- Berita
- Kereta Baru
- Toyota Yaris 2023 Dikemaskini Buat Kali Ke-2 – Skrin Lebih Besar, Harga Lebih Tinggi
Toyota Yaris 2023 Dikemaskini Buat Kali Ke-2 – Skrin Lebih Besar, Harga Lebih Tinggi
UMW Toyota Motors (UMWT) sekali lagi mengemaskini model hatchback, Toyota Yaris 2023. Hatchback segmen B itu kali ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini serta diberikan reka bentuk baharu.
Yaris 2023 terkini dipasangkan dengan skrin infotainmen lebih besar, bersaiz 9 inci
Yaris 2023 yang baharu ini hadir dengan skrin infotainmen sebesar 9 inci yang lebih besar berbanding keluaran sebelum ini yang menggunakan skrin 7 inci. Sistem ini boleh menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Selain itu, pada ruang pemandu terdapat kluster meter Optitron 4.2 inci yang baharu. Tempat duduk pula kini dibaluti fabrik dalam rekaan baharu yang berwarna hitam.
Teknologi lain yang ditawarkan secara standard dalam Yaris 2023 termasuk pad pengecas tanpa wayar, port USB-C di tempat duduk depan, Sistem Telematik Kenderaan (VTS), tag RFID, serta perakam video digital (DVR) hadapan, dengan pilihan untuk menambah DVR belakang pada harga RM380.
Berbeza dengan Yaris facelift yang ditawarkan di Thailand, Yaris 2023 di Malaysia secara keseluruhannya masih mengekalkan reka bentuk lama. Namun, terdapat beberapa bahagian yang diberikan sentuhan baru seperti skirting hadapan dan belakang. Selain itu, Yaris kini ditawarkan dalam pilihan cat badan dua warna iaitu bumbung hitam yang boleh digabungkan sama ada dengan warna merah Red Mica atau putih Platinum White Pearl.
Model ini masih menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci yang sama, sementara, kelengkapan lain seperti lampu LED, cermin sisi lipatan auto dan pemegang pintu krom, hanya ditawarkan pada varian tertinggi, 1.5G.
Yaris 2023 masih menggunakan enjin 1.5L Dual VVT-i yang sama seperti sebelumnya
Kedua-dua model, Yaris 1.5E dan 1.5G 2023 dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5L 4 silinder yang menghasilkan 106 HP dan 140 NM. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi automatik CVT dengan mod Shiftmatic 7 kelajuan. Perbezaan mekanikal yang ketara antara kedua-dua varian adalah penggunaan brek cakera belakang, yang hanya ditawarkan pada varian 1.5G.
Dari segi keselamatan, Yaris 2023 masih menawarkan ciri keselamatan aktif dan pasif yang sama termasuk tujuh beg udara. Pakej ADAS Toyota Safety Sense (TSS) pula melengkapkan kenderaan dengan ciri keselamatan aktif seperti sistem pra-perlanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA) dan pemantau titik buta (BSM) dengan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).
Toyota Yaris 2023 yang kini telah dinaik taraf dengan ciri baharu ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM88,000 atas jalan bagi varian asas, 1.5E, kira-kira RM4,700 lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sementara itu, Yaris 1.5G pula kini dijual pada harga lebih daripada RM90,000, dengan harga RM91,600. Harga yang dinyatakan adalah termasuk jaminan kenderaan tanpa had selama 5 tahun yang ditawarkan oleh UMWT.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH2397
SELANGOR
BSF6825
JOHOR
JYA9758
PULAU PINANG
PRR7067
PERAK
ANW9265
PAHANG
CFC2759
KEDAH
KGB1103
NEGERI SEMBILAN
NEG3044
KOTA KINABALU
SJL4069
KUCHING
QAB5485L
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600
UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.
28-04-2025
Bukan Calang-Calang, Toyota Dedah Toyota Yaris M Concept, Enjin Turbo 2.0L Dipasang Tengah-Tengah
Toyota sekali lagi berjaya mencuri perhatian para pengunjung pada pameran Tokyo Auto Show 2025 baru-baru ini, apabila syarikat tersebut mendedahkan sebuah prototaip Toyota Yaris M Concept.
14-01-2025
Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?
UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.
06-08-2024
Toyota Laku Keras
Jualan keseluruhan pada suku pertama 2024 kini meningkat kepada 47,000 unit.
16-07-2024
Toyota Yaris G Limited – Versi Sporty Ini Terhad 600 Unit, Hanya RM99,600
Toyota Yaris G Limited kini ditawarkan di Malaysia, ini ciri berbeza yang terdapat pada model ini...
25-04-2024
Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta
UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas
07-03-2024
Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu
Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,
26-12-2023
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Berita Terkini
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
MPV Eksklusif: Hyundai Staria 2025 Ditayang, Ada 4 Varian, Luar, Dalam Eksklusif
Sempena majlis pratonton media, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Staria yang hadir dalam versi tujuh dan 10 tempat duduk untuk pasaran tempatan.
24-06-2025
Hyundai Santa Fe 2025 Didedah, Ada 3 Varian, Gaya Macho, Tegap Dan Kemas
Selain Hyundai Tucson 2025, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Santa Fe 2025, pagi tadi.
24-06-2025
Didedah: Hyundai Tucson 2025 Ditunjuk Kepada Media, Ada 4 Varian, Harga Kekal Misteri
Pihak Hyundai mendedahkan Hyundai Tucson 2025 kepada media.
24-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800
Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.
20-06-2025
Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM
Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.
20-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat