ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kembar e.MAS 7, Adakah Proton e. MAS 7 Akan Sama Dengan Kembarnya? Semuanya Belum Terjawab Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, pembuat kereta nasional Proton mengalu-alukan ketibaan  konvoi Geely Galaxy E5 EV selepas mereka meredah perjalanan sejauh 3,700 kilometer.

Difahamkan, konvoi  yang digelar sebagai ‘siri jelajah dunia’ telah memulakan perjalanan dari Guiyang, China, dan kemudian mengharungi  Laos, Thailand dan akhirnya menamatkan perjalanan mereka di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) di Shah Alam.

Di sebalik ketibaan konvoi E5 ini, ia bukan sahaja menandakan permulaan jelajah nasional Proton e. MAS 7 tetapi juga memberi kita sedikit gambaran  mengenai kenderaan elektrik pertama Proton.

image.png

Untuk itu, kami turut dijemput oleh Proton untuk memandu uji kembar kepada Proton e.MAS 7 itu di litar ujiannya di Proton CoE.

image.pngimage.png

Di sebalik sesi pandu uji ringkas itu, ini 5 perkara yang anda wajib tahu tentang EV Geely Galaxy E5:

1. NAMPAK LAWA, GEBU, MONTOK

Bagi kami, rekaan model  e.MAS 7 ini  agak kemas, comel dan gebu disebabkan rekaannya yang berbentuk bulat.

image.png

Ia menampilkan  gaya badan SUV yang cukup kemas kerana ia hadir dengan  lampu hadapan LED jenis tajam, manakala lampu nyalaan siang harinya berbentuk L dan gril hadapannya pula jenis tertutup.

Menjengah bahagian belakangnya, model ini dipasang dengan lampu belakang LED jenis lebar.

image.pngimage.png

Malah, model  berspesifikasi China ini  turut menggunakan roda aloi 19 inci yang cukup bergaya dengan jejari gaya turbin, berbanding unit 18 inci yang digunakan pada prototaip e. MAS 7 yang dibalut pada unit camo.

Dari segi dimensi, E5 berukuran 4,615 mm panjang, selebar 1,901 mm,  1,670 mm tinggi,  manakala  jarak roda pula  2,750 mm.

image.png

Selain itu, walaupun masih banyak butiran yang belum diputuskan, namun reka bentuk Galaxy E5 ini sudah memberi gambaran jelas mengenai model EV Proton yang pertama nanti.

Malah, jika e.MAS 7 mengikut konvensyen yang sama seperti model Proton berasaskan Geely yang lain sebelum ini, maka, kita boleh menjangkakan beberapa perubahan reka bentuk yang kecil terhadap model e.MAS 7 namun perubahannya tidaklah begitu ketara.

2. KABIN MINIMALIS, LUAS

image.png

Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin E5 ini, ia menawarkan kabin yang cukup minimalis, luas dan mewah.

Nampaknya, Proton agak '"berahsia" mengenai kabin e.MAS 7 namun melihat pada kabin E5,  ia sudah memberi bayangan bahawa kabin e.MAS 7 pasti mampu menggoda penggemar kereta EV di Malaysia nanti.

image.pngimage.png

Seperti mana, kebanyakan EV buatan China, kabin E5 juga cukup minimalis memandangkan ia hadir dengan   warna gelap dan terang bagi  menonjolkan ruang dalaman yang lebih mewah.

Antara peralatan yang terdapat di dalam E5 ialah  skrin infotainmen terapung bersaiz 15.4 inci yang dikuasakan oleh Flyme Auto OS, instrumen digital bersaiz 10.2 inci, ada pad pengecas wayarles, sistem Audio Flyme 16 dengan 16 pembesar.

image.pngimage.png

Sementara itu, tempat duduk hadapannya hadir dengan fungsi pemanasan selain turut ditawarkan dengan sokongan ottoman untuk penumpang. 

image.png

Selain menawarkan tempat duduk empuk dan dibaluti dengan upholsteri kulit tiruan, jenama Geely ini sebenarnya hadir dengan pelbagai ruang penyimpanan barang.

image.pngimage.png

Bayangkan, E5 ini didatangkan dengan  33 ruang simpanan (termasuk di bawah tempat duduk belakang). 

Apa yang cukup mengujakan ialah E5 menawarkan  ruang but seluas 461 liter serta didatangkan dengan  ruang simpanan tambahan sebesar 51 liter di bawah lantai but.

Melihat kepada semua semua ciri praktikal ini, kami boleh menyimpulkan bahawa  E5 adalah sebuah SUV yang cukup sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga mahupun buat bujang.

image.png

3. E5 DITALA UNTUK KESELESAAN.

Setelah menyesuaikan diri dengan unit ujian pemanduan belah kiri, perkara pertama yang kami perhatikan semasa memandu E5 ialah model ini ditala untuk pemanduan yang lebih selesa.

image.png

Ia cukup berbeza jika dibandingkan dengan seterunya dari China. Bermula daripada pengendalian, E5 nyata  ditala untuk mengutamakan keselesaan dan pemanduan yang lancar.

Selain itu, sistem suspensi Galaxy E5 juga boleh dikatakan sangat lembut.

image.png

Ini antara ciri tipikal yang kami temui pada kebanyakan  SUV EV dari China yang telah diuji  setakat ini.

Apapun, sistem suspensinya itu menawarkan  pemanduan yang cukup selesa di mana E5 membuktikan ia mampu menyerap hentakan dari permukaan berlubang mahupun bonggol dengan cukup baik sehinggakan ia hampir tidak terasa di dalam kabin.

Malah, pemanduan EV juga agak stabil walaupun kami memandu melebih had laju di lebuh raya.

