UMWT Catat Prestasi Kukuh, Serah 8,500 Unit Kenderaan Pada Ogos 2024
-full.jpg)
UMWT serah 8,500 unit kenderaan pada Ogos 2024.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan prestasi jualan yang kukuh pada Ogos 2024 dengan penyerahan sebanyak 8,500 unit kenderaan. Pencapaian ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh model Vios, Hilux dan Corolla.
Prestasi Kekal Kukuh


-full.jpg)
Sebahagian besar jualan UMWT pada bulan Ogos 2024 disumbangkan oleh model Vios (kiri), Hilux (atas) dan Corolla (kanan).
Walaupun terdapat penurunan sebanyak 500 unit berbanding 9,000 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, jumlah kenderaan yang diserahkan sejak awal tahun sehingga kini (YTD) UMWT terus meningkat dengan angka keseluruhan mencecah kira-kira 64,000 unit setakat Ogos 2024.
Pembukaan Pusat 3S di Sarawak
Ogos 2024 juga merupakan bulan yang penting bagi UMWT dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Kota Samarahan, Sarawak. Selain itu, UMWT turut membuka tempahan untuk tiga model yang telah dikemaskini iaitu Hilux, Fortuner dan GR86.
Hilux dan Fortuner Dikemaskini bagi Tahun 2024

Trak pikap Hilux varian 2.4 Single Cab dan ke atas kini didatangkan standard dengan ciri kawalan kestabilan kenderaan (VSC). Ciri baharu lain yang ditawarkan pada varian tertentu adalah penghidup enjin dari jarak jauh, pandangan keliling panoramik dan pad pengecas tanpa wayar.
Untuk model kembarnya pula, Fortuner, kini diberikan ciri penghidup enjin dari jarak jauh untuk varian tertinggi. UMWT juga memperkenalkan pakej aerokit GR sebagai pilihan tambahan untuk varian tertentu.
Baca: Tempahan Toyota Hilux & Fortuner 2024 Kini Dibuka – Dari RM104K & RM195K
GR86 Diperbaharui untuk 2024

Bagi tahun 2024, model coupe sport GR86 diberikan peningkatan dalam aspek pengendalian dengan suspensi yang dipertingkat untuk pengendalian yang lebih tajam dan responsif. Selain itu, model popular ini turut didatangkan standard dengan perakam video digital (DVR) depan dan belakang.
Menurut Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, "Penambahbaikan yang dibuat ke atas ketiga-tiga model ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang mengutamakan inovasi dan kepuasan pelanggan."
Baca: Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K
Tawaran Istimewa Sepanjang September 2024
Sepanjang bulan September 2024 ini, UMWT menawarkan promosi istimewa kepada para pelanggan. Antara tawaran menarik yang kini sedang berlangsung adalah promosi diskaun sebanyak RM9,500 serta ansuran bulanan serendah RM658 untuk Toyota Yaris.
Selain itu, Program Toyota Service Savers yang membolehkan pelanggan membuat bayaran secara ansuran serendah RM31 untuk servis selepas jualan juga masih ditawarkan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY1803
SELANGOR
BSU9834
JOHOR
JH3013J
PULAU PINANG
PSH3581
PERAK
APM8691
PAHANG
CFJ3890
KEDAH
KGJ7846
NEGERI SEMBILAN
NEM5645
KOTA KINABALU
SJV1472
KUCHING
QAB9852P
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser
Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.
31-07-2025
Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan
Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.
25-06-2025
Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?
Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.
23-05-2025
UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025
Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.
20-05-2025
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

