- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta
Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta

Semasa acara eksklusif yang berlangsung di Cycle & Carriage Bintang Autohaus, Mutiara Damansara, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG SL 63 4Matic+. Roadster ikonik ini kini boleh dibeli pada harga yang bermula dari RM1.9 juta.
Enjin Berprestasi Tinggi: V8 Turbo Kembar

SL 63 dikuasakan oleh enjin berprestasi, 4.0 liter V8 turbo kembar buatan tangan, menghasilkan 585 hp dan 800 Nm, satu peningkatan besar iaitu sebanyak 201 hp dan 320 Nm berbanding SL 43 yang menggunakan enjin 4 silinder.
Digandingkan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9G dan sistem pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4Matic+, SL 63 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat, dengan kelajuan maksimum 315 km/j.
Teknologi Canggih yang Menjadikan Pengalaman Pemanduan Lebih Mengasyikkan
Dilengkapi dengan teknologi canggih seperti AMG Active Ride Control, suspensi ini turut menampilkan kawalan kestabilan anti-olengan aktif dan kemudi roda belakang yang lebih responsif.
SL 63 ini juga dilengkapi dengan kunci diferensial belakang elektronik serta mount enjin dinamik khas daripada AMG, yang mana semua ini disertakan dalam pakej AMG Dynamic Plus yang didatangkan standard untuk model SL 63 di Malaysia.
Untuk mod pemanduan, model ini turut didatangkan dengan mod ‘Race’ di samping mod sedia ada yang lain iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual.
Reka Bentuk Yang Menyerlahkan Karisma

Rekaan luaran SL 63 cukup menyerlah dengan bampar depan dan belakang yang lebih agresif, rim aloi AMG 21 inci dengan jejari 10 yang berwarna hitam, serta kaliper brek AMG yang kontra berwarna kuning.





Model ini juga didatangkan standard dengan pakej kemasan AMG Night dan AMG Exterior Carbon, di samping pakej lampu Digital Light yang merangkumi ciri Adaptive Highbeam Assist Plus untuk pencahayaan lebih mantap.
Sebagai sebuah roadster, SL 63 turut dilengkapi bumbung fabrik (soft-top) yang boleh dibuka dan ditutup dalam masa hanya 15 saat pada kelajuan sehingga 60 km/j.
Kabin Mewah dengan Sentuhan Sporty AMG

Bahagian dalaman SL 63 meneruskan tradisi kemewahan Mercedes-Benz dengan sentuhan sporty eksklusif AMG. Model ini menggunakan tempat duduk yang dibalut dengan kulit nappa AMG Performance, lapisan bumbung (roofliner) gentian mikro hitam, kemasan gentian karbon AMG dan stereng rata AMG Performance.




Sebagai sebuah model mewah, tentunya sarat dengan teknologi seperti skrin sentuh MBUX, pembantu kabin MBUX, sistem audio Burmester 11 pembesar suara, serta ciri pemanasan‘Airscarf’ yang unik.
Sistem Bantuan Pemanduan yang Canggih
Seperti yang dinyatakan tadi, model ini turut didatangkan dengan teknologi bantuan dalam kabin MBUX. Sistem canggih ini menghasilkan tindak balas terhadap gerak tubuh badan, sekiranya ia mengesan pergerakan tangan ke arah pintu, sistem ini mentafsirkan gerakan itu sebagai hasrat untuk keluar dari kenderaan dan akan memberi amaran jika terdapat risiko perlanggaran.
SL 63 turut dilengkapi dengan pakej bantuan pemandu canggih yang merangkumi ciri seperti bantuan jarak aktif DISTRONIC, bantuan pengemudi aktif dan bantuan titik buta aktif. Ciri lain ialah kamera undur, kamera 360 darjah, akses bebas tangan dan perlindungan kenderaan 360 darjah.
Baca: Mercedes-AMG G63 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.948 Juta
Harga dan Jaminan Mercedes-AMG SL 63 4Matic+

Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ ini ditawarkan pada harga RM1,898,888 tanpa insurans, bersama jaminan empat tahun tanpa had perbatuan daripada MBM.
Bagi mereka yang menantikan sesuatu yang lebih eksklusif, MBM turut mengesahkan rancangan untuk membawa masuk Mercedes-AMG SL 63 S E Performance versi hibrid plug-in yang lebih berkuasa dengan output 794 hp dan tork 1,420 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.9 saat. Namun, tarikh ketibaan model tersebut masih belum diumumkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7443
SELANGOR
BSP7362
JOHOR
JYW1769
PULAU PINANG
PSC139
PERAK
APH2624
PAHANG
CFG4257
KEDAH
KGF7037
NEGERI SEMBILAN
NEK3301
KOTA KINABALU
SJR7509
KUCHING
QAB7207N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat