Selain UK: Nio Firefly Juga Bakal Masuk Malaysia?

Sub-jenama EV mampu milik baharu Nio, Firefly, dijangka akan memasuki pasaran Eropah pada akhir tahun ini dimana United Kingdom akan menjadi salah sebuah negara yang akan turut menerima Nio Firefly seawal Oktober tahun ini.
Untuk makluman, Nio Firefly telah pun diperkenalkan di China pada April lalu, dan EV ini merupakan salah satu model yang mampu bersaing dengan Renault 5 EV dan Volkswagen ID.2 yang bakal dilancarkan dalam segmen hatch elektrik supermini yang semakin popular di Eropah.


Nio Firefly EV ini didatangkan dengan motor elektrik tunggal pacuan belakang (RWD) yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 141 hp (105 kW), sekali gus membolehkan supermini ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.2 saat.
Sementara tu, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 150 km/j manakala tenaganya dibekalkan oleh pek bateri kecil 42.1-kWh, dan membolehkan ia memberikan jarak sehingga 420 km mengikut standard CLTC.
Dari segi dimensi, Firefly EV hatch ini berukuran 4,003 mm panjang, 1,781 mm lebar, 1,557 mm tinggi, dan jarak roda 2,615 mm, yang meletakkannya dalam kategori yang sama dengan supermini Eropah lain seperti Renault 5, Peugeot e-208, dan banyak lagi.

Setakat ini, Nio masih belum mengesahkan perancangan terperinci mengenai kemasukan Firefly EV ke pasaran UK, namun kita boleh menjangkakan maklumat lanjut mengenai harga dan spesifikasi model ini akan didedahkan sebaik pelancarannya nanti.
Kemasukan Nio ke pasaran UK dan Eropah merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan globalnya di mana syarikat yang berpusat di Shanghai ini berhasrat untuk menembusi 16 pasaran global baharu pada tahun ini.
Malah, pasaran serantau Asia Tenggara turut termasuk dalam rancangan pengembangan global Nio.
Selain UK, Nio Firefly juga dikatakan akan memasuki pasaran Singapura pada bila-bila masa tahun ini, yang bermaksud terdapat kemungkinan Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya?
Sekiranya Nio Firefly memasuki pasaran tempatan kita, EV hatch ini bakal bersaing dengan model-model hatch EV popular dari China yang lain seperti Dongfeng Box, Wuling Bingo, dan Proton e.MAS 5 yang bakal dilancarkan, yang berasaskan Geely Geome Xingyuan.
Namun mampukah Nio Firefly menyaingi Proton e.MAS 5? Kongsikan pendapat anda.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nio Dedah Firefly, EV Kompak Belum Pernah Nampak Di M'sia Lagi!
Nio mendedahkan kenderan elektrik pertamanya, Nio Firefly, baru-baru ini.
23-12-2024
Nio Keluarkan Bateri Boleh Capai Jarak EV 1,055 KM Secara Besar-Besaran!
Nio mendedahkan bateri keadaan-separa-pepejal pertama dunia yang dihasilkan secara besar-besaran.
08-04-2024
Pesaing Model Tesla S Dah Sampai
Nio ET9 dikatakan mampu menewaskan model EV popular yang lain.
27-12-2023
NIO ET5, EV Dengan Jarak Perjalanan 1000KM Bakal Diserahkan Kepada Pembeli Tak Lama Lagi
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, NIO, baru-baru ini telah mendedahkan foto-foto yang menunjukkan prototaip pengesahan ET5.
03-02-2022
Kumpulan Pertama NIO ES8 telah dihantar ke Norway
NIO, syarikat automobil yang berpangkalan di Shanghai telah memulakan penghantaran kumpulan pertama NIO ES8 dari Pelabuhan Waigaoqiao, Shanghai ke Norway pada 20 Julai lalu.
27-08-2021
Kilang Cip Malaysia Gantung Operasi – Tesla, Ford, Nissan Antara Yang Terkesan
Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor yang ketujuh terbesar di dunia.
25-08-2021
NIO Dapat Kelulusan, ES8 Sedia Tembusi Buat Pertama Kali Pasaran Luar Negara!
NIO mengesahkan bahawa kereta SUV elektrik pintarnya menerima proses Kelulusan Jenis Kenderaan Seluruh Eropah (EWVTA) baru-baru ini.
05-08-2021
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
