ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Senarai 6 EV Terbaik Dilancarkan Di Malaysia Pada Tahun 2023 – Anda Setuju?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz_Best-EVs-launched-2023.jpg


Tahun 2023 merupakan tahun yang positif bagi kenderaan elektrik (EV) dengan jumlah jualan EV yang dijangka dua kali ganda lebih. tinggi berbanding tahun 2022 dan kedatangan jenama-jenama baharu di pasaran, memberikan pembeli lebih banyak pilihan. 


Selepas meneliti senarai panjang EV yang telah dilancarkan tahun ini, kami menyenaraikan ENAM EV baharu yang paling menarik di pasaran. Teruskan membaca…


BYD-Dolphin-EV-Launch-24.jpg


1. BYD Dolphin


Aura kedatangan BYD di Malaysia cukup dirasai disebabkan kerjasamanya dengan  Sime Darby Motors walaupun memasuki pasaran agak lewat iaitu pada suku akhir tahun 2022. Momentum jenama ini terus berkembang dengan pengenalan BYD Dolphin pada bulan Ogos.


CariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-34.jpgCariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-39.jpgCariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-42.jpgCariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-41.jpg


Dalam pasaran yang didominasi oleh SUV, BYD mengambil langkah berani dengan memperkenalkan hatchback sifar emisi bersaiz kompak seperti Myvi. 


Model yang dijual pada harga RM100,000 ini menjadikan BYD Dolphin sebagai salah satu pilihan EV yang ditawarkan pada harga paling murah di pasaran. Walaupun tidak memiliki jarak pemanduan yang jauh, ruang yang besar dan sistem pengecasan pantas, pada harga tersebut, pembeli dapat memandu di dalam sebuah kereta yang bergaya, padat dengan teknologi canggih dan yang paling penting ‘mesra alam.’ 


smart-1-Malaysia-Launch-(2).jpg


2. smart #1


Ditawarkan dalam tiga varian iaitu  Pro, Premium, dan Brabus, smart #1 ditawarkan pada harga antara RM189,000 hingga RM249,000. Mahal? Harga jualan ini sebenarnya berbaloi memandangkan senarai kit standardnya cukup panjang, apatah lagi untuk varian paling tinggi, Brabus. 


smart-1-Premium-3.jpgsmart-1-Brabus-3.jpg


Tidak cukup dengan itu, reka bentuknya juga menyerlahkan ciri premium yang ditawarkan. Untuk pengetahuan pembaca, reka bentuk smart #1 telah dihasilkan oleh Mercedes, dan dibangunkan di atas platform EV SEA milik Geely yang turut digunakan untuk menghasilkan EV daripada jenama ternama lain seperti  Volvo EX30, Polestar 4 dan EV hyper, Lotus Eletre.


smart-1-Brabus-6.jpgsmart-1-Brabus-11.jpgsmart-1-Brabus-46.jpgsmart-1-Brabus-47.jpg


Penggunaan platform yang sama seperti model-model hebat lain bermaksud ini bukanlah platform ‘biasa-biasa,’ dan ini dicerminkan melalui prestasi dan jarak EV yang mampu dicapai oleh smart #1. Terbukti, ini merupakan sebuah EV premium yang terbaik boleh didapati di pasaran. Dengan kualiti yang setanding, jenama lain dijual pada harga hampir RM300,000. 


Lotus-Eletre-Malaysia-Launch-(3).jpg


3. Lotus Eletre


Mungkin ini pelancaran yang paling ‘legend’ pada tahun 2023. Lotus bukan sahaja telah melancarkan model EV pertamanya tapi juga SUV pertama bagi jenama mewah tersebut. 


Lotus-Eletre-Malaysia-Launch-(8).jpgLotus-Eletre-Malaysia-Launch-(5).jpg


Salah satu kereta dengan prestasi tertinggi di dunia, Lotus Eletre menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor yang memberikannya kuasa 905 HP dan tork 985 NM. Kuasa ini membolehkan kereta membuat pecutan abad dalam tempoh kurang 3 saat iaitu 2.95 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 265 KM/J. 


Lotus-Eletre-Malaysia-Launch-(7).jpgLotus-Eletre-Malaysia-Launch-(1).jpg


Eletre merupakan sebuah SUV dengan ruang yang luas memberikan keselesaan maksimum kepada semua penumpang. Selain itu, ia dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan dan teknologi canggih. 


Dijual pada harga antara RM698,000 hingga RM838,000, ini juga adalah salah satu EV 'termurah' dengan prestasi tahap hypercar yang ditawarkan di pasaran. 


Audi-e-tron-GT-Malaysia-Preview-(2).jpg


4. Audi e-tron GT


Audi e-tron GT adalah salah satu EV yang paling menawan ditawarkan di pasaran kita pada tahun 2023. Terlalu menawan sehingga menjadi kereta pilihan Tony Stark atau Iron Man. Model elektrik daripada Audi ini diberikan sentuhan  yang agak berbeza berbanding rekaan GT empat pintu biasa. 


