MC7, Sesuai Sangat Untuk Pemandu Asia Pasifik!

Bagi membuktikan perkara itu, Continental Tyre Malaysia telah mengadakan sesi ujian di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, dua hari lepas.
Untuk makluman anda, sesi ini menggunakan model kereta Mercedes-AMG C43, Mercedes AMG GLA35, CLA 45S dan sedan A35.

Pasukan media diberi peluang untuk merasai empat jenis ujian: ujian brek pada laluan basah, ujian pengendalian di selekoh basah, ujian pengendalian laluan kering dan juga ujian cengkaman atas litar slalom.
Selepas menghabiskan separuh hari menguji kemampuan tayar mengenai MaxContact MC7 itu, ini yang kami dapat tahu:

Ujian Brek Pada Laluan Basah
Pihak Continental memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat penambahbaikan terhadap prestasi cengkaman basah MC7.


Hasilnya, cukup mengagumkan apabila saya sendiri yang menguji tayar itu apabila dapat memberhentikan kereta dalam jarak 33 meter pada permukaan yang basah.
Kelebihan tayar ini ia memberikan hentian yang cukup ekstrem atas permukaan jalan yang basah disebabkan Ciri 3D Laser-cut Slipes. Ciri itu dikatakan dapat meningkatkan cengkaman dan brek dalam situasi jalan basah atau hujan.
Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko aquaplaning dengan mengetepikan air melalui alur tayar.
Difahamkan, alur sisi yang dikenali sebagai Aquasipes itu dikatakan mampu untuk ‘memotong’ air dalam pelbagai sudut berbeza

Maka, tidak hairan mengapa saya dapat merasakan cengkaman tayarnya yang cukup ketara berbanding tayar pesaingnya yang turut diuji bagi membolehkan kami merasai perbezaannya.


Ujian Pengendalian Laluan Kering
Seperti kebanyakan tayar sporty berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 menawarkan pengendalian yang cukup cemerlang di kawasan kering.
Gara-gara beberapa ciri baharunya yang dipertingkatkan, MC7 dilihat mampu mengatasi beberapa seterunya dengan begitu mudah.

Untuk menguji prestasi cengkaman di laluan kering, kami ditugaskan untuk mencuba Mercedes-AMG CLA45 S yang dilengkapi tayar MC7 dan sebuah lagi unit menggunakan jenama pesaing di litar Slalom.
Seperti mana yang diramalkan, kami berjaya mencatat masa yang lebih pantas menggunakan kereta yang dilengkapi MC7 berbanding kereta yang menggunakan tayar jenama pesaing.
Walaupun perbezaan masa antara MC7 dan pesaingnya adalah dalam milisaat, kami menganggap perbezaan ini boleh menjadi ketara jika berada dalam situasi sebenar.


Menurut Continental Tyres, ia menawarkan cengkaman yang padu di laluan kering disebabkan MC7 mempunyai sebatian ReFlex bagi memindahkan tenaga kinetik kepada haba ketika membrek.
Selain itu, MC7 turut emaksimum permukaan sentuhan jalan bagi mencipta jejak lebih luas dengan bunga tayar Cornering Macroblocks.


Selain memberikan prestasi yang cukup hebat di kawasan selekoh tajam, cengkaman kering tambahan ini juga membolehkan pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.
Biarpun, kami tidak mengujinya dengan tepat, Continental Tyres juga mendakwa sebatian silika ReFlex pada MC7 telah dirumus untuk memberikan rintangan yang lebih tinggi kepada tayar, sekali gus menjanjikan jangka hayat yang lebih lama.
Walaupun kami tidak mengujinya dengan tepat, Continental Tyres juga mendakwa sebatian silika ReFlex pada MC7 telah dirumus untuk memberikan rintangan yang lebih tinggi kepada tayar, sekali gus menjanjikan jangka hayat yang lebih lama.
Kurang Bunyi Tayar

Sama seperti model tayar Continental yang lain, pihak syarikat itu memberi banyak penekanan bahawa tayar MaxContact MC7 baharu ini mempunyai tahap bunyi yang cukup senyap berbanding pesaingnya.
Kenyataan mereka dilihat berasas kerana ketika saya menguji MC7, tayar ini sememangnya mengeluarkan bunyi ngauman atau bunyi tayar yang agak minima ketika memandu di atas permukaan SIC.
Walaupun pada kelajuan yang lebih tinggi, paras hingar adalah agak minimum, dengan bunyi yang lebih ketara datang daripada bunyi deruan enjin kereta AMG, apatah lagi bunyi angin yang kuat pada kelajuan tinggi.

Ini kerana pihak media difahamkan bahawa MC7 didatangkan dengan ciri Two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang sudah dinaik taraf untuk memecahkan gelombang bunyi.
Dengan adanya ciri itu, ia juga sebenarnya menghalang bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta.

Secara lumrahnya, kebanyakan tayar sports berprestasi tinggi terkenal dengan bunyi yang kuat ketika memandu, namun lain pula buat MC7 kerana berjaya menahan beberapa bunyi dengan baik, selain menjanjikan pemanduan yang lebih senyap walaupun dengan tayar yang sporty.
Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa Continental MaxContact MC7 merupakan tayar yang cukup mantap untuk dipertimbangnya teruatama bagi mereka yang sedang mencari tayar sports berprestasi tinggi .
Untuk makluman anda, tayar MC7 ini didapati dari saiz 16 hingga 21 inci dan boleh dibeli di semua pengedar sah Continential Tyre atau KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE672
SELANGOR
BSK9378
JOHOR
JYN620
PULAU PINANG
PRW6413
PERAK
APD4305
PAHANG
CFE4778
KEDAH
KGD4675
NEGERI SEMBILAN
NEH9352
KOTA KINABALU
SJP3254
KUCHING
QAB7550M
Terakhir Kemas Kini 18 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Continental MaxContact MC7: Kestabilan Luar Biasa Walau Laju Di Selekoh, Khas Untuk Asia Pasifik
Continental Tyres telah melancarkan tayar baharu berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 yang dibangunkan khas untuk pasaran Asia Pasifik (APAC). Ini teknologi yang digunakan.
17-04-2024
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
