- Berita
- Berita Auto
- "Tak Perlu 'Lemon Law' Sebab Undang-Undang Sedia Ada Sudah Cukup." – Pakar Undang-Undang
"Tak Perlu 'Lemon Law' Sebab Undang-Undang Sedia Ada Sudah Cukup." – Pakar Undang-Undang
-full_normal.jpg)
Pakar berpendapat undang-undang perlindungan pengguna sedia ada di Malaysia sudah cukup untuk melindungi pengguna dan tiada keperluan mendesak untuk memperkenalkan 'lemon law' untuk pembeli kenderaan.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Salim Bashir, menjelaskan bahawa undang-undang sedia ada seperti Akta Jualan Barangan 1957, Akta Perlindungan Pengguna 1999 (CPA), Akta Kontrak 1950, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Sewa Beli 1967 boleh diperkukuh untuk melindungi pengguna dengan lebih baik, lapor The Star.
“Adalah penting untuk memperhalusi undang-undang sedia ada melalui pindaan daripada memperkenalkan ‘Lemon Law’ baharu di Parlimen,” jelasnya.
Cadangan 'Lemon Law' oleh Kerajaan
Pada Jun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan 'lemon law' atau meminda undang-undang sedia ada bagi melindungi pembeli kenderaan yang bermasalah.
'Lemon law' adalah undang-undang yang memberi hak kepada pembeli untuk mendapatkan pampasan atau penggantian jika kenderaan yang dibeli mengalami masalah yang menjejaskan fungsi atau keselamatannya dan tidak dapat diperbaiki dalam tempoh yang ditetapkan.
Kelemahan Dalam Undang-Undang Sedia Ada

Salim turut menjelaskan beberapa kekurangan dalam undang-undang sedia ada, termasuk ketiadaan definisi jelas mengenai “kualiti boleh jual” di bawah Seksyen 16, Akta Jualan Barangan. CPA pula membenarkan pihak-pihak kontrak mengatasi hak pengguna melalui perjanjian tertentu, yang kadang-kadang melemahkan keberkesanan undang-undang ini.
Beliau juga menegaskan bahawa Tribunal Tuntutan Pengguna perlu diperkukuh dengan had bidang kuasa kewangan yang lebih tinggi agar pengguna boleh mendapatkan pampasan lebih besar untuk barangan yang rosak.
Cadangan Pembaharuan

Selain itu, peguam Sharifah Lina Hafizah Syed Annuar turut menyokong cadangan untuk menambah baik undang-undang sedia ada. Beliau mencadangkan pindaan yang menyeluruh agar undang-undang tersebut mampu menangani pelbagai situasi.
Namun, Sharifah Lina menegaskan pindaan mungkin menambah beban pembuktian kepada pengguna untuk menunjukkan kecacatan produk.
Sokongan Terhadap 'Lemon Law'
Sebaliknya, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor, menyuarakan sokongan untuk ‘lemon law’, khususnya bagi pembeli kenderaan. Beliau menyatakan bahawa walaupun CPA dan Akta Jualan Barangan menyediakan perlindungan asas kepada pengguna, ia kurang spesifik dalam menangani masalah kecacatan berulang pada kenderaan.
Tambahnya, pembeli kenderaan terpakai dengan kecacatan tersembunyi sering kali mengalami kesukaran mendapatkan pampasan di bawah undang-undang sedia ada.
Perlu Standard Waranti dan Tempoh Pembaikan Yang Jelas
Abdul Fareed turut menyatakan keperluan untuk menetapkan standard waranti dan tempoh pembaikan yang munasabah bagi mengelakkan pengguna menunggu lama untuk mendapatkan pampasan atau pembaikan. Beliau menekankan bahawa ‘lemon law’ mampu memudahkan pengguna kerana undang-undang ini akan meletakkan beban pembuktian kepada pihak pengeluar.
Impak Ekonomi dan Implikasi Lain
Walau bagaimanapun, Abdul Fareed turut memberi amaran bahawa perlaksanaan ‘lemon law’ perlu dilakukan secara berhati-hati agar tidak mengakibatkan peningkatan kos kepada pengguna dan peniaga.
Sumber: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law
RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.
13-10-2025
Cadangan Lemon Akan Dibentang Tahun Depan, Sebab Banyak Perkara Perlu Diteliti
Kajian Lemon Law membabitkan pelantikan perunding terdiri daripada pakar perundangan.
04-06-2024
Pembeli Kena TIPU? Kerajaan Kaji Balik LEMON LAW
KPDN bakal melaksanakan kajian kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi.
11-03-2024
Perlu Ada Keseimbangan Dalam Gubal Undang-Undang Lemon Law
Malaysia masih belum ada lemon law.
04-02-2024
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law
RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.
13-10-2025
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat