ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tiggo-7-Sport-(7).jpg


Seperti yang diketahui umum, Land Rover kini bekerjasama dengan Chery Auto Group, jadi tidak hairan mengapa reka bentuk kenderaan yang dihasilkan di bawah syarikat China tersebut kelihatan hampir sama dengan jenama mewah British itu walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, contoh terbaru, Jaecoo J7 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. 


Kali ini, model terbaru yang menerima "sentuhan jenama Land Rover" ialah Chery Tiggo 7 Sport, yang dihasilkan eksklusif untuk pasaran China. Varian ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September akan datang. 


Reka Bentuk Chery Tiggo 7 Sport


image-(75).jpg


Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, beberapa unit Chery Tiggo 7 Sport sudah mula kelihatan di bilik pameran Chery di China. Berdasarkan foto yang dikongsikan di media sosial, rekaannya sangat menyerupai jenama British itu, terutamanya di bahagian hadapan misalnya gril, bampar, lampu, fender dan penutup bonet. Lampu nyalaan siang (DRL) pula kelihatan tidak jauh berbeza daripada  DRL Range Rover Evoque.


Tiggo-7-Sport-(1).jpg


Di sudut belakang pula, rekaan asal yang dapat dilihat pada Jaecoo J7 (juga diinspirasikan daripada Range Rover) dapat dilihat pada model ini, misalnya rekaan lampu belakang. Bagaimanapun untuk Chery Tiggo 7 Sport, gaya ranggi sudut ini kelihatan lebih menonjol dengan penggunaaan plat pelindung (skid plate) yang lebih besar. Profil sisinya juga agak serupa dengan J7, dengan pemegang pintu jenis terbenam dan rak bumbung.


Walaupun tampil ranggi seperti Jaecoo J7 dan Range Rover, Chery Tiggo 7 Sport lebih direka untuk penggunaan di bandar dan bukannya laluan off-road yang mencabar. 


Kabin Chery Tiggo 7 Sport


image-(78).jpg


Sentuhan Jaecoo J7 juga dapat dilihat pada bahagian kabin Chery Tiggo 7 Sport yang turut menggunakan panel kluster instrumen jenis terapung, skrin infotainmen menegak yang besar, gear yang besar dan corong pendingin hawa jenis ‘through-type’. Bagaimanapun, model ini diberikan tema warna tan yang menyerlahkan aura premiumnya. 


Trenkuasa Chery Tiggo 7 Sport  


Butiran enjin untuk Chery Tiggo 7 Sport masih belum diumumkan secara rasmi, kemungkinan besar ia menggunakan enjin 1.6 liter  turbo seperti Jaecoo J7 yang menghamburkan kuasa sebanyak 192 hp dan 290 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi dwi-klac tujuh kelajuan.  Ia juga dilaporkan akan diberikan enjin 2.0 liter turbo yang lebih berkuasa dengan output 252 hp dan 390 Nm. 


Jangkaan Harga Jualan Chery Tiggo 7 Sport


Chery Tiggo 7 Sport dijangka akan dijual pada harga sekitar RMB 100,000 (~RM 61,000).

Baca: SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800

Baca: [PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Global
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

06-08-2024
Berita Auto

05-08-2024
Pandu Uji

22-06-2024

Berita Terkini

Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.