakala kelajuan maksimumnya ada 180 km/j. 

Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.

Ia yang  menyokong kadar pengecasan DC 150 kW, membuatkan baterinya penuh dari 10% hingga 80%hanya  dalam 29 minit, manakala jika menggunakan pengecasan AC 22 kW pula, ia mengambil masa dalam tiga jam.

Menjengah bahagian luarannya, jentera ini tampil agresif memandangkan pembuat kereta ini memainkan aksen merah di beberapa bahagian.

image.pngimage.png

Sebenarnya, wajah  Brabus ini seakan-akan sama dengan adik-beradiknya yang lain namun  ia sebenarnya menerima beberapa perincian istimewa.

image.pngimage.png

Ia dilengkapi dengan aerokit Brabus yang eksklusif dengan sedikit warna aksen merah pada hud hadapan, bahagian saluran udara hadapan,  skirt sisi, serta spoiler belakang yang dipasang di atas bumbung.

Menjengah bahagian sisinya, ia menggunakan rim aloi Dynamo bersaiz 19 inci dan terdapat juga brek kaliper berwarna merah.

image.pngimage.png

Tempat duduk varian ini dihiasi dengan upholsteri Ultra Sued dengan jahitan benang merah dan jahitan sulaman logo Brabus pada perehat kepala hadapan.

WhatsApp-Image-2023-10-18-at-16.27.47.jpeg

Malah, varian ini juga hadir dengan bumbung panaromik dimana cerminnya kelihatan agak panjang berbanding kereta kompak yang lain.

image.png

Sementara itu, tali pinggangnya juga didatangkan dengan aksen merah. Fuh, betul-betul nampak garang dan sporty habis.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, ia sememangnya sarat dengan teknologi canggih.

image.pngimage.png

Terdapat  tujuh beg udara, sistem pemantau tekanan angin tayar, cagak tempat duduk Isofix pada tempat duduk belakang, bantuan mula mendaki dan bantuan turun bukit, kawalan brek selekoh (CBC) dan pelbagai lagi.

Tidak ketinggalan ialah sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan hampir 30-fungsi disenaraikan dalam kertas spesifikasi dan dikelaskan mempunyai kebolehan pemanduan autonomous Tahap 2. 

Menyentuh mengenai pemanduan autonomi tahap dua, penulis seolah-olah mahu terkena serangan jantung ketika mencuba sistem Auto Park.

Kami cuba menggunakan sistem Auto Park ketika mahu meletakkan kenderaan secara automatik di sebuah pasar raya di Ampang.

WhatsApp-Image-2023-10-18-at-16.27.57.jpeg

Sejujurnya saya memang tidak berani untuk menguji  sistem auto parkingnya namun selepas kakitangan smart memaksa untuk mencubanya, saya akhirnya redha.

Sebaik dia menekan sistem autoparking, sterengnya sudah berputar dengan sendiri  dan agak agresif membuatkan saya menggeletar kerana ketika sistem itu mencari posisi untuk meletakkan kenderaan, ia melakukan dengan sendiri.

Ia bergerak sendiri ke hadapan dan kemudian mengundur ke belakang. Ketika itu, terdapat halangan batu di tengah-tengah lot parkir, punggungnya hampir terkena dengan halangan itu namun nyata sistem itu berfungsi dengan baik.

Sebaik ia menyedari terdapat halangan, ia kemudian bergerak ke hadapan dan kemudian mencari kedudukan untuk meletakkan kereta terbabit di kawasan parkir.

Ketika fungsi itu diaktifkan, saya cuba menekan brek untuk memberhentikan kenderaan terbabit daripada merempuh halangan namun gagal.

Rupanya-rupanya sistem autoparkingnya bukan biasa-biasa.

Pendek kata, kereta smart ini sememangnya smart semacam dan cukup berbaloi untuk dimiliki kerana ia cukup sarat dengan teknologi canggih manakala harganya juga tidaklah begitu keras.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada smart Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pemanduan kedua-dua variannya.

image.png

Penulis akan memberi penjelasan lebih lanjut lagi mengenai pandu uji smart sebaik kami diberi unit test drive  selepas ia dilancarkan secara rasminya nanti.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2377

SELANGOR

BSE4708

JOHOR

JXW5622

PULAU PINANG

PRQ3752

PERAK

ANV3820

PAHANG

CFB6725

KEDAH

KGA4320

NEGERI SEMBILAN

NEF7293

KOTA KINABALU

SJK7527

KUCHING

QAB3146L

Terakhir Kemas Kini 04 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
Berita Auto

Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000

Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.

03-10-2024
Berita Auto

Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB

smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.

14-08-2024
EV

Jom Test Drive smart di Pusat Beli Belah Bangsar

smart Malaysia telah menambah lokasi baharu iaitu di Bangsar untuk smart Tour Brand Roadshow.

29-07-2024
EV

SmartCare: Tawar Perkhidmatan Selepas Jualan

smart Malaysia melancarkan program perkhidmatan selepas jualan, smartCare, baru-baru ini.

20-06-2024
EV

Boleh 'Trade-In' Kereta Untuk Dapatkan EV Sempena Kempen ‘Go Green with smart’

smart Malaysia (PRO-NET) telah melancarkan kempen 'Go Green Go smart.' Banyak yang menarik sepanjang kempen ini berlangsung!

17-05-2024
EV

Demi Pelanggan, PRO-Net Tambah Pengecas

RO-NET meluaskan rangkaian pengecasan bagi memenuhi permintaan pemilik yang menggunakan NEV.

07-05-2024
EV

Ada Berita Baik Buat Yang Nak Belajar Tentang EV!

Smart Malaysia kini menawarkan laluan kerjaya bagi mereka yang meminati mobiliti lestari.

02-05-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.