ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-1.JPG


Lotus Emeya EV GT telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Asia semasa acara Bangkok International Motor Show (BIMBS) 2024


Bangkok International Motor Show (BIMS) 2024 yang kini sedang berlangsung menyaksikan pelbagai model kereta dipamerkan buat pertama kali di Asia. Kali ini model daripada jenama British, Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya. Untuk pasaran tersebut, Emeya ditawarkan dalam dua varian iaitu Emeya S dan Emeya R. 


Varian asas, Emeya S, dikuasakan oleh dua motor yang memacu kesemua roda (AWD) pada output 603 hp (450 kW) dan 710 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.15 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum (V-Max) yang dihadkan pada 205 km/j. 


Lotus-Emeya-2.jpg


Varian seterusnya, varian dengan prestasi lebih tinggi, Emeya R dilengkapi dengan enjin dua motor AWD yang memberikan output sistem keseluruhan sebanyak 905 hp (675 kW) dan tork 985 Nm. Ini membolehkan kereta GT EV ini mencapai pecutan 100 km/j dalam masa kurang daripada 3 saat, manakala kelajuan maksimumnya ditingkatkan kepada 256 km/j. 


Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-10.JPG


Kedua-dua varian Lotus Emeya dikuasakan oleh bateri NMC 102 kWj yang sama, menghasilkan julat EV maksimum sehingga 610 KM (WLTP).



Dari segi bateri, kedua-dua varian Emeya S dan Emeya R untuk pasaran Thailand mendapat unit NMC 102 kWj yang sama, namun jarak yang mampu dicapai bagi kedua-dua model ini adalah berbeza. Emeya S boleh mencapai jarak perjalanan WLTP sehingga 610 km, sementara varian berprestasi lebih tinggi, Emeya R mencapai jarak EV 485 km.


Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-11.JPG


Dibangunkan berasaskan Seni Bina Premium Elektrik (EPA) yang sama dengan Eletre, Emeya turut dilengkapi dengan sistem bateri 800 volt, membolehkannya menerima pengecasan DCFC sehingga 350 kW, manakala AC dihadkan pada 22 kW. Teknologi ini membolehkan kenderaan dicas daripada 10-80% dalam masa hanya 18 minit, manakala OBC 22 kW pula mengambil masa kira-kira 8.5 jam.


Selain berkongsi seni bina EV yang serupa, Emeya juga dilengkapi dengan sistem suspensi udara elektronik yang sama seperti Eletre, serta sistem pengagihan tork ICC Lotus. Sistem pintar ini membolehkan sistem AWD sepenuh masa model ini menghantar kuasa kepada setiap roda secara berasingan, menjanjikan prestasi belokan yang lebih baik dan lebih pantas.


Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-12.JPGLotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-8.JPGLotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-2.JPGLotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-9.JPG


Emeya datang dalam gaya badan sedan GT yang sporty, dilengkapi dengan bahagian aero aktif.


Dari segi rekaan, Emeya tampil lebih sporty berbanding SUV elektrik, Eletre. Emeya diberikan gaya badan sedan GT yang elegan. Selain elemen sporty seperti penggunaan lampu hadapan LED matrix dual-stack dan rim 22 inci, model ini turut diberikan beberapa bahagian aero aktif seperti diffuser belakang, spoiler dua lapisan di belakang dan banyak lagi. Kehadiran ciri aero ini memberikan Emeya daya ke bawah (downforce) sehingga lebih daripada 215 KG, memberikan tahap kestabilan dan cengkaman yang lebih baik. 


Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-6.JPGLotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-7.JPGLotus-Emeya-10.jpgLotus-Emeya-11.jpg


Memasuki ruang kabin, Emeya untuk pasaran Thailand didatangkan dalam pilihan konfigurasi empat atau lima tempat duduk. Unit yang dipaparkan di pameran BIMS baru-baru ini adalah jenis empat tempat duduk. Antara kelengkapan penting di ruang kabin ialah skrin infotainmen tengah yang besar, tempat duduk sporty dengan pilihan pelbagai jenis upholsteri daripada bahan yang dikitar semula dan mampan, serta sistem audio KEF 3D yang didatangkan sama ada dengan 15 atau 23 speaker. 


Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-5.JPG


Lotus Emeya bakal menjadi pesaing kepada Porsche Taycan dan Audi e-tron GT.


Bakal memberikan persaingan yang sengit kepada model mewah lain, Porsche Taycan dan Audi e-tron GT, Lotus Emeya kini boleh ditempah di pasaran Thailand. Harga jualannya bermula daripada THB 5.99 juta (~RM778,759) untuk Emeya S, dan THB 6.89 juta (RM895,768) untuk Emeya R.


Buat masa ini, Lotus Cars Malaysia belum mendedahkan sebarang perancangan untuk membawa masuk Emeya EV ke pasaran tempatan yang kini hanya menawarkan satu model EV iaitu  SUV Eletre.

Lotus-Emeya-Thailand-BIMS2024-3.JPG


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

04-04-2025
Berita Auto

15-11-2024
Kereta Baru

22-07-2024
EV

28-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
EV

08-09-2023
Kereta Baru

23-08-2023
Global

04-02-2023

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.