Video Mazda CX-5 Facelift Bocor, Dilancarkan 30 Januari Ini Di Malaysia
Foto di atas memaparkan Mazda CX-5 versi pasaran luar negara. Dijangkaka,n Mazda CX-5 generasi kedua untuk pasaran tempatan hadir dalam reka bentuk yang sama.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Bermaz Auto telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan empat SUV baharu tahun ini, dan salah satunya, Mazda CX-5 Facelift akan ditawarkan tidak lama lagi. Perkara ini disahkan melalui perkongsian yang dibuat di media sosial, Facebook dan Instagram yang mendedahkan tarikh pelancaran pada 30 Januari 2024.
Menjelang pelancaran rasmi model ini, salah satu pengedar Mazda telah mengambil inisiatif untuk ‘menghangatkan’ pasaran dengan mempertontonkan reka bentuk luaran dan beberapa sudut dalam kabin yang berkemungkinan besar daripada CX-5 Facelift spesifikasi tempatan melalui sebuah video di Facebook:
Seperti sebelum ini, CX-5 Facelift juga dijangka akan dipasang di dalam negara (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah, dan akan ditawarkan dalam lima varian. Buat masa ini, harga jualannya masih belum disahkan, namun berdasarkan risalah harga yang tersebar di media sosial, CX-5 Facelift dikatakan akan dijual dalam lingkungan harga RM154,779.20 hingga RM199,470.40.
Dari segi rekaan, CX-5 generasi kedua yang diperbaharui ini akan diberikan beberapa sentuhan baharu. Seperti yang dapat dilihat melalui video yang dikongsikan pengedar tersebut, lampu hadapan, lampu belakang, gril, bampar hadapan dan belakang serta rim aloi model facelift ini tampil dalam rekaan baharu.
Antara sudut-sudut yang diberikan sentuhan baharu pada CX-5 Facelift.
Memasuki ruang dalam kabin, kita boleh menjangkakan beberapa peningkatan kecil turut diberikan dari segi kelengkapan dan fungsi. Bergantung kepada varian, model ini mungkin akan memiliki pad pengecas tanpa wayar dan sistem infotainmen yang telah diperbaik dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto berwayar.
Dari segi keselamatan, Mazda CX-5 dijangka akan diberikan ciri baharu dalam pakej bantuan pemandu aktif (ADAS) yang termasuk fungsi seperti sokongan jelajah dan trafik (CTS) yang membantu menjadikan SUV ini sempurna untuk kegunaan harian.
Beberapa ciri baharu dapat dilihat dalam video ‘teaser’ tidak rasmi ini, salah satunya ialah pad pengecas tanpa wayar.
Berdasarkan risalah model facelift ini yang kini tersebar di internet, CX-5 Facelift dijangka akan mengekalkan pilihan enjin yang sama. Antaranya ialah enjin petrol Skyactiv-G 4 silinder 2.0 liter dan 2.5 liter, versi lebih berprestasi yang menggunakan enjin berpengecas turbo 2.5 liter dan akhir sekali, enjin diesel turbo 2.2 liter 4 silinder.
Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan Skyactiv-Drive, tetapi hanya varian petrol turbo 2.5 liter yang dijangka menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD), manakala varian lain menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD).
Setakat ini, hanya ini yang dapat kami kongsikan. Memandangkan model facelift ini akan dilancarkan tidak lama lagi, kita nantikan sahaja pendedahan rasmi daripada Bermaz sendiri.
Jadi, apa pendapat anda? Adakah Mazda CX-5 Facelift berbaloi untuk dimiliki? Atau adakah anda akan mempertimbangkan pesaing terdekatnya, Honda CR-V yang baru dilancarkan?
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ6958
SELANGOR
BSG1535
JOHOR
JYC8447
PULAU PINANG
PRS2726
PERAK
ANX5049
PAHANG
CFC5048
KEDAH
KGB3149
NEGERI SEMBILAN
NEG4215
KOTA KINABALU
SJL6154
KUCHING
QAB6500L
Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.03
Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran
Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.
11-06-2025
Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik
Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.
03-06-2025
Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K
Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
03-06-2025
Persaingan Terlalu Sengit, BAuto Berdepan Tekanan Pasaran
Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar jenama Mazda, Kia, XPeng dan Deepal, menjangkakan cabaran lebih besar dalam pasaran automotif Malaysia.
14-03-2025
Imej Paten SUV Mazda CX-80 Bocor!
Beberapa imej CX-80 kini tersebar di internet. Ini perinciannya...
14-02-2024
Mazda CX-5 Facelift, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM144K
Bermaz Motor mengumumkan ketibaan model terbaharunya, Mazda CX-5 facelift ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
29-01-2024
Mazda 6 Ucap Selamat Tinggal Kepada Jepun – Malaysia Seterusnya?
Rakyat Jepun akhirnya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah sedan segmen D...
22-01-2024
Bermaz Berjaya Kutip Dana RM800,000
Bermaz Motor mengadakan Kejohanan Golf Amal Mazda 2023 untuk Mazda Medicare Fund (MMF) di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam baru-baru ini.
01-11-2023
Berita Terkini
Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000
Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
09-07-2025
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900
MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.
09-07-2025
Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma
Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.
06-07-2025
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.
02-07-2025
Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen
Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.
02-07-2025
Dilancar: Hyundai Santa Fe Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM225K
Selain Hyundai Staria, pihak Hyundai Motor Malaysia juga turut melancarkan secara rasminya Hyundai Santa Fe Facelift 2025 ke pasaran tempatan.
02-07-2025
Dilancar: Hyundai Staria Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM180K
Hyundai Motor Malaysia melancarkan secara rasminya, Hyundai Staria versi Facelift 2025, di ibu negara, sebentar tadi.
02-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat