Semua Kereta Baharu Wajib Pasang Kotak Hitam, Ada Sebabnya

Kesatuan Eropah (EU) telah mengeluarkan satu arahan yang menyatakan bahawa semua kenderaan baharu di EU wajib memasang kotak hitam (atau Event Data Recorder, EDR) bermula Julai ini.
Berdasarkan arahan itu, EDR hanya perlu dipasang kepada semua kenderaan di bawah Kelas M1 (kenderaan penumpang tidak melebihi lapan orang) dan Kelas N1 (trak pikap & van bawah 3,500 kg).
Untuk makluman, EDR adalah satu peranti yang akan merekodkan data kritikal jika berlakunya kemalangan jalan raya.
Sementara itu, laman berita, Motor1 melaporkan bahawa EDR akan dipasang dalam sistem beg udara Maklumat baharu mengatakan bahawa sistem akan diaktifkan apabila penderia beg udara diaktifkan.

Untuk itu, EDR berupaya merekod dan menyimpan data mengenai kedudukan, pecutan kenderaan, brek dan getaran kenderaan.
Bukan itu sahaja, ia mampu merekodkan maklumat tentang jenama dan model kenderaan yang dipasang dengan peranti tersebut.
Berdasarkan maklumat yang dikumpulnya nanti, sistem EDR secara automatik akan menggunakan sistem eCall untuk mendapatkan bantuan jika ia menentukan bahawa terdapat kecemasan.
Undang-undang baharu ini akan dilaksanakan di 27 buah negara termasuk di Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Perancis, Poland, Portugal, Romania, Sepanyol, Slovakia, Slovenia, Spain dan Sweden.
Apa pula pandangan anda mengenai langkah EU? Wajarkah Malaysia mengikut jejak langkah mereka?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.
18-12-2025
EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.
15-12-2025
Tayar Perlu Selamat, Boleh Guna Lama, Ini Baru Betul!
Kesatuan Eropah kini memperkenalkan peraturan baharu mengenai tayar kenderaan.
25-07-2024
Kesatuan Eropah (EU) Muktamad Penjualan Kereta Petrol, Diesel Menjelang Tahun 2035
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mencapai kata sepakat untuk mengharamkan jualan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2035.
31-10-2022
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat