Mazda CX-3 Facelift 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM115K

Mazda CX-3
Bermaz Motor hari ini telah melancarkan Mazda CX-3 versi 2023MY yang telah dikemas kini dengan pelbagai ciri baharu. Beberapa pembaharuan terbesar telah diberikan kepada varian CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus.
REKA BENTUK LUARAN MAZDA CX-3 FACELIFT 2023



Pelbagai ciri baharu diberikan pada varian CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus
Dari luar, CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini diberikan lampu depan jenis LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, cermin sisi lipatan automatik, sensor parkir belakang untuk memudahkan pengguna mengesan objek berdekatan dengan kenderaan dari sudut belakang. Sementara itu, varian 2.0L High kini diberikan rim aloi dalam reka bentuk baharu.
KABIN MAZDA CX-3 FACELIFT 2023

CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini dilengkapi dengan ciri sambungan Apple CarPlay tanpa wayar
Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini dilengkapi dengan pedal penukar gear (paddle shifter). Selain itu, sistem infotainmen Mazda Connect yang bersaiz 8 inci kini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay tanpa menggunakan wayar.
CIRI KESELAMATAN MAZDA CX-3 FACELIFT 2023
Dari segi keselamatan, CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini dilengkapi dengan pelbagai ciri yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian 2022 Mazda CX-3 2.0L High. Kedua-dua varian itu kini diberikan empat beg udara SRS tambahan (menjadikannya lengkap dengan enam beg udara secara keseluruhan), teknologi keselamatan i-Activsense yang merangkumi kawalan lampu suluh tinggi (HBC), pemantau titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), sistem amaran keluar lorong (LDWS) dan sokongan brek bandar pintar (SCBS).
PILIHAN WARNA MAZDA CX-3 FACELIFT 2023

Mazda CX-3 ditawarkan dalam tujuh pilihan warna
Mazda CX-3 ditawarkan dalam tujuh pilihan warna iaitu putih Snowflake White Pearl, hitam Jet Black, kelabu Machine Gray dan Polymetal Gray, merah Soul Red Crystal, warna keemasan Platinum Quartz (hanya untuk varian 2.0L High) dan warna kelabu baharu, Aero Gray.
HARGA JUALAN MAZDA CX-3 FACELIFT 2023
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, tempahan kini dibuka dengan harga bermula dari RM115,720.00 tanpa insurans. Pembelian adalah termasuk waranti 5 tahun atau 100,000 KM dan pakej penyelenggaraan percuma.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB6427
SELANGOR
BSQ6341
JOHOR
JYY1894
PULAU PINANG
PSC8242
PERAK
APH9915
PAHANG
CFG7217
KEDAH
KGG4160
NEGERI SEMBILAN
NEK5981
KOTA KINABALU
SJS2969
KUCHING
QAB9529N
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat