ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Ini Bukan Porsche Tapi Ora 07

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Porsche ke tu:

Su, kau bawa kereta Porsche ke tu,”? Itu antara soalan yang bertalu-talu dilontarkan oleh rakan-rakan ketika saya bertemu mereka dalam satu majlis reunion yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

"Ini bukan Porsche, tapi Ora 07 Long Range, jawab saya ringkas!

Untuk makluman anda juga, ini bukannya kereta Porsche tetapi ia adalah kereta Great Wall Motor Ora 07 Long Range versi elektrik yang turut dikenali sebagai Ora Lightning Cat.

Rupanya tidak saling tumpah seperti Porsche disebabkan perekanya adalah  Emanuel Derta, dimana beliau merupakan salah seorang daripada 'pasukan reka bentuk Porsche.

Maka, tidak hairanlah mengapa Ora 07 kelihatan mirip dengan Porsche!

Lagipun, bahagian hadapannya terutama lampu depannya yang berbentuk sedikit bujur antara punca utama yang membuatkannya ia hampir serupa dengan Porsche. 

image.png

Menjengah bahagian hadapannya, terdapat komponen ambilan udara  manakala lampu belakangnya juga berbentuk sedikit bujur. 

image.pngimage.png

Selain itu, ia juga hadir dengan tingkap tanpa-bingkai, bumbung kaca panoramik, rim roda bersaiz 18 inci dan spoiler belakang adaptif.

Secara keseluruhannya, potongan badannya yang membulat sehingga ke pintu belakang sebenarnya menampakkan ia sebagai model fastback yang agak sporty sehinggakan ia berjaya mencuri perhatian.

Ini mungkin kerana Ora 07 umpama pelanduk dua serupa dengan Porsche.

image.png

Dari segi dimensi,  Ora 07 membawakan ukuran sepanjang 4,871 mm, lebar 1,862 mm, tinggi 1,500 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,870 mm.

Dengan jarak roda yang agak panjang ini, saya tertanya-tanya sejauh manakah ruang kabin yang ditawarkan oleh salun EV ini.

Bagaimana dengan ruang kabin?

Fuh, kabinnya agak luas.

Sebaik saya melangkah masuk ke ruang kabin, nampaknya pihak syarikat menawarkan ruang yang mencukup untuk penumpang belakangnya dan saya 

image.png

mendapati bahagian dalam Ora 07 ini lebih lengkap dan mewah berbanding adiknya.

Menjengah bahagian kabinnya, ia direka dengan konsol tengah berbentuk-T.

Malah, tempat duduk hadapannya juga agak sporty, berventilasi dan hadir dengan dengan fungsi urutan.

image.pngimage.png

Bahagian kerusinya juga dibaluti dengan material berwarna hitam dan kemasan warna hitam ini juga digunakan di bahagian stereng.

Antara peralatan lain ialah terdapat dua skrin besar untuk instrumen dan infotainmen, masing-masing bersaiz 10.25-inci dan 12.3-inci, paparan head-up (HUD), pengecas wayarles, pelbagi pengecas USB, ada sistem pencahayaan ambient dan 11 speaker.

image.pngimage.png

Walaupun ia cukup sarat dengan  skrin, namun Ora 07 masih mempunyai beberapa butang fizikal pada konsol tengahnya, kerana ia masih menggunakan menempatkan tombol kawalan untuk sistem pendingin hawa pintar dan untuk memilih mod pemanduan.

Malangnya, kebanyakan setting Ora 07 termasuk  paparan iklim dan tetapan pemanduan, hanya boleh diakses melalui skrin infotainmen.

image.pngimage.png

Walaupun beberapa fungsi boleh diakses dengan hanya slide ke bawah,, beberapa fungsi utama, seperti yang berkaitan dengan ADAS, agak tersembunyidi dalam sistem infotainment.

Ini membuatkan pemandunya perlu  berhenti di tepi jalan untuk mengaksesnya dengan selamat. Pendek kata, pencariannya agak rumit.

Berbalik kepada tempat duduk belakangnya, saya dapati ia agak selesa dan luas manakala ruang kaki juga agak selesa, tidaklah begitu sempit.

image.pngimage.png

Oleh kerana garis bumbung fastback yang agak sporty, ini akan membuatkan ruang kepala bagi  orang tinggi yang duduk di belakang agak terhad sedikit . 

image.png

Begitupun, ia tetap menawarkan ruang but yang agak besar kerana ia berkeluasan 333 liter.

image.png

Hakikatnya, walaupun terdapat sedikit kekurangan, kami mendapati kabin Ora 07 adalah sebuah kereta sudah memadai untuk mereka yang sudah berkeluarga kerana ia  boleh memuatkan lima orang dewasa dengan begitu selesa.

Tidak akan wujud pertelingkahan dalam kereta mengenai ruang kabin yang sempit.

PEMANDUAN:

image.png

Di sebalik reka bentuknya yang mengancam, Great Wall Motor Ora 07 sebenarnya memberikan prestasi pemanduan yang cukup baik, walaupun dalam varian motor elektrik tunggal (varian Long Range)

Untuk pasaran Malaysia, GWM menawarkan dua varian dengan pilihan rangkaian kuasa motor elektrik tunggal pacuan roda depan (Long Range), atau versi Performance dengan motor elektrik berkembar dan sistem pacuan semua roda (AWD).

Sebaliknya, unit pandu uji ini adalah versi FWD dimana  Ora 07 dibekalkan dengan motor elektrik tunggal.

image.png

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan 340 Nm manakala kelajuan maksimumnya ialah 170 km/j. 