Sayangnya ada sedikit kekurangan di sini, dimana kedengaran bunyi angin yang ketara apabila kenderaan memecut pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

Dari segi pengendalian, kami dapat merasakan sedikit lantunan ketika bergerak pada kelajuan tinggi dan sepanjang mengharungi jalan yang beralun.

Untuk makluman anda,  E5 didatangkan dengan motor elektrik tunggal pada gandar depan.

image.png

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 215 hp (160kW)  dan 320 Nm.

Model ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.8 saat  dan mencapai kelajuan maksimum 184 km/j.

Pendek kata, dengan persediaan motor elektrik itu, ia sebenarnya boleh sahaja menggerakan EV seberat 1.6 tan dengan begitu cemerlang.

Jika anda berasa tidak cukup dengan tenaganya itu, ia sebenarnya turut hadir dengan mod pemanduan Sport.

Jadi, jangan risaulah kalau nak tambahkan EV ini dengan kuasa Sport.

Pendek kata, Geely Galaxy E5 menawarkan pemanduan yang cukup selesa manakala  persediaan rangkaian kuasa motor tunggalnya sememangnya sudah jelas terbukti lebih daripada mencukupi untuk menggerakkan SUV EV segmen C ini.

image.png

4. PROTON e. MAS 7 JUGA AKAN HADIR  BATERI YANG SAMA DENGAN E5 TETAPI... 

Galaxy E5 dibangunkan berdasarkan platform Geely Electric Architecture (GEA) yang juga kesinambungan kepada Sustainable Experience Architecture (SEA), asas binaan sama digunakan pada smart #1 dan Lotus Eletre.

SUV elektrik segmen-C ini juga menggunakan teknologi penyepaduan bateri sel-ke-badan atau CTB bagi membolehkannya mencapai nisbah beban gandar depan-ke-belakang 50:50.

image.png

Unit yang kami uji ini disumbat dengan bateri berkapasiti 60.22-kWj  dimana Geely mendakwa ia boleh bergerak sejauh 530 kilometer.

Malangnya, sesi pemanduan singkat, sudah pastinya tidak mencukupi untuk mengukur jarak pemanduan sebenar untuk EV ini.

Sebaliknya, ada seorang peserta  daripada konvoi mendakwa bahawa unit E5 mereka berjaya mencapai kira-kira 15 kWj setiap 100 kilometer.

Ini bermakna kalau dibuat perkiraan, jika ia menggunakan pek bateri 60.22 kWj, ia sebenarnya boleh bergerak sejauh  400 kilometer.

image.png

Dalam pada itu, prestasi pengecasan e.MAS 7 mungkin berbeza dengan kadar pengecasan 120 kW DC dan 7.7 kW AC E5.

Sekali lagi, tiada apa diputuskan pada peringkat ini, tetapi memandangkan kereta smart #1 ditawarkan dengan kadar pengecasan AC 11 kW dan 22 kW, jadi alangkah baiknya jika PRO-NET juga menawarkan konfigurasi yang sama untuk e.MAS 7.

5. PROTON e.MAS 7 BUKAN KERETA "COPY" GEELY E5.

Sebelum memandu uji Geely E5, pihak Proton menegaskan bahawa Proton e. MAS 7  tidak akan menjadi salinan 100% daripada E5, kerana pembuat kereta itu menyatakan bahawa model EV pertama negara sebaliknya adalah hasil kerjasama antara Proton dan Geely.

Perkara itu sebenarnya sudah pun ditegaskan beberapa kali  sebelum ini.

Jadi, bukan semua perkara yang ditemui atau diuji pada Geely E5 akan ada pada  e. MAS7. Harap maklum!

image.png

Selain perubahan gaya dan penjenamaan yang kecil, kami juga  menjangkakan e.MAS 7 berkemungkinan besar akan berbeza sedikit dengan model ini  terutama dari penalaan, kemudahan, sistem gantungan  dan banyak lagi.

Ada juga kemungkinan bahawa syarikat dalam Kumpulan Proton, ACO Tech mungkin menghasilkan sesuatu yang istimewa dan berbeza untuk e. MAS 7.

Apapun, kereta elektrik Proton mungkin kereta elektrik yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Sekiranya Proton berjaya menetapkan harga e.MAS 7 sekitar atau lebih rendah daripada RM100,000, mungkin sudah tiba masanya, kereta-kereta  elektrik buatan China  nanti akan terasa bahangnya .


NOTA: Hasil review ini adalah penterjemahan daripada artikel bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman pandu uji rakan sekerja, Mukhlis Azman yang berpeluang menikmati pemanduan  Geely Galaxy E5 di  litar ujian Pusat COE,  Shah Alam, baru-baru ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG5175

SELANGOR

BSF5345

JOHOR

JYA5731

PULAU PINANG

PRR5290

PERAK

ANW7139

PAHANG

CFC1589

KEDAH

KGA9562

NEGERI SEMBILAN

NEG2489

KOTA KINABALU

SJL3281

KUCHING

QAB5201L

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.14

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.81

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.01

+0.07

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.

10-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.

06-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.

29-05-2025
EV

Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual Dalam 4 Bulan

Setiap satu jam, satu unit Proton e.MAS 7 terjual.

20-05-2025
Berita Auto
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
Berita Auto

PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7

Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.

28-04-2025
EV

Polis Bantuan Northport Kini Guna Proton e.MAS 7

Ini menandakan Northport merupakan syarikat dan pengendali pelabuhan pertama di negara ini yang menggunakan Proton e.MAS 7 dalam pengurusan kenderaan syarikat.

22-04-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.