ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Prelude Versi Hibrid Bakal Dipasarkan di Eropah, Kemunculan Pertama di Festival Goodwood

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-Prelude-Hybrid-Teaser-1.jpg

Honda Prelude, model hibrid coupe sporty ini bakal muncul di hadapan orang ramai buat pertama kalinya di Goodwood Festival of Speed.

Honda telah mengesahkan bahawa model sporty, Prelude Concept yang diperkenalkan di Japan Mobility Show tahun lalu akan memasuki fasa pengeluaran sebagai sebuah coupe hibrid baharu. Sebelum mula dipasarkan di Eropah, model ini akan membuat kemunculan awam pertamanya di Goodwood Festival of Speed


Reka Bentuk dan Teknologi


Honda-Prelude-Hybrid-Teaser-14.jpg


Honda telah mendedahkan beberapa foto Prelude bersama dengan model generasi pertama dan model hibrid Honda lain sempena ulang tahun ke-25 teknologi hibrid syarikat. 


Tampil menyerlah di dalam warna merah menyala, Prelude, kelihatan tidak jauh berbeza daripada versi yang dipamerkan tahun lepas. Menurut Honda, model ini bakal menjadi model Prelude pertama yang akan menggunakan sistem trenkuasa separa elektrik. 


Honda-Prelude-Hybrid-Teaser-8.jpgHonda-Prelude-Hybrid-Teaser-3.jpgHonda-Prelude-Hybrid-Teaser-4.jpg


Honda bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai sistem trenkuasa ini namun, dijangkakan Prelude itu nanti akan menggunakan sistem hibrid e:HEV seperti yang ditawarkan pada Civic e:HEV RS dan CR-V e:HEV RS. Kedua-dua model ini menggunakan trenkuasa e:HEV yang terdiri daripada enjin petrol kitaran Atkinson empat silinder 2.0 liter dan dua motor elektrik dengan satu pek bateri kecil. 


Prestasi yang Boleh Dijangkakan


Honda-Civic-eHEV-RS-Ext-20.jpgweb_CariCarz_2023-Honda-Civic-Type-R_launch_TA_-35.jpg


Sistem trenkuasa e:HEV kitaran Atkinson 4 silinder 2.0 liter (kiri) & enjin K20C1 pengecas turbo 4 silinder 2.0 liter (kanan)


Walaupun mungkin ramai peminat berharap Prelude baharu akan dilengkapi dengan enjin berpengacas turbo K20C1 V-TEC yang digunakan pada Civic Type R  (FL5), Honda menegaskan bahawa Prelude ini bukanlah model terpantas atau paling sporty yang akan ditawarkan dalam barisan kereta mereka, kerana kebiasaannya dikhaskan untuk model Type R. 


Kepentingan Hibrid dalam Strategi Honda


Honda-Prelude-Hybrid-Teaser-2.jpg


Menurut Ketua Jurutera Honda, Tomoyuki Yamagami, Prelude kali ini bukan sahaja membuka satu lembaran baharu dalam evolusi teknologi hibrid mereka, tetapi juga sebuah produk hasil daripada penyelidikan dan pembangunan hibrid selama 25 tahun. 


Prelude menunjukkan kepentingan trenkuasa hibrid dalam strategi elektrifikasi Honda, selaras dengan komitmen syarikat Jepun ini untuk memasarkan 100% kenderaan elektrik atau sel bahan api hidrogen menjelang tahun 2040.


Pelancaran Prelude


Honda-Prelude-Hybrid-Teaser-9.jpg


Model ini bakal ditawarkan di pasaran Eropah tidak lama lagi dan membuat penampilan umum pertamanya semasa acara sukan permotoran, Goodwood Festival of Speed di England. Walaupun masih belum didedahkan sekiranya model ini akan memasuki pasaran antarabangsa lain, ia pasti akan menjadi ‘kegilaan’ peminat kereta sport dan JDM serata dunia. 

Baca: Jom ke Art of Speed 2024 pada 27-28 Julai ini! Apa yang Menarik?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3625

SELANGOR

BST3575

JOHOR

JD4073J

PULAU PINANG

PSF2146

PERAK

APL1472

PAHANG

CFH5857

KEDAH

KGH7835

NEGERI SEMBILAN

NEL6328

KOTA KINABALU

SJT8259

KUCHING

QAB4874P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-01-2026
Global

30-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Global

01-10-2025
Global

08-09-2025
Global

18-12-2024
Global

09-07-2024
Global

04-05-2024

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.