Audi-e-tron-GT-Malaysia-Launch-(3).jpgAudi-e-tron-GT-Malaysia-Launch-(2).jpg


Hanya dua varian e-tron GT ditawarkan iaitu versi standard , e-tron GT Quattro dan versi berprestasi tinggi, e-tron GT RS. Kehadiran e-tron GT di pasaran menawarkan alternatif lain kepada pembeli selain EV mewah seperti Porsche Taycan yang turut ditawarkan dalam lingkungan harga antara RM597,990 dan RM787,990.


event_BMW-i5-eDrive40_launch_-3.jpg


5. BMW i5


Keputusan BMW Malaysia untuk memperkenalkan 5 Series generasi ke-8 dalam versi elektrik terlebih dahulu agak mengejutkan. Pengenalan model i5 yang lebih cepat untuk pasaran negara berbanding masa yang diambil untuk melancarkan model flagship i7 juga merupakan satu kejutan. 


BMW-i5-eDrive40_-2.jpgBMW-i5-eDrive40_-5.jpgBMW-i5-eDrive40_-18.jpgBMW-i5-eDrive40_-11.jpg


Walaupun masih terlalu awal untuk kita ketahui sejauh mana kejayaan i5 di pasaran kita, sumber dalaman mendedahkan bahawa sambutan awalnya sangat menggalakkan. Ini merupakan satu kejayaan yang besar untuk BMW Malaysia memandangkan syarikat itu telah melancarkan i5 tidak lama selepas jenama EV terkenal daripada Amerika Syarikat membuat kemunculan di negara kita. 


RollsRoyce-Spectre-Malaysia-(17).jpg


6. Rolls-Royce Spectre


Jenama mewah lain yang telah melancarkan model EV pertamanya pada tahun 2023 ialah Rolls-Royce dengan pelancaran Spectre. Kereta untuk golongan dengan kekayaan tinggi atau high-net-worth individual (HNWI) ini ditawarkan dengan bentuk badan yang memukau dan sofistikated. 


RollsRoyce-Spectre-Malaysia-(14).jpgRollsRoyce-Spectre-Malaysia-(15).jpgRollsRoyce-Spectre-Malaysia-(20).jpgRollsRoyce-Spectre-Malaysia-(11).jpg


Pelancaran Spectre diadakan pada waktu yang tepat memandangkan kerajaan kini menawarkan insentif dan pengecualian cukai untuk EV import sehingga penghujung 2025. Ini secara tidak langsung menjadikan Spectre salah satu model yang cukup ‘murah’ jika dibandingkan dengan model Rolls-Royce yang lain. 


RollsRoyce-Spectre-Malaysia-(19).jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPV9130

SELANGOR

BSJ5213

JOHOR

JYJ5069

PULAU PINANG

PRU9164

PERAK

APB8260

PAHANG

CFD7805

KEDAH

KGC6474

NEGERI SEMBILAN

NEH3978

KOTA KINABALU

SJN1952

KUCHING

QAB3609M

Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 16 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

14-07-2025
Global

BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

BYD telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.

29-05-2025
EV

BYD Dolphin 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Canggih, Cas DC 100 kW, God’s Eye

Kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin diberikan sentuhan baharu buat kali kedua dengan pelancaran model tahun 2025 (MY2025) di pasaran China.

06-03-2025
Berita Auto

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
EV

Tak Jadi Pula Nak Keluarkan BYD Dolphin

Doplhin Sports akan menembusi pasaran Australia.

19-03-2024
EV

BYD Dolphin Versi Baharu, Lebih Murah, Boleh Gerak Lebih Jauh

Syarikat BYD sudah mengeluarkan versi BYD Dolphin yang sudah dinaik taraf di tanah airnya sendiri.

27-02-2024
Berita Auto

Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin

Rakyat Malaysia cukup meminati BYD Atto 3 disebabkan harganya yang berpatutan.

31-01-2024
Global

BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan

BYD, semalam telah mendedahkan rancangan bagi pasaran Indonesia. Ini perinciannya...

19-01-2024

Berita Terkini

EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

EV: MITI Sedang Cari Alternatif Untuk Galakkan Orang Ramai Guna EV

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mencari inisiatif alternatif bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV).

18-10-2025
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025
EV

Dongfeng Box 2025 Raih Euro NCAP 3 Bintang – Apa Yang Kurang?

Dongfeng Box 2025 menerima penarafan tiga bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

17-10-2025
EV

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit setakat semalam.

15-10-2025
EV

EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K

Perodua akhirnya mengesahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertamanya bakal dilancarkan pada Disember ini.

14-10-2025
EV

Ekosistem EV Malaysia Masih Belum Matang, Insentif Model Import Masih Diperlukan – MAA

Semasa pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, tiada sebarang pengumuman dibuat membabitkan duti import dan eksais untuk kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU).

13-10-2025
EV

Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*

Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.

12-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.