ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

SUV Elektrik, Neta X, Harga Marhaen, Yang Penting LUAS SANGAT!

Suhana Veru

Kongsi melalui

HQ-Neta_.jpg

Pada minggu lepas, penulis berkesempatan menguji Neta X secara bergilir-gilir dengan media lain di sekitar Shah Alam.

Pada mulanya, pihak Neta mahu membawa kumpulan media ke  Genting Highlands, Pahang untuk menguji  jentera terbaharu mereka.

Namun disebabkan kesesakan lalu lintas berikutan cuti panjang sempena Awal Muharram, rancangan itu terpaksa dibatalkan, pada saat-saat akhir.

neta-x.jpg

Jadi, secara jujurnya, penulis sebenarnya tidak dapat menikmati pemanduan sebenar Neta X, namun sesi pandu uji ringkat membuatkan saya tidak menolak pemanduan SUV ini sebenarnya boleh tahan.

KABIN RINGKAS TAPI..

Untuk sesi pertama, wakil media dari Automachi membawa Neta X varian 500 Luxury dari ibu pejabat Neta menghala ke sebuah taman untuk mengadakan sesi penggambaran.

belakang-luas-1.jpg

Sepanjang perjalanan, saya mendapati ruang untuk bahagian belakang sememangnya cukup luas.

Apa tidaknya, ruang untuk kaki dan kepala juga dilihat cukup memadai  untuk orang dewasa yang mempunyai ketinggian lebih 180 sentimeter.

Ruang-kepala_.jpgKABIN_.jpg

Bahagian tempat duduk belakangnya dilihat agak besar dan luas disebabkan ia didatangkan dengan jarak rodanya sehingga 2770 mm.

Selain itu, bahagian dalamannya juga kelihatan cukup ringkas dimana varian ini menawarkan   dua pemegang cawan di tengah-tengah selain terdapat corong penghawa dingin.

kabin-2.jpg

Tidak ketinggalan,  permukaan bahagian dalaman kenderaan itu dilitupi sehingga 80 peratus dengan bahan sentuhan lembut (soft touch), jadi dengan sentuhan itu, ia berasa agak selesa.

Bahagian kerusinya juga agak selesa dan boleh memuatkan tiga orang dalam satu masa manakala kemasan jahitan di tempat duduknya dan sisi panel pintu juga didatangkan dengan jahitan berwarna merah.

Menjengah bahagian kokpitnya, terdapat skrin paparan infotainmen bersaiz 15.6 inci yang mempunyai ciri pintar seperti bantuan suara Neta Ai, dan terdapat  pengecas wayarles.

kokpt_.jpg

Dari segi ruang penyimpanan barang, penulis berpendapat ia sudah memadai memandangkan di bawah konsol tengah terdapat ruang kecil yang membolehkan anda meletakkan beg duit mahupun kunci kereta.

socke.jpgRUANG-lagi_.jpg

Bersebelahan dengan pengecas telefon bimbit, terdapat juga dua pemegang cawan bagi membolehkan si pemandu dan penumpang depan meletakkan minuman masing-masing.

Difahamkan, skrin utama 15.6 inci itu sebenarnya  boleh disambungkan dengan  ciri Apple CarPlay namun ciri itu  hanya akan ditawarkan menjelang suku keempat tahun ini. 

Itu sahaja yang saya sempat saya belek mengenai kabin  varian teratas ini!

LUARAN:

Sebaik kami tiba di taman, kami segera melakukan sesi penggambaran.

HEADLIGHT_.jpg

Melihat bahagian luarannya, ia didatangkan tanpa gril manakala lampu depannya juga kelihatan cukup nipis dan terdpaat juga lampu kabus depa yang digalak untuk dipasang ketika cuaca berkabus, hujan lebat, jerebu, atau ribut.

WhatsApp-Image-2024-07-09-at-12.19.22.jpgPEMEGANG-KERETA_.jpg

Bagi kenderaan elektrik ini, ia didatangkan dengan pemegang pintu jenis terkeluar bukannya jenis yang tersembunyi.

Jadi, ia sebenarnya mudah bagi mereka yang mahu berjinak -jinak dalam menggunakan kenderaan elektrik yang pertama.

PROFIL-SISI_.jpgroda1.jpg

Menjengah bahagian sisinya, jentera ini didatangkan dengan rim   bersaiz 18-inci dengan profil tayar 225/60R18 manakala bahagian lampu belakangnya juga agak tajam membuatkan ia kelihatan sedikit sporty dan agresif.

lampu-belakang_.jpg

Menyentuh mengenai bahagian belakang ruang but jentera ini adalah seluas 508 liter namun saiznya itu boleh dibesarkan dengan merebahkan kerusi belakang dimana kapasiti maksimum untuk barangan akan menjadi 1,388 liter.

Boot-Space.jpg

Ruang butnya itu sebenarnya tidak menjadi masalah besar kerana ia menawarkan ruang yang amat mencukupi.

Sebagai bukti, anda boleh melihat gambar di atas, kami menyumbat pelbagai barangan seperti beg galas, beg kamera dan beberapa barangan lain namun ia  masih menawarkan ruang untuk membolehkan anda meletakkan barangan lain.

panaromik_.jpgWhatsApp-Image-2024-07-09-at-11.23.17.jpg

Secara keseluruhannya, reka bentuk  Neta X dan bahagian kabinnya dilihat agak moden dan mengikut trend EV yang lain.

Jadim SUV elektrik ini dilihat cukup sesuai untuk yang sudah berkeluarga mahupun bagi yang mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Namun, ini tidak bermakna ia tidak sesuai untuk golongan muda namun semuanya bergantung poket anda!

PANDU UJI

Sebaik selesai sesi penggambaran, kami kemudian menghala ke Jalan Setia Nusantara, Shah Alam untuk menikmati makan tengah hari.

Sambil menikmati hidangan Thailand, kami dimaklumkan daripada wakil Neta bahawa Neta X akan secara rasminya dilancarkan pada 25 Julai ini.

Sedikit info yang dapat dikorek ialah, ia akan didatangkan dengan tiga varian: Neta X 400 Comfort, Luxury dan 500 Luxury.

Charging.jpgenjin-bv.jpg

Antara perbezaan utama ialah model 400 dan 500 Neta X ialah kapasiti bateri dan jarak pemanduannya dimana Neta X 400 menawarkan jarak perjalanan sejauh 323 km, manakala versi 500 pula boleh dipandu sejauh 410 km dengan hanya sekali cas.

Mengenai trenkuasanya, motor elektriknya dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 120 kW dan 210 Nm tork, dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg-udara termasuk sistem ADAS dengan 11 sensor.

Antaranya seperti amaran perlanggaran depan, AEB, amaran penukaran lorong, ACC kelajuan penuh, bantuan mengekalkan lorong, bantuan melayar pintar, pengesanan papan tanda trafik, bantuan lampu tinggi dan sistem kecemasan pengekalan lorong.

Sebaik selesai menikmati hidangan, team kami pulang dengan menaiki varian Comfort.

Bagi varian asas ini, saya tidak sempat membeleknya dengan terperinci kerana tumpuan saya adalah lebih kepada pandu uji.

Ketika melakukan pemanduan di sekitar jalan raya yang biasa, pemanduannya dilihat cukup selesa berbanding dengan seterunya terdekatnya yang pernah saya uji sebelum ini.

Ketika saya memecut pada kelajuan 120 kilometer sejam, saya tidak merasai pemanduannya itu sebenarnya sudah melebihi had laju sehinggalah rakan sekerja saya di sebelah meminta saya untuk mengurangkan  kelajuannya.

Sisi-kedua_.jpg

Sepanjang pemanduan, tiada bunyi bising yang masuk ke dalam kabin manakala sistem breknya juga agak cekap dan lembut.

Selain itu, tidak banyak yang dapat dirungkai cuma apa yang saya boleh katakan ialah Neta X adalah sebuah model SUV elektrik yang tidak sia-sia untuk dibeli.

logo-neta_.jpg

Jika, anda tidak percaya, apa kata anda cuba uji jentera ini?

Apapun, spesifikasi terperinci dan harga jualannya akan didedahkan pada hari pelancarannya dalam dua minggu lagi.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPT1532

SELANGOR

BSH9445

JOHOR

JYH1362

PULAU PINANG

PRU2547

PERAK

APB3539

PAHANG

CFD5372

KEDAH

KGC3642

NEGERI SEMBILAN

NEH1759

KOTA KINABALU

SJM7132

KUCHING

QAB2092M

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024,  5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!

Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!

Wakil Carz.com.my berpeluang memandu uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, baru-baru ini, ini 5 perkara yang kami dapat korek.

19-10-2024
Berita Auto
Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG

Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG

NMSB tubuhkan kilang pertama di Malaysia bagi tujuan pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Operasi dijangka mula pada 2025.

12-01-2024
Kereta Baru
Neta X: Ada 3 Varian, Harga Bermula Dari RM119K

Neta X: Ada 3 Varian, Harga Bermula Dari RM119K

Ada tawaran menarik bagi yang menempah Neta X bermula dari hari ini hingga 31 Julai 2024.

25-07-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.