ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Buat Pinjaman 9 Tahun, Ramai Pilih MYVI?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, hampir 80 peratus pembeli kereta PROTON dan PERODUA memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.

Itu yang didedahkan bank pelaburan, AmInvestment Bank dalam satu nota penyelidikan.

Seperti diketahui umum, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan utama kepada demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah.

image.pngimage.png

Apa yang pasti, kenderaan sedemikian bukan hanya sekadar barangan kehendak, sebaliknya barangan keperluan pengguna.

Malah, AmInvestment Bank berkata, perkara yang menjadi keutamaan kepada mereka adalah bayaran ansuran bulanan.

"Rakyat biasa memantau dengan rapat OPR (Kadar Dasar Semalaman) memandangkan keadaan kewangan mereka adalah sejajar dengannya. Ia adalah antara faktor yang tidak boleh terlepas pandang oleh kerajaan sekarang.

"Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar OPR tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu," katanya.

Lebih menarik, permohonan dan kelulusan untuk pinjaman kereta ketika ini mengekalkan kadar yang kukuh, terutamanya untuk model Myvi.

image.png

Malah, pembelian untuk kenderaan terpakai juga masih tinggi ketika ini dan tidak menunjukkan ia terkesan.

Dalam perkembangan berkaitan, bank pelaburan itu berkata berdasarkan pemerhatian di bilik pameran kereta, terdapat minat tinggi yang ditunjukkan terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV), dengan ada antara bakal pembeli yang telah berkira-kira mengenai penjimatan bahan api berbanding kos elektrik.

image.png

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa BEV ketika ini menjadi tumpuan kepada peminat kereta, terutamanya dalam kalangan golongan T10 yang melihat kenderaan seperti ini sebagai 'kereta mainan', yang sesuai digunakan semasa hujung minggu.

"Daripada semua EV (kenderaan elektrik) yang dibeli, pelanggan memilih tempoh pinjaman selama lima tahun, malah ada sebahagian yang membayar secara tunai, iaitu perkara biasa yang dibuat oleh golongan elit T1.

"Tambahan pula, pelbagai pengecualian cukai seperti duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan menjadikan BEV sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki oleh golongan elit," katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT3770

SELANGOR

BSU3240

JOHOR

JF4631J

PULAU PINANG

PSG2798

PERAK

APM1159

PAHANG

CFH9721

KEDAH

KGJ4063

NEGERI SEMBILAN

NEM2338

KOTA KINABALU

SJU4821

KUCHING

QAB7352P

Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-02-2025
EV

09-01-2025
EV

10-05-2024
Berita Auto

20-02-2024
EV

16-11-2023
EV

18-10-2023
EV

18-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026
Berita Auto

Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54

THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.

08-10-2026
Berita Auto

Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1

Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.

07-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?

Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

07-10-2026
Berita Auto

Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar

10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.

07-10-2026
Berita Auto

Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas

Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.

06-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tiket ECRL?

Kabinet Masih Belum Memutuskan Harga Tiket ECRL.

06-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.