Bagi varian ini, ia hadir dengan lima mod pemanduan: Eco, Well Being (lingo GWM untuk mod 'Keselesaan'), Normal, Individual dan Sport.

image.pngimage.png

Jika anda memandu dengan mod Sports, apa yang boleh saya katakan ialah, ia   menawarkan tindak balas rangkaian kuasa yang paling bertenaga.

Bercakap mengenai kuasanya, walaupun terdapat persediaan rangkaian kuasa FWD, Ora 07 Long Range sebenarnya tidaklah begtitu understeer ketika mengambil selekoh tajam dan anda boleh melayan setiap selekoh dengan begitu yakin.

Selain itu, walaupun sesetengah EV terdedah dengan lambungan apabila memandu melebihi had laju lebuh raya, sebaliknya 07 agak  stabil. kadar kebisingan, gegaran dan kekasaran juga berada di tahap yang agak cemerlang.

image.png

Ini mungkin berkat daripada penggunaan tayar jenis Hankook Ventus s1 Evo 3 yang memberikan tahap cengkaman yang cukup padu.

Pendek kata, saya mendapati GWM Ora 07 Long Range adalah saloon EV yang cukup berkebolehan yang mampu memberikan keseimbangan yang baik antara prestasi dan keselesaan. 

Namun tidak dinafikan, ada yang berpendapat hamburan kuasanya yang rendah, tetapi saya berpendapat bahawa ini sebenarnya membawa satu lagi kelebihan kepada saloon EV ini iaitu…

Prestasi Bateri yang Mantap

image.png

Ia yang disumbat dengan bateri besi litium fosfat (LFP) berkapasiti  83.49-kWh yang sama seperti model Performance, menyebabkan GWM mendakwa bahawa Ora 07 boleh mencapai jarak gerak sehingga 640 KM (NEDC) dengan sekali cas.

Kenyataan GWM dilihat agak berasas memandangkan sepanjang tempoh seminggu Ora 07 berada di dalam tangan, kami berkesempatan memandunya sehingga 500 kilometer.

Sekiranya seseorang mengamalkan pemanduan yang lebih berhemah, saya berpendapat  EV ini tidak perlu dicas banyak kali kerana kadar bateri sedia ada mampu menampu perjalanan jauh.

image.pngimage.png

Ia yang menyokong platform LEMON 400 volt sekali gus membolehkan GWM, 07 Long Range menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 88 kW.

Dengan pengecasan DC, bateri Ora 07 ini mengambil masa 32 minit untuk dicas dari 30 mencapai 80 peratus.

CIRI KESELAMATAN?

Seperti diketahui umum, kereta-kereta keluaran dari China sebenarnya terkenal dengan beberapa ciri keselamatan terbaik dalam mana-mana kenderaan moden pada masa kini, dan GWM Ora 07 juga tidak terkecuali daripada senarai ini.

image.pngimage.png

Ciri keselamatan yang boleh didapati pada Ora 07 antaranya adalah Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Pemantau/Pengesan Bantuan Kekal Lorong, Amaran Keluar Lorong Bantuan Kesesakan Lalulintas dan banyak lagi.

Semua fungsi ADAS yang disebutkan tadi membuatkan  pemanduannya adalah  separa autonomi Tahap 3, iaitu lebih tinggi daripada kebanyakan kereta yang canggih.

image.png

Dengan adanya pelbagai fungsi ADAS, Ora 07 juga mendapat manfaat daripada beberapa bantuan digital lain yang membantu pemandu memandu saloon panjang ini dengan lebih mudah, terutamanya sistem pandangan kamera 360 darjah dan pelbagai sensor.

.Ditambah dengan sistem keselamatan pasif yang komprehensif, selain enam beg udara sekali gus membuatkan, Ora 07 dapat mengatasi seterunya dengan begitu mudah kerana ia cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

Mengenai warna, GWM Ora 07 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Crystal Purple, Amethyst Gray, dan Jade White. Sedan coupe elektrik (EV) empat-pintu ini ditawarkan pada harga RM169,800.

Sedan EV ini juga didatangkan dengan jaminan 6-tahun/150,000km, jaminan bateri 8-tahun/180,000km, penukaran bateri percuma jika SOC menurun bawah 70 peratus, dan jaminan badan 12-tahun.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan..

SPESIFIKASI

GWM ORA 07 LONG RANGE 

MOTOR1x Front e-motor
TRENKUASASingle-ratio, front-wheel-drive (FWD)
KUASA201 HP
TORK340 NM
0-100 KM/J7.9 saat
V-MAKS170 KM/H (claimed)
BATERI & PENGECASAN

Bateri:
83.49-kWh LFP-type

Pengecasn:
AC @ 11 kW
DC @ 88 kW (30-80% in 32 minutes)

JARAK GERAK640 KM (NEDC)
BERAT2,183 KG (claimed, kerb)
HARGARM169,800





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPY6516

SELANGOR

BSK1152

JOHOR

JYK8645

PULAU PINANG

PRV5857

PERAK

APC4390

PAHANG

CFE1290

KEDAH

KGC9419

NEGERI SEMBILAN

NEH5778

KOTA KINABALU

SJN6176

KUCHING

QAB4991M

Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.02

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.22

+0.07

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Global

10-07-2025
Global

03-07-2025
EV

06-09-2024
EV

26-07-2024
Berita Auto

24-07-2024
Kereta Baru

17-07-2024
Kereta Baru

21-06-2024
Kereta Baru

03-05-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.