smart Malaysia Umum Ciri Baharu Aplikasi Hello, Peraduan Percutian PERCUMA

smart Malaysia mencatatkan pencapaian membanggakan dengan pendaftaran 200 unit smart #1 dalam tempoh kurang dua bulan setelah ia dilancarkan secara rasmi di negara ini, pada 21 November tahun lalu. Model yang menerima sentuhan rekaan daripada Mercedes dan teknologi Geely ini terbukti berjaya mencuri hati orang ramai yang ingin beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Bagi meningkatkan pengalaman pemilikan pengguna kenderaannya, smart Malaysia telah mengumumkan pembaharuan yang telah diberikan kepada aplikasi Hello.
CIRI BAHARU APLIKASI HELLO SMART

Aplikasi Hello smart kini telah dikemaskini dengan sistem pembayaran kad debit atau kredit, bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran, mengecas kenderaan atau membeli data internet dalam kereta. Data internet yang ditawarkan adalah 1GB pada harga RM8, 3GB pada RM21 dan 5GB pada RM30.
Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, "Dengan pelancaran aplikasi Hello smart yang dinaik taraf ini, saya teruja untuk berkongsi bagaimana ia boleh mengubah perjalanan anda semasa perayaan.
“Aplikasi ini kini berfungsi sebagai teman perjalanan peribadi anda, menyediakan lebih daripada 70% informasi hentian pengecasan awam dan ia memperkenalkan pengalaman pembayaran yang lancar dengan kad kredit atau debit anda. Peningkatan ini mencerminkan dedikasi kami untuk memberikan anda pengalaman perjalanan yang luar biasa,” katanya.
CIRI PENTING APLIKASI HELLO SMART
-full_normal.jpg)
Aplikasi Hello smart memiliki ciri penting iaitu peta pengecasan terintegrasi yang memudahkan pengguna untuk mengakses sekitar 70% stesen pengecasan EV di seluruh negara. Kemudahan ini sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan mengenai jarak perjalanan EV serta memudahkan pengguna untuk membuat rancangan perjalanan.
Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk membuat permohonan tempahan dan pembiyaan kenderaan, memudahkan proses pemilikan EV tanpa prosedur manual.
Untuk mengetahu ciri lain yang terdapat pada aplikasi Hello smart, anda boleh klik pada pautan ini: Hello smart App Dilancarkan, Segala Akses EV smart Di Hujung Jari!
Aplikasi Hello smart boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.
PELUANG PERCUTIAN DITANGGUNG SMART MALAYSIA 100%

smart Malaysia mengumumkan peraduan media sosial ‘The Lóng龙 Drive' untuk peluang percutian di Melaka dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya. Selain itu, pemenang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik lain seperti TnG e-wallet bernilai sehingga RM200 dan paket Angpao smart edisi terhad.
Untuk menyertai peraduan ini, kongsikan destinasi tempatan impian anda secara kreatif di ruangan komen peraduan di Facebook atau Instagram The Lóng龙 Drive.
Layari Facebook dan Instagram smart Malaysia atau kunjungi Aplikasi Hello smart untuk maklumat selanjutnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800
smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.
14-11-2025
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian
smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka
21-10-2025
MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit
smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.
10-05-2025
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5
smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.
08-05-2025
SPYSHOT: 2 Imej smart #5 Didedahkan, Nampaknya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
smart 35 selamat mendarat di Malaysia.
06-05-2025
2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak
Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.
14-02-2025
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

