ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Prius-FifthGen-GIIAS2024-(2).jpg


Selain Kia Carnival facelift versi hibrid, acara automotif besar-besaran, Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) ke-31 turut menyaksikan pelancaran model baharu ke pasaran Indonesia, Toyota Prius generasi kelima. Prius yang dipertontonkan sempena pelancaran model ini ialah versi hibrid (HEV) dan plug-in hibrid (PHEV). 


Prius HEV


Toyota-Prius-HEV-FifthGen-(2).jpgToyota-Prius-HEV-FifthGen-(1).jpgToyota-Prius-HEV-FifthGen-(4).jpgToyota-Prius-HEV-FifthGen-(5).jpg


Untuk pasaran Indonesia, Prius HEV menggunakan trenkuasa hibrid 1.8 liter dan bukannya varian 2.0 liter seperti di pasaran Jepun. Trenkuasa yang juga digunakan pada Corolla Cross Hybrid, terdiri daripada enjin petrol kitaran Atkinson VVT-i 2ZR-FXE aspirasi natural 4 silinder 1.8 liter yang digabungkan dengan motor elektrik tunggal dan transmisi automatik e-CVT, memberikan output sistem keseluruhan sebanyak 138 hp.


Prius PHEV


Toyota-Prius-PHEV-Japan-(4).jpg


Walaupun Toyota Indonesia belum membuka tempahan untuk Prius PHEV, model ini turut dipamerkan di GIIAS 2024. Versi trenkuasa ini pertama kalinya ditawarkan pada model Prius generasi kelima. Sistem PHEV ini menggunakan enjin petrol Dynamic Force aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter dengan output 149 hp dan 188 Nm, digabungkan dengan motor elektrik yang lebih berkuasa pada output 161 hp dan 208 Nm.


Toyota-Prius-PHEV-FifthGen-(2).jpgToyota-Prius-PHEV-FifthGen-(1).jpgToyota-Prius-PHEV-FifthGen-(4).jpgToyota-Prius-PHEV-FifthGen-(5).jpg


Menggunakan bateri 13.6 kWj, Prius PHEV mempunyai output sistem keseluruhan sebanyak 220 hp dan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya mencecah 105 km. Selain menggunakan enjin petrol Dynamic Force sebagai penjana, bateri kecil ini juga boleh dicas melalui pengecas AC sehingga 3.7 kW, yang mengambil masa kira-kira empat jam dan 30 minit untuk dicas sepenuhnya.


Reka Bentuk & Platform


Toyota-Prius-FifthGen-GIIAS2024-(3).jpg


Menggunakan platform TNGA yang telah diperbaharui, Prius generasi kelima ini lebih sporty dan elegan berbanding versi terdahulu. Ia tampil dalam gaya badan hatchback yang anggun dengan rupa depan hammerhead yang merupakan sentuhan eksklusif Toyota. 


Prius generasi terbaru ini telah meraih banyak anugerah antarabangsa sejak diperkenalkan buat pertama kali pada Disember 2022, termasuk Anugerah Kereta Terbaik Jepun 2023/24 dan Anugerah Kereta Terbaik NACTOY 2024.


Toyota-Prius-FifthGen-GIIAS2024-(1).jpg


Untuk pasaran Indonesia, Prius ditawarkan dalam warna kuning mustard, tetapi hanya dengan rim standard 17 inci berbanding rim lebih besar dan sporty yang terdapat di pasaran lain.


Kabin & Teknologi


Prius generasi kelima berkongsi banyak ciri yang sama dengan SUV elektrik, Toyota bZ4X untuk ruang dalamannya seperti kluster instrumen digital yang dipasang tinggi. Namun, pasaran Indonesia hanya mendapat unit infotainmen kecil berukuran 9 inci yang terletak di atas corong pendingin hawa tengah, berbeza dengan pasaran lain yang menggunakan unit 12.3 inci. 


Baca: Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!


Ciri Keselamatan ADAS


Walaupun begitu, pengguna di Indonesia masih mendapat pakej lengkap ADAS dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense 3.0. Ciri ADAS yang ada termasuk brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), lampu tinggi automatik (AHB) dan banyak lagi.


Harga dan Pelancaran


Prius HEV boleh dibeli melalui tempahan inden (indent order) iaitu penerimaan stok hanya selepas tempahan dengan waktu menunggu minimum selama 3 bulan pada harga  IDR 698 juta (~RM201,613). Harga yang berpatutan memandangkan model ini diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang Toyota di Tsutsumi, Aichi, Jepun. 


Potensi Pelancaran di Pasaran Malaysia


Toyota-Prius-PHEV-FifthGen-(3).jpgToyota-Prius-HEV-FifthGen-(3).jpg


Dengan pelancaran Prius generasi kelima baru di rantau ASEAN, timbul persoalan bilakah model hibrid ini akan memasuki pasaran Malaysia. Pengedar Toyota tempatan, UMW Toyota Motor (UMWT), telah mempertontonkan Prius terbaru ini dalam versi sporty,  24 Hour Le Mans Centennial GR Edition, semasa acara Beyond Zero pada awal tahun ini, jadi ada kemungkinan model ini akan tiba di pasaran kita dalam masa terdekat.


Baca: GIIAS 2024: Kia Carnival Facelift Dilancarkan di Indonesia – Ada Versi Hibrid, Cecah 242 HP!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

18-07-2024
Global

28-03-2024
Berita Auto

22-02-2024
Global

07-01-2024
Global

08-12-2023
Global

06-06-2023
Global

29-05-2023
Global

04-03-2023

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.