Pusat 3S Nissan Berkonsep NRC-Next Kini Di Muar, Johor – Luas, Selesa, Profesional

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi mengumumkan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu Nissan yang menggunakan konsep runcit terkini, Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) di Muar, Johor.
Pusat 3S yang berkeluasan lebih daripada 8,000 kaki persegi ini diuruskan sepenuhnya oleh rakan pengedar, NM Supreme Sdn. Bhd.
Nissan Retail Concept (NRC-NEXT)

Konsep NRC-NEXT ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memperbaharui pusat-pusat pengedaran Nissan agar mencapai standard perkhidmatan bertaraf dunia, menjanjikan pengalaman yang lebih baik dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Melalui konsep ini, pelbagai kemudahan disediakan di dalam satu fasiliti.
Lokasi dan Fasiliti

Terletak di Jalan Meriam, Pusat 3S NM Supreme Nissan tampil menyerlah dengan logo Nissan dalam warna merah yang ikonik.
Melangkah masuk ke dalam Pusat 3S ini, pelanggan akan disajikan dengan ruang pameran yang luas, memuatkan sehingga enam kenderaan. Pasukan penasihat jualan yang berpengetahuan sentiasa bersedia untuk membantu.
Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Khoo Cheng Pah, mengucapkan tahniah kepada NM Supreme atas usaha mereka mendirikan Pusat 3S ini. Beliau menekankan pentingnya mematuhi NRC untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan bertaraf dunia.
“Inisiatif untuk menginovasikan pengedar Nissan dengan mematuhi konsep NRC adalah untuk memastikan pelanggan kami dapat menerima perkhidmatan bertaraf dunia di kemudahan terkemuka yang selaras dengan pengalaman jenama Nissan global,” katanya.
Kemudahan Lain

Pusat 3S NM Supreme Nissan dilengkapi dengan ruang rehat pelanggan yang selesa, akses Internet WIFI berkelajuan tinggi dan hidangan F&B percuma. Pelanggan juga boleh mendapatkan sesi pandu uji model Nissan terkini di sini.
Pusat pameran yang baru dilaburkan dengan kos berjumlah RM2 juta ini turut memiliki ruang khas untuk pelanggan mengambil kenderaan baharu.

Untuk perkhidmatan selepas jualan, pusat ini dilengkapi dengan empat ruang servis yang boleh menampung sehingga 16 kenderaan sehari, dengan kapasiti 352 kereta sebulan. Pusat servis yang berkeluasan lebih 4,000 kaki persegi ini menempatkan sepasukan pekerja profesional yang berkemahiran tinggi dan terlatih.
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Pusat 3S NM Supreme Nissan di Muar, Johor:

Alamat: No. 106, Jalan Meriam, 84000 Muar, Johor
Waktu operasi bilik pameran: Isnin-Sabtu (9.00 am-6.00pm) | Ahad (10.00 am-5.00 pm) | Cuti Umum (Tutup)
Waktu operasi pusat servis: Isnin-Jumaat (8.30 am-5.30 pm) | Sabtu (8.30 am-1.00 pm) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 06-952 3118 (Jualan) atau 06-954 1414 (Servis). Anda juga boleh menghantarkan emel kepada [email protected].

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pusat 3S Chery Auto Malaysia Kini Di Nilai, Negeri Sembilan
Chery Auto Malaysia telah mengumumkan pembukaan sebuah pusat pameran dan pusat servis baharu hasil kerjasama strategik dengan rakan pengedar, SS Mobile Sdn Bhd.
05-06-2024
Pusat 3S BYD Kini Dibuka Di Melaka
BYD Cars Malaysia telah melancarkan pembukaan Pusat 3S baharunya yang terletak di pusat bandar Melaka.
22-03-2024
Pusat 3S Proton Kini Di Puncak Jalil – Ruang Pameran, Servis, Pembaharuan Insurans
Proton telah mengembangkan rangkaian pengedarannya hari ini dengan membuka pusat 3S terbaru di Puncak Jalil.
22-05-2023
Tiga Pusat 3S BYD Kini Rasmi Dibuka Di Lembah Klang, Ini Waktu Operasinya...
Jenama BYD terus berkembang di Malaysia dengan pembukaan rasmi tiga cawangannya di sekitar Lembah Klang oleh Sime Darby Motors.
09-05-2023
Akan Dibuka Mac 2023! Pusat 3S Pertama BYD Di Sime Darby Motors Autocity, Ara Damansara
Sime Darby Motors dan rakan pengedarnya telah memperuntukkan pelaburan berjumlah RM500 juta untuk mewujudkan rangkaian bilik pameran BYD.
06-02-2023
Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!
Isuzu Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharu minggu ini.
02-11-2022
Mitsubishi Motors Malaysia Buka Pusat 3S Baharu di Rawang
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama-sama dengan rakan pengedar, Lofty Ambition (Rawang) Sdn Bhd telah mengumumkan pembukaan pusat 3S.
23-08-2022
Nissan Kini Boleh Dilihat Di Bilik Pameran Berkonsep, NRC-Next, Sandakan, Sabah
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah merasmikan pembukaan Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) terbaru.
28-05-2024
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

