Imej Acah Trak Pikap PHEV BYD Shark Didedahkan – Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Imej acah trak pikap PHEV BYD Shark didedahkan menjelang kemunuculan sulungnya semasa Auto China 2024.
Syarikat gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV) China, BYD, kini sedang giat memperluaskan lagi penawaran barisan kenderaan di bawah jenamanya dan juga sub-jenamanya. Selain SUV mewah dan supercar elektrik, BYD bakal memperkenalkan trak pikap pertamanya secara rasmi tidak lama lagi setelah mereka mendedahkan imej acah BYD Shark.
Trak pikap BYD Shark tersebut dikhabarkan akan dipertontonkan buat pertama kalinya semasa pameran Auto China 2024 yang akan berlangsung minggu ini. Penggunaan nama ‘Shark’ telah didedahkan melalui permohonan tanda dagangan yang difailkan baru-baru ini oleh syarikat China itu di pasaran utama trak pikap, Australia. Nama 'Shark' selaras dengan nama-nama lain kenderaan BYD seperti hatchback Dolphin dan sedan Seal.
Seperti model lain di bawah jenamanya, trak tersebut turut akan menggunakan trenkuasa yang dielektrifikasikan dengan enjin hibrid plug-in (PHEV).

BYD Shark dijangka akan menggunakan trenkuasa PHEV yang sama seperti pada SUV 4x4 mewah, Fang Cheng Bao 5
Melalui pelbagai sumber dalam talian, BYD telah mengesahkan bahawa Shark akan menggunakan teknologi kuasa baharu yang dikenali sebagai Dual Mode Off-Road (DMO). Teknologi ini dibangunkan hasil gabungan enjin petrol kecil dengan bateri yang besar dan motor elektrik yang berkuasa, sama seperti yang terdapat pada SUV 4x4 mewah, Fang Cheng Bao 5.
Untuk rujukan, model Fang Cheng Bao 5 yang disebutkan menggunakan enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter yang dipertingkatkan dengan dua motor elektrik. Gabungan ini menghasilkan lebih daripada 730 hp, dengan jarak perjalanan elektrik sehingga 125 km dan jarak hibrid keseluruhan sehingga 1,200 km. Terdapat juga laporan yang mendedahkan bahawa Shark mungkin akan diperkenalkan dalam versi elektrik sepenuhnya pada masa akan datang.


BYD Shark dikesan tanpa sebarang pelekat samaran semasa satu sesi penggambaran. (Foto: CarNewsChina)
Walaupun BYD hanya mengeluarkan imej teaser yang agak gelap, model ini sebenarnya pernah dikesan tanpa sebarang pelekat samaran baru-baru ini. Foto intipan yang diambil semasa satu sesi penggambaran itu mendedahkan keseluruhan reka bentuknya yang ranggi.
Imej intipan itu turut menunjukkan ruang kabin BYD Shark yang kelihatan mewah dan padat dengan teknologi canggih, seperti yang ditawarkan pada kenderaan penumpangnya.

BYD Shark (Foto: CarNewsChina)
Buat masa ini, tidak banyak butiran BYD Shark didedahkan. Dijangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsikan sebaik model ini dipertontonkan di pameran Auto China 2024 kelak. Nantikan perkembangan terkini yang akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat