Proton X50 RC: Nampak Sama Tapi Ada 5 Perkara Anda Wajib Tahu!

Hasil review ini adalah penterjemahan daripada artikel bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman pandu uji rakan sekerja, Mukhlis Azman yang berpeluang menikmati pemanduan Proton X50 RC 2024 di litar ujian Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Shah Alam, baru-baru ini.
Proton X50 RC yang baru dilancarkan dua hari lepas bukannya model Facelift tetapi dinamakan sebagai Running Change (RC).

Sebab itu, ramai yang bising di halaman Facebook Proton X50 gara-gara tidak dapat mengesan sebarang perubahan pada model itu.

Pendek kata, model RC ini sebenarnya umpama model selingan, sementara menunggu ketibaan versi facelift yang mungkin tiba pada tahun hadapan.
Sebaliknya, Proton menyatakan bahawa penambahbaikan yang dilakukan pada X50 ini bertujuan untuk menangani aduan pelanggan, sebelum ini.


Untuk itu, ada 5 Perkara yang ada patut tahu mengenai Proton X50 RC 2024!
1. Nampak Sama?
Agak mengejutkan kerana Proton X50 RC 2024 tidak mempunyai sebarang perubahan pada reka bentuknya. Pendek kata, model lama dan baharu, nampak sama sahaja!

Ya, dari segi fizikalnya, tiada sebarang perubahan kosmetik dilakukan namun ia kelihatan agak segar dan mampu bersaing dengan beberapa pesaingnya yang lebih baharu.
Selain reka bentuk yang tidak berubah, X50 RC baharu juga tidak lagi didatangkan dengan warna Citric Orange.
2.Dapat Pelbagai Ciri Baharu
Biarpun, reka bentuknya tidak diubah dengan begitu ketara namun ia sebenarnya menerima pelbagai ciri-ciri yang menarik.


Antaranya ialah kluster instrumen digital sepenuhnya yang didatangkan untuk semua varian, manakala unit paparan utama (HUD) bersaiz 10.3-inci dipadankan dengan kamera undur.

Terdapat juga kamera 360-darjah (varian Premium dan Flagship) yang kini 3.3 kali lebih piksel, paparan titik buta, termasuk imej 3D sekeliling yang lebih jelas.


Untuk menunjukkan kebolehgunaan ciri kamera baharu ini, kami diminta untuk memandu unit pandu uji melalui beberapa halangan dan mengundur kereta semata-mata untuk menguji fungsi pandangan kamera 360 darjah itu.
Walaupun dengan semua titik buta dan tingkap ditutup, kami berjaya melepasi halangan dan meletakkan kereta secara mengundur dengan agak mudah.
Ini sekali gus membuktikan bahawa kamera yang dinaik taraf ini membantu meningkatkan lagi kebolehgunaan melalui paparan kamera 360 darjahnya.
Ciri lain ialah ciri X50 baharu kini didatangkan dengan pintu belakang berkuasa yang telah lama ditunggu-tunggu.


Malangnya, ia cuma ditawarkan secara eksklusif untuk varian 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship
3. Masih Tiada Android Auto, Apple CarPlay
Nampaknya, versi ini masih tidak mempunyai sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
Walaupun pembuat kereta itu sebelum ini menyatakan bahawa fungsi ini boleh ditambah melalui kemas kini perisian over-the-air (OTA), nampaknya Proton masih belum bersedia untuk berbuat demikian.


Sebaliknya, kedua-dua sambungan itu hanya akan didatangkan melalui pelancaran model baharu nanti.
Mujur, Proton X50 RC ini menyokong aplikasi penstriman muzik terbina dalam seperti Spotify dan Joox kerana ia paparan infotainmennya dilengkapi dengan cip pemproses dual quad-core dengan berkapasiti 2GB RAM dan kapasiti storan 64GB.
Malah, ketersambungan aplikasi telefon pintar Proton Link hanya tersedia untuk varian Executive dan seterusnya.
Menerusi PROTONLink, pemiliknya boleh menghidupkan enjin atau mengaktifkan pendingin hawa menerusi telefon pintar mereka.
4. Pemanduan Lebih Senyap
Mungkin peningkatan terbesar yang dibuat oleh jurutera Proton pada X50 RC baharu adalah pada tahap (kebisingan, gegaran, hingar) (NVH).

Dikhabarkan, lebih 20 poin NVH ditambahbaik untuk memberikan keselesaan yang lebih mantap.
Sebelum penambahbaikan ini, X50 dikatakan agak bising, di mana pelanggan kerap mengadu tentang bunyi yang datang dari enjinnya, serta sedikit bunyi daripada tayar, terutama ketika ia dipecut laju.

Setelah memandu di sekitar trek Proton pada kelajuan sehingga 120 km/j, kami agak gembira untuk melaporkan bahawa tahap NVH pada X50 baharu sememangnya telah bertambah baik.
Kedua-dua bunyi enjin dan masalah bunyi ngauman tayar dilihat agak berkurangan berbanding model sebelum ini.
Namun tidak dinafikan, reka bentuk bumbung berkotak SUV X50, ini pasti akan membuatkan si penghuni mendengar sedikit bunyi angin masuk ke dalam kabin.
Proton dikatakan mengambil masa yang agak lama menangani isu NVH.
Namun apa yang wajar dipuji ialah pemanduannya agak menyeronokkan disebabkan tetapan casis dan peredam yang ditala dengan begitu baik oleh pasukan dinamik kenderaan Proton yang terkenal.


Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia masih mengekalkan enjin 1.5L turbo tiga-silinder petrol yang mampu menghasilkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255 Nm.
5. Tiada Kenaikan Harga
Biarpun, ia menerima sedikit penambahbaikan namun itu tidak menjadi bahan untuk menaikkan harga model RC ini sebaliknya harganya tetap sama dengan model sebelum ini.
Malah, sempena pelancarannya, Proton mengumumkan diskaun tunai sebanyak RM7,000 bagi 5,000 pembeli pertama X50 RC 2024.
Proton turut menawarkan rebat RM1,500 untuk tawaran jual-beli (trade-in), RM6,000 untuk tawaran Value Added Features dengan kesemuanya berjumlah RM14,500.

Bagi yang berminat Proton X50 2024 didatangkan dalam 4 varian:
*1.5T Standard - RM 86,300
*1.5T Executive - RM93,300
*1.5TPremium - RM101,800
*1.5 TGDi Flagship - RM113,300

Secara kesimpulannya, kami menganggap peningkatan ini sudah memadai untuk X50 digunakan untuk beberapa tahun lagi, atau sekurang-kurangnya sehingga Proton memutuskan untuk memberikannya penambahbaikan yang lebih ketara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1753
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4661
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8493
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8148
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 20 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang
Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!
04-03-2026
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.
26-02-2026
Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian
Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) memperkenalkan Proton X50 Serba Baharu di Brunei , semalam.
16-01-2026
Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'
Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.
04-01-2026
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta
Seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Seremban, pagi tadi.
19-11-2025
Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen
Pemilik Proton X50 berpeluang menikmati tol percuma bernilai sehingga RM500 selama tiga bulan dengan menyertai kempen baharu bertemakan “Roar Forward, Ride Freedom.
18-11-2025
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat