SUV Elektrik, Neta X, Harga Marhaen, Yang Penting LUAS SANGAT!
Pada minggu lepas, penulis berkesempatan menguji Neta X secara bergilir-gilir dengan media lain di sekitar Shah Alam.
Pada mulanya, pihak Neta mahu membawa kumpulan media ke Genting Highlands, Pahang untuk menguji jentera terbaharu mereka.
Namun disebabkan kesesakan lalu lintas berikutan cuti panjang sempena Awal Muharram, rancangan itu terpaksa dibatalkan, pada saat-saat akhir.
Jadi, secara jujurnya, penulis sebenarnya tidak dapat menikmati pemanduan sebenar Neta X, namun sesi pandu uji ringkat membuatkan saya tidak menolak pemanduan SUV ini sebenarnya boleh tahan.
KABIN RINGKAS TAPI..
Untuk sesi pertama, wakil media dari Automachi membawa Neta X varian 500 Luxury dari ibu pejabat Neta menghala ke sebuah taman untuk mengadakan sesi penggambaran.
Sepanjang perjalanan, saya mendapati ruang untuk bahagian belakang sememangnya cukup luas.
Apa tidaknya, ruang untuk kaki dan kepala juga dilihat cukup memadai untuk orang dewasa yang mempunyai ketinggian lebih 180 sentimeter.
Bahagian tempat duduk belakangnya dilihat agak besar dan luas disebabkan ia didatangkan dengan jarak rodanya sehingga 2770 mm.
Selain itu, bahagian dalamannya juga kelihatan cukup ringkas dimana varian ini menawarkan dua pemegang cawan di tengah-tengah selain terdapat corong penghawa dingin.
Tidak ketinggalan, permukaan bahagian dalaman kenderaan itu dilitupi sehingga 80 peratus dengan bahan sentuhan lembut (soft touch), jadi dengan sentuhan itu, ia berasa agak selesa.
Bahagian kerusinya juga agak selesa dan boleh memuatkan tiga orang dalam satu masa manakala kemasan jahitan di tempat duduknya dan sisi panel pintu juga didatangkan dengan jahitan berwarna merah.
Menjengah bahagian kokpitnya, terdapat skrin paparan infotainmen bersaiz 15.6 inci yang mempunyai ciri pintar seperti bantuan suara Neta Ai, dan terdapat pengecas wayarles.
Dari segi ruang penyimpanan barang, penulis berpendapat ia sudah memadai memandangkan di bawah konsol tengah terdapat ruang kecil yang membolehkan anda meletakkan beg duit mahupun kunci kereta.
Bersebelahan dengan pengecas telefon bimbit, terdapat juga dua pemegang cawan bagi membolehkan si pemandu dan penumpang depan meletakkan minuman masing-masing.
Difahamkan, skrin utama 15.6 inci itu sebenarnya boleh disambungkan dengan ciri Apple CarPlay namun ciri itu hanya akan ditawarkan menjelang suku keempat tahun ini.
Itu sahaja yang saya sempat saya belek mengenai kabin varian teratas ini!
LUARAN:
Sebaik kami tiba di taman, kami segera melakukan sesi penggambaran.
Melihat bahagian luarannya, ia didatangkan tanpa gril manakala lampu depannya juga kelihatan cukup nipis dan terdpaat juga lampu kabus depa yang digalak untuk dipasang ketika cuaca berkabus, hujan lebat, jerebu, atau ribut.
Bagi kenderaan elektrik ini, ia didatangkan dengan pemegang pintu jenis terkeluar bukannya jenis yang tersembunyi.
Jadi, ia sebenarnya mudah bagi mereka yang mahu berjinak -jinak dalam menggunakan kenderaan elektrik yang pertama.
Menjengah bahagian sisinya, jentera ini didatangkan dengan rim bersaiz 18-inci dengan profil tayar 225/60R18 manakala bahagian lampu belakangnya juga agak tajam membuatkan ia kelihatan sedikit sporty dan agresif.
Menyentuh mengenai bahagian belakang ruang but jentera ini adalah seluas 508 liter namun saiznya itu boleh dibesarkan dengan merebahkan kerusi belakang dimana kapasiti maksimum untuk barangan akan menjadi 1,388 liter.
Ruang butnya itu sebenarnya tidak menjadi masalah besar kerana ia menawarkan ruang yang amat mencukupi.
Sebagai bukti, anda boleh melihat gambar di atas, kami menyumbat pelbagai barangan seperti beg galas, beg kamera dan beberapa barangan lain namun ia masih menawarkan ruang untuk membolehkan anda meletakkan barangan lain.
Secara keseluruhannya, reka bentuk Neta X dan bahagian kabinnya dilihat agak moden dan mengikut trend EV yang lain.
Jadim SUV elektrik ini dilihat cukup sesuai untuk yang sudah berkeluarga mahupun bagi yang mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Namun, ini tidak bermakna ia tidak sesuai untuk golongan muda namun semuanya bergantung poket anda!
PANDU UJI
Sebaik selesai sesi penggambaran, kami kemudian menghala ke Jalan Setia Nusantara, Shah Alam untuk menikmati makan tengah hari.
Sambil menikmati hidangan Thailand, kami dimaklumkan daripada wakil Neta bahawa Neta X akan secara rasminya dilancarkan pada 25 Julai ini.
Sedikit info yang dapat dikorek ialah, ia akan didatangkan dengan tiga varian: Neta X 400 Comfort, Luxury dan 500 Luxury.
Antara perbezaan utama ialah model 400 dan 500 Neta X ialah kapasiti bateri dan jarak pemanduannya dimana Neta X 400 menawarkan jarak perjalanan sejauh 323 km, manakala versi 500 pula boleh dipandu sejauh 410 km dengan hanya sekali cas.
Mengenai trenkuasanya, motor elektriknya dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 120 kW dan 210 Nm tork, dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg-udara termasuk sistem ADAS dengan 11 sensor.
Antaranya seperti amaran perlanggaran depan, AEB, amaran penukaran lorong, ACC kelajuan penuh, bantuan mengekalkan lorong, bantuan melayar pintar, pengesanan papan tanda trafik, bantuan lampu tinggi dan sistem kecemasan pengekalan lorong.
Sebaik selesai menikmati hidangan, team kami pulang dengan menaiki varian Comfort.
Bagi varian asas ini, saya tidak sempat membeleknya dengan terperinci kerana tumpuan saya adalah lebih kepada pandu uji.
Ketika melakukan pemanduan di sekitar jalan raya yang biasa, pemanduannya dilihat cukup selesa berbanding dengan seterunya terdekatnya yang pernah saya uji sebelum ini.
Ketika saya memecut pada kelajuan 120 kilometer sejam, saya tidak merasai pemanduannya itu sebenarnya sudah melebihi had laju sehinggalah rakan sekerja saya di sebelah meminta saya untuk mengurangkan kelajuannya.
Sepanjang pemanduan, tiada bunyi bising yang masuk ke dalam kabin manakala sistem breknya juga agak cekap dan lembut.
Selain itu, tidak banyak yang dapat dirungkai cuma apa yang saya boleh katakan ialah Neta X adalah sebuah model SUV elektrik yang tidak sia-sia untuk dibeli.
Jika, anda tidak percaya, apa kata anda cuba uji jentera ini?
Apapun, spesifikasi terperinci dan harga jualannya akan didedahkan pada hari pelancarannya dalam dua minggu lagi.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG5175
SELANGOR
BSF5345
JOHOR
JYA5731
PULAU PINANG
PRR5290
PERAK
ANW7139
PAHANG
CFC1589
KEDAH
KGA9562
NEGERI SEMBILAN
NEG2489
KOTA KINABALU
SJL3281
KUCHING
QAB5201L
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Terkini
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat