Thailand Bakal Terima G6, Seterusnya Malaysia?

Pembuat kereta elektrik dari China, XPeng dikatakan sudah bersedia untuk menembusi pasaran ASEAN terutamanya Thailand, Singapura dan Malaysia pada tahun ini.
Model yang akan ditawarkan itu dikenali sebagai SUV elektrik, XPeng G6, Ia hadir dalam bentuk pemanduan tangan kanan (RHD).
Untuk itu, negara jiran kita di utara, Thailand akan menerima XPeng G6 memandangkan butiran mengenai spesifikasi dan harga sudah pun didedahkan baru-baru ini.

Dua varian akan ditawarkan, iaitu G6 Standard Range dan G6 Long Range.
Berdasarkan laporan terperinci yang diterbitkan oleh portal automotif Thailand, HeadlightMag.com, varian pertama dijual pada harga RM197,183 manakala Long Range RM223,475.

Kedua-dua varian ini yang menggunakan motor Tunggal dilengkapi dengan motor yang boleh mengeluarkan kuasa setakat 292 hp dan tork 440 Nm.
Standard Range boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6.6 manakala Long Range pula 5.9 saat.
Buat masa ini, tiada sebarang petunjuk bahawa XPeng akan menawarkan G6 dalam bentuk dwi-motor, pacuan semua roda (AWD) untuk pasaran ASEAN.
Sebaliknya di China, XPeng dikatakan lebih bertenaga kerana boleh menghasilkan kuasa setakat 480 hp dan 660 Nm.
Kembali kepada model spesifikasi Thailand, terdapat perbezaan antara Standard Range dan Long Range terutama dari segi kapasiti bateri masing-masing


Varian rendah disumbat dengan pek jenis litium besi fosfat (LFP) 66 kWh, yang menjanjikan pergerakan sehingga 580 kilometer.
Bagi Long Range, ia menerima pek bateri yang lebih besar, 87.5 kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 755 km

SUV ini menggunakan asas sistem elektrikal 800V dimana ia turut menyokong pengecasan DC sehingga 280 Kw.
Dari segi saiz dan dimensi, XPeng G6 ialah sepanjang 3,753 mm dengan jarak roda 2,890 mm, selebar 1,920 mm dan setinggi 1,650 mm.
Melihat saiznya itu, ia dikatakan mempunya sama saiz seperti Tesla Model Y, BMW iX3, dan Hyundai Ioniq 5 .
Dari segi kabinnya pula, XPeng G6 dikatakan lebih kurang sama dengan sebahagian besar pesaing segmennya yang disebutkan tadi.
Ia juga mempunyai skrin sentuh infotainmen bersaiz 14.96 inci, dipadankan dengan panel instrumen digital 10.2 inci, manakala tempat duduk hadapannya bolehkan dilaraskan secara elektronik.
Antara amenity yang disediakan termasuk port pengecasan berkuasa, bumbung kaca panoramik, pintu belakang berkuasa, serta pelbagai sistem bantuan pemandu aktif (ADAS) .

Ini antara maklumat yang dapat dikongsi mengenai spesifikasi G6 untuk pasaran Thailand.
Malah, XPeng G6 dijangka menjadi model pertama yang ditawarkan oleh pengedar baharu Bermaz Auto Bhd (BAuto).

XPeng G6 akan masuk ke Malaysia sejurus selepas jualan model itu bermula di negara jiran Thailand dan Singapura pada akhir tahun ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPX2667
SELANGOR
BSJ7361
JOHOR
JYK2824
PULAU PINANG
PRV2795
PERAK
APC1631
PAHANG
CFD9032
KEDAH
KGC7706
NEGERI SEMBILAN
NEH4781
KOTA KINABALU
SJN4203
KUCHING
QAB4298M
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Berkaitan
Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888
Pengedar rasmi jenama Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan SUV Xpeng G6 2025 di pasaran tempatan.
01-10-2025
Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan
Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan.
25-09-2025
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan
Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.
15-07-2025
XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma
Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian XPeng G6 dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.
12-03-2025
XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!
XPeng secara rasmi melancarkan model G6 2025 versi facelift. Yang menariknya, walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan pada versi kali ini.
03-03-2025
Pusat 3S XPeng Kini Dibuka Di Pulau Pinang
XPeng Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dengan pelancaran Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) XPeng di Pulau Pinang.
07-10-2024
SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Xpeng G6 berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
13-09-2024
Bocor Secara Tidak Sengaja? Xpeng G6 Bakal Dilancar Hujung Ogos, Dari RM175K?
Harga tentatif Xpeng G6 didedahkan secara tidak sengaja?
13-08-2024
Berita Terkini
JMS 2025: Racco, Kei Car Pertama BYD
BYD telah melancarkan model kei car pertamanya, BYD Racco, sekali gus mencabar pengeluar kereta kei car dari Jepun.
29-10-2025
Leapmotor B10 Dah Masuk Malaysia, Gambar Intipan Tersebar
Leapmotor B10 dikesan diuji di Malaysia.
29-10-2025
Kia EV4 GT Ditunjuk Dengan Pelekat Penyamaran Sebelum Dilancar Tahun Depan
Kia mendedahkan imej rasmi model elektrik terbaharunya Kia EV4 GT, baru-baru ini.
29-10-2025
Teknologi EV Porsche Cayenne Electric Didedahkan – 113 kWj, Lebih 600 KM, Cas Sepantas 16 Minit!
Menjelang kemunculan rasmi Porsche Cayenne Electric (Cayenne EV) yang dijangka bakal berlangsung dalam beberapa minggu lagi, Porsche mendedahkan platform dan teknologi bateri yang bakal disematkan pada SUV elektrik terbarunya itu.
28-10-2025
Ini Dia Rupa Sebenar Proton e.MAS 5 Tanpa Sebarang Pelekat Penyamaran Sebab Bakal Dilancar Minggu Ini?
Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya didedahkan tanpa sebarang pelekat penyamaran.
28-10-2025
Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900
Harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900.
27-10-2025
Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia
Pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.
27-10-2025
Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City
Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,
26-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

