ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Nissan Berkonsep NRC-Next Kini Di Muar, Johor – Luas, Selesa, Profesional

Sofea Najmi

Kongsi melalui

01-The-Official-Opening-of-NM-Supreme-Nissan-3S-Centre-in-Muar-Johor.jpg


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi mengumumkan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu Nissan yang menggunakan konsep runcit terkini, Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) di Muar, Johor. 


Pusat 3S yang berkeluasan lebih daripada 8,000 kaki persegi ini diuruskan sepenuhnya oleh rakan pengedar, NM Supreme Sdn. Bhd.


Nissan Retail Concept (NRC-NEXT)


08-Modern-and-comfortable-Aftersales-Service-reception-area.jpeg


Konsep NRC-NEXT ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memperbaharui pusat-pusat pengedaran Nissan agar mencapai standard perkhidmatan bertaraf dunia, menjanjikan pengalaman yang lebih baik dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Melalui konsep ini, pelbagai kemudahan disediakan di dalam satu fasiliti. 


Lokasi dan Fasiliti


05-New-vehicle-viewing-gallery-with-NRC-layout.jpg


Terletak di Jalan Meriam, Pusat 3S NM Supreme Nissan tampil menyerlah dengan logo Nissan dalam warna merah yang ikonik. 


Melangkah masuk ke dalam Pusat 3S ini, pelanggan akan disajikan dengan ruang pameran yang luas, memuatkan sehingga enam kenderaan. Pasukan penasihat jualan yang berpengetahuan sentiasa bersedia untuk membantu. 


Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Khoo Cheng Pah, mengucapkan tahniah kepada NM Supreme atas usaha mereka mendirikan Pusat 3S ini. Beliau menekankan pentingnya mematuhi NRC untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan bertaraf dunia.


“Inisiatif untuk menginovasikan pengedar Nissan dengan mematuhi konsep NRC adalah untuk memastikan pelanggan kami dapat menerima perkhidmatan bertaraf dunia di kemudahan terkemuka yang selaras dengan pengalaman jenama Nissan global,” katanya. 


Kemudahan Lain


07-Modern-Interior-and-premium-customer-lounge-with-a-relaxed-ambiance.jpg


Pusat 3S NM Supreme Nissan dilengkapi dengan ruang rehat pelanggan yang selesa, akses Internet WIFI berkelajuan tinggi dan hidangan F&B percuma. Pelanggan juga boleh mendapatkan sesi pandu uji model Nissan terkini di sini.


Pusat pameran yang baru dilaburkan dengan kos berjumlah RM2 juta ini turut memiliki ruang khas untuk pelanggan mengambil kenderaan baharu. 


09-NM-Supreme-is-equipped-with-4-service-bays-to-accomodate-high-efficiency-vehicle-service-operation.jpeg


Untuk perkhidmatan selepas jualan, pusat ini dilengkapi dengan empat ruang servis yang boleh menampung sehingga 16 kenderaan sehari, dengan kapasiti 352 kereta sebulan. Pusat  servis yang berkeluasan lebih 4,000 kaki persegi ini menempatkan sepasukan pekerja profesional yang berkemahiran tinggi dan terlatih. 


Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Pusat 3S NM Supreme Nissan di Muar, Johor:


04-NM-Supreme-Nissan-3S-Centre--with-new-NRC-in-Muar-Johor.jpg


Alamat: No. 106, Jalan Meriam, 84000 Muar, Johor


Waktu operasi bilik pameran: Isnin-Sabtu (9.00 am-6.00pm) |  Ahad (10.00 am-5.00 pm) | Cuti Umum (Tutup)


Waktu operasi pusat servis:  Isnin-Jumaat (8.30 am-5.30 pm) | Sabtu (8.30 am-1.00 pm) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)


Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 06-952 3118 (Jualan) atau 06-954 1414 (Servis). Anda juga boleh menghantarkan emel kepada nissanenquiry@supremegroup.com.my.

06-The-vehicle-display-area-features-the-star-car,-the-Nissan-Serena.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.