EV China Terbaru, Dongfeng Box S31, Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?
-full.webp)
Beberapa bulan kebelakangan ini, semakin banyak kemasukan jenama automatif baharu ke pasaran Malaysia, kali ini, giliran Dongfeng, setelah beberapa unit hatchback kenderaan elektrik (EV), Box S31, jenama tersebut dikesan di jalan raya.
PEKEMA Sebagai Pengedar Rasmi
Berdasarkan ‘siasatan’ lanjut, didapati bahawa jenama ini dibawa masuk oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), yang baru-baru ini dilantik sebagai pengimport dan pengedar rasmi jenama Dongfeng di Malaysia.
-full.webp)
-full.webp)
Salah seorang ahli PEKEMA, Datuk Zul Amin, melalui laman Facebooknya memaklumkan bahawa EV Dongfeng Box ini sebenarnya adalah unit pra-pengeluaran. Semua unit ini akan menjalani beberapa ujian jalan raya sebelum dilancarkan ke pasaran tempatan. Ujian jalan raya ini akan dijalankan oleh Dongfeng China bersama rakan kongsi mereka di Malaysia untuk mengoptimumkan tetapan pemanduan dan pengendalian kereta bagi jalan raya Malaysia.
Prestasi Dongfeng Box S31
-full.webp)
Dongfeng Box S31, juga dikenali sebagai Dongfeng Nammi 01 di pasaran China, ialah hatchback elektrik subkompak yang diperkenalkan buat pertama kalinya tahun lalu di pameran Auto Guangzhou 2023.
Produk EV peringkat permulaan (entry-level) Dongfeng, Nammi 01 ini ditawarkan dalam dua varian, dengan model Standard Range menggunakan pek bateri LFP 31.45 kWj yang lebih kecil, manakala varian lebih tinggi, Long Range, menggunakan bateri 42.3 kWj yang lebih besar.
Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. Model Standard Range menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian Long Range mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 430 km (CLTC).
Dimensi & Reka Bentuk Dongfeng Box S31
-full.webp)
Dari segi dimensi, Dongfeng Box S31 berukuran 4,030 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda 2,660 mm. Ini meletakkannya dalam kategori yang sama dengan crossover hatch elektrik, Neta V dari segi saiz, dengan Box hanya beberapa milimeter lebih pendek berbanding EV BYD Dolphin dan MG4.
-full.webp)
-full.webp)
Berbeza dengan Neta V, Dongfeng Box S31 merupakan sebuah hatchback elektrik yang lebih sporty, dengan ciri reka bentuk bergaya seperti pintu depan tanpa bingkai dengan pemegang pintu terbenam dan lampu LED segitiga yang unik serta rim aloi 16 atau 17 inci.
Pemasangan CKD Di Malaysia?
Selain menjadi pengimport dan pengedar tempatan jenama Dongfeng di Malaysia, PEKEMA juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan NevX Manufacturing Sdn Bhd untuk meneroka kemungkinan memasang secara tempatan (CKD) EV Dongfeng Box di Malaysia. Sekiranya model benar model ini akan dipasang di dalam negara, tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi sama akan turut ditawarkan dan adakah ia akan ditawarkan dalam harga mampu milik, mungkin di bawah RM100,000?
Nantikan perkembangan dari masa ke masa yang akan kami kongsikan. Ikuti kami di Facebook agar tidak ketinggalan!
Baca: Neta V Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Hujung Tahun Depan
Baca: Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX6356
SELANGOR
BSP9735
JOHOR
JYW5411
PULAU PINANG
PSC2423
PERAK
APH4205
PAHANG
CFG4856
KEDAH
KGF8580
NEGERI SEMBILAN
NEK3921
KOTA KINABALU
SJR8904
KUCHING
QAB7501N
Terakhir Kemas Kini 16 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat